Bangladesh tahan wanita Malaysia bawa Enam Jongkong Emas

650_3Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang ditahan oleh penguatkuasa Bangladesh, dibebaskan dan dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Turut bersama Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah akan mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut. – Foto TRP/Zaini Hardy

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

KUALA LUMPUR, 6 Disember: Selepas lebih 10 hari ditahan oleh pegawai penguatkuasa di Bangladesh, akhirnya seorang wanita warganegara Malaysia bakal mendapat pembelaan daripada Pertubuhan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Wanita tersebut, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang berasal dari Semenyih ditahan penguatkuasa negara itu ketika melalui laluan hijau sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Hazrat Shahjalal, di Dhaka.

Dia ditahan kerana membawa enam jongkong emas seberat enam kilogram bernilai RM750,000.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Wanita berkenaan membawa jongkong emas tersebut kerana mahu dijadikan sebagai modal yang akan ditukarkan dalam bentuk mata wang bagi tujuan membina rumah di atas tanah suaminya di sana.

Langkah Raja Baslina membawa emas tersebut turut mendapat kebenaran daripada penguatkuasa di negara ini semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dia bertolak ke sana dan dokumen mengenainya turut dibawa bersama.

Difahamkan, pihak kerajaan Bangladesh hanya membenarkan emas dibawa masuk ke negara itu dengan tidak melebihi 100 gram sahaja.

Tindakan undang-undang sedang dijalankan ke atas wanita itu, kata akhbar dalam talian yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam Jewela Khanam.

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu membebaskan wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada seorang warga Bangladesh yang telah bermastautin di negara ini sejak 28 tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menguruskan visa perjalanan dan akan berlepas ke negara tersebut selewat-lewatnya minggu depan.

“Pihak kami akan sedaya upaya membawa pulang wanita berkenaan dengan menggunakan beberapa saluran tertentu,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Ridzuan memberitahu, sebelum ini IKHLAS merasa kecewa dengan pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana tidak mengambil berat terhadap kes tersebut yang diurus sendiri oleh suami wanita berkenaan.

Beliau berkata, selepas pihaknya campurtangan berhubung perkara itu barulah pihak kementerian melalui kedutaan Malaysia di sana mengambil respons terhadap perkara tersebut.

Katanya, IKHLAS akan mencari pelbagai kaedah termasuk menggunakan orang politik di sana selain mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut.

Tambah beliau, dalam hal ini IKHLAS turut merasa kecewa dan memandang serius dengan pihak kerajaan Bangladesh kerana terlalu tegas terhadap rakyat negara ini yang bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

“Mereka kena ingat bahawa rakyat mereka juga ramai mencari makan di negara kita ini, tetapi sedikitpun kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap rakyat mereka asalkan mempunyai dokumen perjalanan sah,” tegasnya.

Sementara itu, anak lelaki wanita berkenaan, Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya dilepaskan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya harap agar ibu dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Saya juga merayu agar pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu membebaskan ibu saya dan berdoa agar segalanya berjalan dengan selamat,” ujarnya.

sumber – bm.therakyatpost.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>