Skip to main content

6 faktor utama harga emas naik 2017

Enam faktor utama dalam ekonomi global akan menyokong kenaikan permintaan emas, sekali gus mempengaruhi prestasi harga logam berharga itu pada tahun ini, demikian mengikut Majlis Emas Dunia (WGC). Harga emas dijangka mendapat sokongan daripada risiko geopolitik, penyusutan mata wang, peningkatan jangkaan inflasi, penilaian pasaran saham yang tinggi, pertumbuhan jangka panjang Asia dan pembukaan pasaran baharu. […]

GST Punca Kedai Emas Lengang

Beli emas berharga RM1,000 namun kos tambahan sebanyak RM60 perlu ditanggung. Kos tambahan itu ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Dan sekiranya harga emas yang dibeli berharga RM10,000 kos GST yang perlu ditanggung pula sebanyak RM600. Semuanya itu terpaksa ditanggung pembeli. Ekoran itu menyebabkan pembeli sekarang terpaksa mencari kedai emas kecil yang tidak mengenakan GST. […]

Harga emas diramal jatuh awal 2016

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Harga emas dijangka kembali berada di bawah paras AS$1,000 (RM4,300) satu aun pada 2016, iaitu harga terendah buat kali pertama dalam tempoh enam tahun. Jangkaan tersebut diramalkan akan berlaku pada separuh pertama tahun 2016, kesan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menaikkan kadar faedahnya selain disebabkan pengukuhan nilai […]

Ingatkan Bauxite, rupanya gali emas di K...

Sapa-sapa yang pernah lalu Lebuhraya Pantai Timur dari karak sehingga kuala terengganu, pasti akan terserempak dengan laluan yang diliputi tanah merah di jalan raya, pokok sawit di tepi jalan dan juga kereta lalu lalang disitu bertukar warna menjadi merah, langit pun kadang-kadang berwarna merah disebabkan debu-debu perlombongan bauxite di sepanjang highway gambang sehingga gebeng. Perlombongan […]

Golongan Muda Mula Melabur Emas

Tekanan akibat peningkatan kos sara hidup ditambah pula penurunan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ketika ini menyukarkan ramai rakyat Malaysia, dan mereka yang merasa cukup yakin, mengambil langkah menyimpan di luar negara atau membuat pelaburan emas. Ini termasuk seorang pelajar kolej, Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil, 21, yang juga seorang peniaga emas sambilan. […]

Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GS...

KUALA TERENGGANU – Walaupun harga emas kini jatuh sehingga RM136 satu gram bagi emas 916 dan RM153 satu gram bagi emas 999.9, prestasi jualan emas merudum kerana kuasa beli kebanyakan pengguna semakin lemah selepas pelaksanaan GST. Pemilik Kedai Emas Roslan @ Azizah, Azizah Mohd Nor, 54, berkata, selepas empat bulan pelaksanaan GST, beliau boleh simpulkan, […]

Kedai Emas Lengang Raya Tahun Ini

Penjualan emas didapati menurun pada Ramadan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, ketika gedung pakaian, kedai perabot malah pusat penjualan kenderaan lama dan baharu kekal sibuk dengan pengunjung. Ramai penjual mengeluh kerana kedai mereka sentiasa sepi dan lengang walaupun raya cuma tinggal 1 minggu lagi, ramai pembeli memilih untuk berjimat cermat meraikan hari raya […]

62kg Emas Malaysia Diseludup ke India

Empat puluh lima penumpang AirAsia adalah antara 56 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, dan daripada itu, mereka merampas 62kg jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta), menurut akhbarTimes of India Semakin hari semakin banyak kekayaan negara dirompak keluar, tidak cukup dengan pengaliran matawang berbilion […]

Harga emas dijangka naik USD1,300/onz At...

KUALA LUMPUR – Harga emas dijangka naik kepada AS$1,300 (RM4,883) seauns daripada AS$1,170 (RM4,395) sekarang menjelang separuh kedua tahun ini. Pengurus GFMS Precious Metals Demand Asia, Cameron Alexander berkata, harga logam berharga itu turun naik pada julat yang kecil untuk beberapa ketika dan akan menyaksikan trend menurun dalam masa terdekat di antara AS$1,125-ASS$1,130 (RM4,226- RM4,245) […]

Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1...

Audit Negara dalam laporan siri keduanya melaporkan KGT, pengeluar dinar kelantan rugi sebanyak RM0.02juta ataupun RM20,000 pada tahun 2012, tetapi tiada laporan berkenaan 1MDB ¬†yang rugi hampir RM42,000 juta dilaporkan malah audit pun mungkin belum pun bermula, seperti kata pepatah Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak. Skandal KGT ini pernah […]