Perompak larikan lapan dulang emas RM100,000

image (10)ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian rompakan di kedai emas di Batu 5, Taman Mawar di Sandakan, Sabah, semalam.

SANDAKAN , Mac – Tiga pekerja kedai emas tergamam apabila didatangi tiga perompak bersenjatakan pistol lalu melarikan lapan dulang emas dalam kejadian di kedai emas di Batu 5, Taman Mawar di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang lengkap memakai topi keledar dan jaket turut bersenjatakan parang.

Sumber berkata, ketika kejadian terdapat tiga pekerja termasuk seorang wanita berada di dalam kedai berkenaan.

Katanya, suspek yang menaiki dua buah motosikal bertindak masuk ke dalam kedai dan melarikan lapan dulang emas yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Difahamkan, ketika kejadian pekerja terbabit baru beberapa minit membuka kedai emas itu.

“Ketika kejadian dua pekerja lelaki berada di meja pameran emas manakala seorang pekerja wanita yang baru sahaja keluar dari tandas terkejut melihat kelibat suspek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md. Zain ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

– www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Loceng kecemasan kejut perompak kedai emas

rompak

Mereka dikatakan telah memecahkan cermin kotak pameran barang kemas, namun disebabkan loceng kecemasan di premis kedai emas tersebut berbunyi, membuatkan para perompaknya cabut lari.

Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Raya di Kulim kira-kira pukul 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata pada mulanya dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dikatakan berhenti di hadapan kedai tersebut.

Seorang daripadanya lalu meluru masuk ke dalam kedai dengan membawa tukul besi lalu memecahkan kotak kaca tempat simpanan barang kemas, katanya.

“Namun seorang pekerja lelaki sempat membunyikan loceng kecemasan menyebabkan perompak tersebut dikatakan menjadi ketakutan lalu cabut keluar dari kedai tersebut sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal,” katanya.

Abdullah berkata pihak polis sedang mengesan wajah para perompak menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di premis tersebut.

– Bernama

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

London Gold Fixing Sejak Abad Lalu Bertukar

Gold fixing photo_0
London Gold Fixing yang telah berjalan hampir satu abad bakal ditamatkan esok dan diganti dengan kiraan baru yang dipanggil ICE Benchmark

Sistem penentuan harga emas berusia hampir seratus tahun ini ditamatkan apabila bank German Deutche Bank menarik diri pada Januari 2014 setelah Jerman tidak dibenarkan mengaudit simpanan emas mereka di Federal Reserve serta skandal manipulasi harga emas dan silver pada 26 June 2012 bocor menyebabkan salah satu ahli London Gold Fixing, Barclay Bank terpaksa membayar saman sebanyak $26 juta dan juga ahli-ahli yang lain seperti Nova Scotia, HSBC dan juga Deutche Bank sendiri sedang dibicarakan.

ICE Benchmark yang beribu pejabat di US diberikan kepercayaan oleh LBMA untuk menentukan harga emas dunia bakal melibatkan lebih banyak syarikat seperti JP Morgan,UBS, Credit Suisse, Goldman Sachs, Citi, Morgan Stanley , Standard Chartered dan negara China serta asia bakal memainkan peranan utama untuk penentuan harga emas kerana benua ini memiliki pengimport dan pengeksport emas terbesar didunia.

London Gold Fixing (Gold Fix) adalah cara penentuan harga emas harian yang ditetapkan oleh 5 firma emas terkemuka dunia dan dipengerusikan oleh Trilionaire yahudi N.M Rothschild sejak tahun 1919 lagi. Pada jumaat (20.3.2015) , cara kiraan emas ini akan ditukar kepada ICE benchmark (InterContinental Exchange) yang lebih terbuka dan transparent.

Hari ini (khamis) adalah hari terakhir penentuan harga emas ditentukan oleh London Gold Fixing sebelum menutup pejabat mereka di London. Pengiraan harga baru berbeza dengan cari yang lama dimana sebelum ini, penentuan harga emas ditentukan dengan panggilan telefon antara 5 syarikat manakala cara penentuan harga emas yang baru ditentukan dengan tetapan elektronik dari trader ICE sehingga harga akhir diperolehi.

Menurut ICE, sehingga hari ini, jumlah dagangan emas seluruh dunia bernilai US18 Trilion.

gold-price-2400usd-2

Harga emas naik tinggi hari ini mencecah RM2.38/gram dan pakar ekonomi menjangkakan harga emas naik mencecah USD2400/onz atau RM280/gram menjelang 2030

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Australia & New Zealand Bank, pihak mereka menjangkakan akan ada permintaan emas yang tinggi dari benua Asia dalam tempoh masa 15 tahun akan datang menyebabkan harga emas dunia akan melambung dua kali ganda. Antara negara yang dikatakan bakal menyumbang peningkatan harga emas adalah China, India, Indonesia, Japan, South Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

Ketua Ekonomi ANZ, Warren Hogan meramalkan akan ada peningkatan permintaan barangan kemas dari warganegara asia kelas menengah, lebih banyak syarikat gergasi dari asia akan terlibat dalam pelaburan emas dan juga peningkatan pembelian emas dari bank-bank pusat dia asia merupakan penyumbang utama kenaikan emas dunia akan datang.

 

 

Aiskrim Diperbuat dari Emas RM3000

Ramai orang suka ais krim, baik dari kalangan kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa. Alasannya adalah ais krim boleh menghilangkan dahaga saat haus dan juga mempunyai variasi rasa yang enak dan segar. Tapi kalau ingin merasakan ais krim yang lain daripada yang lain, anda boleh cuba terbang ke Kota Dubai, UAE.

2015-03-08_183543

Dubai dikenali sebagai bandar yang mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai. Tidak hanya itu, kawasan metropolis di tengah padang pasir ini juga menjadi bandaraya syurga beli belah terbesar dan cupcake yang didakwa sebagai termahal di dunia. Namun masih belum cukup menjadikan Dubai sebagai pusat sensasi di dunia.

Baru-baru ini, sebuah cafe bernama Scoopi Cafe yang terletak di Al Wasl Road menjual ais krim yang harganya cukup hebat, iaitu mencapai US $ 816 . Apa yang membuat ais krim tersebut begitu mahal?

2015-03-08_183604

Ais krim yang digelar Black Diamond ini diperbuat daripada ais krim Madagascar yang eksotik. Saffron atau kuma-kuma paling mahal sengaja didatangkan dari Iran. Sedangkan hirisan truffle hitam didatangkan terus dari Itali, namun bahan paling mahal dari Black Diamond adalah serpihan kecil emas 23 karat yang boleh dimakan dan ditaburkan di atas ais krim.

“Banyak ais krim yang popular di bandar ini harganya lebih murah,” kata pemilik kafe, Zubin Doshi s. “Tapi kami berharap pelanggan Dubai semakin aspiratif dan bersedia membayar mahal untuk produk premium seperti Black Diamond.”

2015-03-08_183645

Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

NSTPHARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.

Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.

Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.

NSTP

Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar pulau berkenaan.

“Setakat ini, hanya dua syiling lama saja yang berjaya ditemui sepanjang kerja pencarian harta karun di pulau ini,” katanya kepada BH.

Dua syiling berkenaan ditemui oleh syarikat Smart Partnership pada April tahun lalu ketika melakukan kerja penggalian di lokasi dipercayai laluan ke pintu masuk tempat harta itu ditemui.

NSTPPENGURUS Besar, Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas menunjukkan duit syiling yang dijumpai semasa pencarian harta karun di Pulau Nangka pada April tahun lalu. – Foto Rasul Azli Samad

Syiling itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera di atasnya. Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan, sebanyak 96 peti besi dikesan mengandungi pelbagai syiling emas berada dalam satu ruang kosong di bawah lubang di kawasan tempat syiling itu ditemui.

Seorang penduduk tempatan, Yaakop Husin, 75, berkata beliau tidak pernah mendengar mengenai kewujudan harta karun di pulau Nangka sejak kecil.

Katanya, beliau kurang percaya dengan dakwaan mengenai harta karun itu kerana jika tidak sudah tentu ramai masyarakat di sekitar Umbai dan Serkam mengetahuinya lebih awal.

“Pulau ini sudah tentu menjadi rata sekarang jika benar ada harta karun di dalamnya, tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang pernah menjumpainya,” kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi.

NSTPKERJA menebuk bahagian bongkah batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

INFO:
Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

* Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

* Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada dirampas Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

* Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

* Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, tentera yang menawan Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

* Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

* Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

* Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

* Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

www.bhplus.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Emas Lebih Murah di Pulau Penang

kedai-emas-lebuh-penang
GEORGETOWN – Emas 916 dijual dengan harga berlainan di kedai emas di Pulau Pinang iaitu antara RM135 hingga RM170 segram, namun tinjauan Sinar Harian mendapati emas paling murah boleh didapati di kedai sepanjang Lebuh Penang.

Seorang pengusaha kedai emas di Lebuh Penang yang ditemui, Yuva Balan Sivasamy, 59, berkata, kualiti emas 916 adalah sama dijual di mana-mana kedai emas di Pulau Pinang kerana pengilangnya juga adalah sama.

Begitu pun, apa yang berbeza adalah margin keuntungan yang ditetapkan setiap peniaga.

Dia yang mengusahakan VKN Jewellers & MD Sdn Bhd, berkata walaupun keuntungan minimum diperoleh, pihaknya memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

“Inilah antara strategi perniagaan yang digunakan selama lebih 20 tahun bagi menarik pelanggan yang tetap untuk sepanjang masa walaupun harga emas turun atau naik.

“Bagi kaum India, nilai emas dilihat dari aspek kebudayaan dan keagamaan. Apa sahaja festival atau perayaan, emas adalah barangan keperluan untuk dibeli. Permintaan sepanjang masa membuatkan peniaga emas di Lebuh Penang tiada keperluan untuk menjual barangan kemas pada harga tinggi,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya sama ada kadar upah boleh mempengaruhi harga emas, Yuva Balan berkata, peniaga tidak boleh mengenakan kadar upah sewenang-wenang ataupun lebih 50 peratus daripada harga emas yang dijual untuk barangan kemas direka dalam bentuk yang biasa.

“Kadar upah bergantung kepada reka bentuk barangan kemas dan berat emas yang dibeli tetapi kos upah tidak akan melebihi 50 peratus daripada harga emas kecuali ia adalah barangan kemas yang mempunyai reka bentuk eksklusif,” katanya.

Katanya, harga emas secara purata untuk tempoh dua tahun ini memang dijual pada harga murah berbanding sebelumnya.

“Sebagai peniaga, emas yang dibeli pada harga tinggi dahulu terpaksa dijual pada harga pasaran, namun dengan pelanggan sepanjang masa, kos itu dapat diatasi,” katanya.

Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

emas-kelantan-mutu-terbaik

KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

“Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

“Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

“Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

“Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

“Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

“Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

“Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

“Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

“Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

“Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

“Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

“Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

“Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

“Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

kedai-emas-kuala-pilah

KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam akhbar, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

“Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.

Diplomat cuba seludup emas AS$1.4 juta ditahan di Bangladesh

image (9)Diplomat Korea Utara diduga menyeludupkan emas ke Bangladesh.

DHAKA: Kastam Bangladesh hari ini menahan seorang diplomat Korea Utara yang cuba menyeludup masuk emas bernilai AS$1.4 juta ke negara itu, kata pegawai kanan.

“Kami menemui emas dalam bentuk jongkong dan perhiasan dari Setiausaha Pertama Kedutaan Korea Utara di Dhaka, Son Young Nam,” kata Ketua Pengarah Jabatan Risikan Kastam, Moinul Khan.

Jumlah berat keseluruhan emas yang dirampas ialah kira-kira 27 kilogram.

Diplomat itu kemudiannya dibebaskan tetapi Bangladesh sedang dalam proses untuk mendakwanya.

Moinul berkata, diplomat terbabit sedang melepasi kawasan laluan hijau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal selepas tiba dengan pesawat Singapore Airlines dari Singapura.

Pegawai kastam di lapangan terbang itu meminta untuk mengimbas beg yang dibawanya.

“Dia beritahu kepada pegawai berkenaan tiada apa yang perlu diimbas,” kata Pengerusi Lembaga Hasil Negara, Najibur Rahman.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada kementerian luar dan suspek dibebaskan hari ini mengikut Piagam Vienna.

“Kami juga sudah mulakan proses untuk memfail kes jenayah terhadapnya,” katanya. – Reuters

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Jumpa ketulan emas 2.7 kg

image (8)Brown memegang ketulan emas yang ditemui.

SYDNEY – AUSTRALIA. Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

“Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). – dpa

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________