emas iphone liverpool

Iphone Emas 24 Karat Untuk Setiap Pemain Liverpool

Akhirnya setelah setahun menunggu apabila tewas ditangan Real Madrid tahun lepas, peminat, pemain, pengurus, tukang bancuh air, pegawai keselamatan dan semua makhluk berdarah merah di Anfields

menarik nafas kepuasan apabila berjaya merangkul piala paling berprestij di dunia, Champion League 2019 menewaskan Spurs 2-0.

Tidak cukup dengan wang kemenangan, trophy, kenaikan gaji, bonus, komisen, pemain-pemain liverpool juga bakal menerima

Iphone Max Gold yang dilapisi emas tulen 24 Karat bercirikan trophy champion league dan bertahtah nama setiap pemain, nombor jersi dan rujukan kemenenangan kali ke 6 Liverpool dalam UCL

Dan satu design istimewa tanpa nombor untuk pengurus Liverpool musim ini Jurgen Kloop.

Admin : Tetap menyokong Arsenal walaupun nyaris untuk membeli baju Liverpool sebagai baju raya tahun ini…

(boleh berpoyo sikit pergi open house nanti) mujur saiz 2XL x ada… arsenal oh arsenal lama-lama lalang pun terbang juga nanti ni…

iphone gold? yukkk.. tak berminat… oneplus tetap dihati..ram speed tu penting tuan-tuan..

Asus Zenbook 30 Edisi Premium Emas 18 Karat

Sempena ulangtahun Asus ke 30, pada event Computex 2019 baru-baru ini, Asus memperkenalkan peranti laptop terbaru mereka, “Asus Zenbook 30” yang disertakan dengan beg kulit mewah dan led logo dihasilkan dari emas 18 karat.

Laptop Asus Zenbook 30 dilaporkan sebagai laptop 13 inch terkecil didunia dengan mempunyai skrin meliputi 95% dari ratio bodynya.

Antara Spesifikasi utama Zenbook 30 adalah;

  1. 13.3 inch full HD NanoEdge display 1080 x 1920 pixels
  2. Intel Core Processor i7-8565U
  3. NVIDIA GeForce MX150 2GB GDDR5 VRAM graphic card
  4. 16GB LPDDR3 RAM
  5. 1Tb PCle SSD / 512Gb / 256Gb
  6. Windows 10 Pro
  7. Weight 1.29kgs
  8. Asus SonicMaster Stereo Audio
  9. 50Wh 3-cell Lithium-polymer battery ( 14 hours single charge )
  10. Bluetooth 5.0
  11. Dual-band gigabit class WIFI

Dual-screen laptop

Asus Zenbook 30 turut dilengkapi dengan skrin kedua bersaiz 5.65 inch full-HD super IPS display pada bahagian touchpad yang dilapisi glass dan mempunyai sensor finger print dan anti calar.

Asus Zenbook 30 didatangkan dalam varian Premium dan Sports

Harga boleh tengok di Shopee atau Lazada

Review : Asus Zenbook 30 adalah “Masterpiece” dengan kelajuan 16Gb, i7-8565U dan PCle SSD, ia tidak akan memberi sebarang masalah untuk run mana-mana applikasi dan software termasuk adobe photoshop, illustrator apatah lagi jika hanya menggunakan untuk kerja biasa seperti office atau sheets.

Ia mungkin berada pada benchmark teratas untuk kelasnya 13 inch laptop, yang senang dibawa dan lebih selesa berbanding skrin lebih kecil untuk melakukan kerja office.

Sesuai untuk mereka yang berkemampuan dan mementingkan elegan pada masa yang sama memerlukan sebuah peranti yang berkuasa dan boleh bertahan untuk jangka hayat yang lama.

— Penulis masih menggunakan laptop lenovo 2009 beroperasi menggunakan linux kerana hardware tidak mampu lagi menampung windows πŸ™‚