Beli Emas Kemudian Menjualkannya Semula Kepada Syarikat Lain Secara Bayaran Ansuran

_DSC0774

Soalan
Saya ada soalan berkenaan dengan sebuah skim jual beli emas.

Harga emas tunai hari ini – 130/g
Harga emas tertangguh 14 hari – 120/g

Beli 100g emas hari ini – 13000
Beli tertangguh 14 hari – 12000

Kemudian jual emas tersebut ke kompeni lain yang sentiasa bersedia membeli, mereka ambik 240/g. Bermakna penjual akan dapat RM24000.

Tetapi, mereka nak bayar wang pendahuluan dahulu sebanyak 10 000. Baki seterusnya dibayar secara bulanan sampai cukup 24000

persoalan. Adakah berlaku riba di sini?

Jawapan
Pertamanya jual beli emas bertangguh serahan atau bayaran adalah riba yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Sekiranya tuan membeli emas secara bertangguh dan menjualnya juga secara bertangguh kepada penjual yang sama, ia adalah bay’ al-’inah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Dalam kes ini, berlaku riba pada jual beli emas secara bertangguh pada kedua dua transaksi, dan riba berhelah pada jual beli bay’ a-’inah. Sekiranya ia dibeli secara bertanngguh (kebiasaannya dengan cara ETA), dan dijual kemudiannya kepada pihak lain, dalam situasi ini berlaku riba 2 kali pada setiap transaksi. Sekiranya dibeli secara tunai, dan dijual semula kepada pihak lain secara ansuran, masih juga berlaku riba pada jualan secara ansuran.

Kedua, amat mustahil ada pihak yang sanggup beli emas dengan harga yang begitu mahal iaitu RM24000 bagi 100g emas sedangkan harga pasaran hanyalah rm13k. Kemunkinan besar ia tidak lain kecuali proksi atau wakil kepada penjual/pengelola skim tersebut. Sekiranya ia dilakukan oleh proksi atau wakil, maka ia akan menjadi masalah bay’ al-’inah. Keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa ia adalah skim riba+cepat kaya.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>