Liverpool Letak Statue Emas Van Dijk di Anfield

Akhirnya, seorang player berstatus emas lahir di Anfield, perkataan tertera dibawah statue Emas Van Dijk di luar stadium Anfield, Liverpool

Video Aksi Van Dijk 2019

Ulasan Admin

Memang antara bek terbaik didunia yang selalu menjaringkan gol pernah ada dalam sejarah bola sepak, sepatutnga dengan rekod Van Dijk dah menyamai taraf messi dan ronaldo, cuma tak dapat banyak score sebab dia pertahanan

Trade War Trump dan China Berterusan Menaikkan Harga Emas

Laporan berita Starbiz menyebut Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xin Jian Ping bersetuju untuk kembali ke meja rundingan bagi menghentikan tariff US kepada produk dari China.

Perjanjian sementara ini menyebabkan kenaikan harga emas dunia dan Malaysia tersekat dan mula susut setelah berada pada rekod paling tinggi dalam sejarah Malaysia dengan indek paling tinggi mencecah 7265/tael atau 1425usd/onz.

Hari ini indeks emas Malaysia kembali jatuh dibawah mata 7000 pertama kali sejak hari raya Aidilfitri bulan lalu.

Bagaimanapun perjanjian sementara ini mungkin tidak akan bertahan lama kerana pilihanraya Presiden US bakal bermula akhir tahun ini dan banyak janji Trump belum terlaksana

Antaranya:

  • Membina tembok us-mexico -gagal
  • Menghentikan imigren dari amerika selatan – gagal
  • Menang perang dagangan dengan china, jepun, euro – gagal
  • Menyelesaikan perang diplomatik iran, korea utara, israel – gagal
  • Meningkatkan sekatan kepada Rusia – gagal

Tekanan Dari Demokrat

Senator-senator dari kem Demokrat akan menggunakan kegagalan polisi Trump-republican ini dalam pilihanraya presiden akan datang untuk menukar presiden

Untuk rekod Trump kalah undi majoriti dalam pilihanraya US dan tewas dalam pilihanraya senator terakhir tahun lalu.

Kem trump kini berada dalam tekanan dan perjanjian sementara antara China dan US amat rapuh dan Naga dari China ini bukannya binatang ternak yang senang untuk dijinakkan oleh Trump.

Harga emas masih mempunyai potensi besar untuk terus naik kerana rekod emas dunia 1900usd/onz masih jauh. Hari ini emas hanya baru sekitar 1400usd/onz.

Kenapa Design Italy Boleh Popular Di Malaysia?

Design Italy sememangnya terkenal di pasaran tempatan, tapi kenapa Italy? bukannya design negara eropah yang lain..

Emas yang popular di Malaysia adalah emas 916, walaupun ada juga emas 750, 375 dan sebagainya, tetapi amatlah kurang laris berbanding emas 916.

Manakala di eropah, jarang barang dijual pada mutu 916, biasanya pada mutu 750 dan kebawah.

Design barang kemas di Malaysia pula unik, oleh kerana Malaysia mempunyai komposisi “Truly Asian”, design barang kemas cina, india dan melayu berbeza satu sama lain.

Contoh design cina orang melayu takkan beli.

Design barang kemas melayu lebih kepada unsur tumbuhan, manakala cina binatang / zodiak dan india pula lebih kepada ketuhanan, ketiga-tiga design ini tidak infusion antara satu sama lain.

Design Italy berjaya masuk ke Malaysia kerana design Italy mempunyai perantara ketiga-tiga design diatas, bukan daun, bukan binatang dan bukan penyembahan, jadi ramai hijabister yg gemarkan design yang berbeza dan moden termimpi-mimpi design italy.

Lagipun satu dunia tahu italian design, Italy adalah trend setter hampir semua design di seluruh dunia sejak berabad dulu lg.

Cuma masalah dengan design italy, kos pembuatannya tidak murah, dan kadang kala perlu gunakan emas berkualiti rendah dari 916 untuk menguatkan supaya tidak mudah tercabut.

Contoh jenama yang popular

Oro Italian by Habib Jewel

Jenis jenis Cincin Untuk Kahwini Wanita Melayu

Basically untuk kahwin, wanita akan dapat 3 jenis cincin dari pihak lelaki

1. Cincin Merisik

Dipanggil cincin belah rotan. Tapi BUKAN diperbuat daripada rotan ye.

Biasanya orang beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat.

Cincin risik merisik

Untuk cincin merisik jarang orang nak beli emas putih sebab cincin ni kosong. Nanti orang ingat bagi bagi cincin silver pulak. No no noo

2. Cincin Tunang

Ada orang tak bertunang, terus nikah je. Terpulang. Kalau tak bertunang, uolls dapat 2 cincin je.

Cincin bertunang ni biasanya lebih ‘up’ sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu (baca : diamond)

Cincin tunang

Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Ia dipanggil “Eternity ring”.

Sebab ada diamond, so bolehlah pilih nak emas kuning ke emas putih bergantung kepada citarasa.

Harga up sikit dari RM500 – RM1.5k (bergantung jenis emas, berat dan diamond )

3. Cincin Nikah

Cincin nikah mestilah kena paling glamorous diantara cincin merisik & bertunang.

Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Ia dipanggil Solitaire ring.

Solitaire ring ni dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecik-kecik.

Rekaan cincin nikah ni biasanya simple sebab main fokus dia adalah diamond.

Haaa itulah jenis jenis cincin yang korang wajib tahu kalau nak berkahwin dengan gadis melayu.

Tapi nak kata wajib pon tak jugak, ramai je gadis-gadis Melayu sekarang yang memahami dan tak suka membebankan pihak lelaki. Kan korang?

Kredit: twtwedding

Pstt: nak tengok cincin 916 murah murah boleh tengok di shopee

Hard Rock Cafe Sediakan Menu Baru Burger Emas

Hard Rock Cafe International mengumumkan perubahan menyeluruh menu mereka dengan inovasi sekurang kurangnya 20 menu baru di semua outlet mereka secara berperingkat.

Menu terbaru yang menjadi perhatian adalah burger emas terbaru Hard Rock Cafe dengan tagline “The world’s first edible 24-Karat Gold Leaf Steak”.

Selain itu juga, dengan milkshake instagram dan steak burger yang menjadi menu ikonik Hard Rock Cafe sebelum ini.

Pelancaran menu baru ini bermula pada 14 June 2019 bersempena tarikh Hard Rock Cafe pertama kali membuka francais mereka hampir 50 tahun yang lalu.

Harga : RRP

Kelebihan Memakai Emas Pada Bayi

Berkenaan suatu posting yang viral dan mendapat ribuan share di sebuah group “Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

kelab ibu bakal comel emas

Kisah itu benar, tetapi ceritanya kemungkinan besarnya adalah tidak benar.

Posting ini pernah popular pada beberapa tahun lalu sebelum dijelaskan oleh blog pakar perubatan sebenar.

Mengikut kajian yang dijalankan semasa.

Emas terbukti membantu sektor perubatan didalam dua aspek

Pertamanya sebagai anti-mikrobial (membunuh kuman), partikel nano emas mempunyai kelebihan untuk masuk di ruangan halus dan mampu membunuh kuman yang degil..

Yang keduanya, partikel nano emas mampu merawat dan membunuh sel kanser.

Kedua-dua kajian ini masih giat dijalankan dan suatu masa akan datang logam emas mampu memberi manfaat kepada manusia

Video Partikel Emas Nano

Artikel asal: https://rootofscience.com/blog/2017/umum/pakai-perhiasan-emas-boleh-merawat-penyakit/

Suami Main 4 Kutu Nak Beli Emas Ke Isteri

Kisah viral dari facebook, seorang suami yang kerja makan gaji bermain kutu dengan kawan-kawan FB semata-mata untuk membeli seutas rantai tangan emas untuk isteri tersayang.

Rantai tangan emas itu dihadiahkan bersempena annivesary mereka beberapa hari sebelum raya.

Ini kisah benar tuan-tuan, bukan macam drama di TV, sikit-sikit lelaki anak orang kaya bawak ferari, kemudian gadis2 gedik datang nak kahwin, dapat anak, suami jatuh cinta.. kemudian kene tipu tak mengandung kemudian cuci tandas petrol pam, kemudian kaya kemudian kawan goda isteri… bla bla bla.. )(&+&_!_;

Link: https://hrg.ms/2IIFi4b

Jika tak ada kawan-kawan fb nak main kutu, boleh juga beli emas ansuran di shopee, check sini

Dari Broker Emas Kecilan Menjadi Jutawan PureGold

30 Tahun lalu, Firoz Merchant menjejak kaki ke Dubai untuk berbulan madu.

Terpegun Keselamatan UAE

Sepanjang disana, dia terpegun melihat deretan kedai emas di kota Dubai mempamerkan penuh barang kemas di kedai tanpa risau dengan risiko keselamatan, terdetik di hatinya, senangnya berniaga emas di UAE.

Berhijrah ke Dubai

Selepas 10 tahun balik ke India, Firoz mula bosan dengan kerjanya, dan merancang untuk berhijrah ke UAE bersama keluarga dan terlibat dalam perniagaan emas.

Jual 2 Bar Sehari Menjadi Jutawan

Firoz bermula dengan menjadi agen syarikat emas. Pada hari pertamanya sebagai peniaga dia berjaya menjual 2 keping bar dan mendapat komisyen Dh10 (kira-kira) RM11.00.

Membuka Firma Sendiri

Bermula dari detik itu, berkat dari dedikasi, kerja keras dan etika kerja, Firoz Merchant berjaya membuka firma emas sendiri yang dikenali sebagai Pure Gold Jewelers, yang terkenal dengan kecantikan bar nya yang turut dijual di Lazada, Malaysia

Membantu Insan Lain

Nama Puregold bukan hanya terkenal dengan kualiti produk mereka, tetapi juga kerana jasa mereka membebaskan ramai pekerja asing India, Pakistan, Bangladesh yang ditahan di UAE disebabkan kesempitan hidup, visa, duduk lebih masa dan sebagainya disana.

Menerima Taraf Kerakyatan UAE

Beberapa hari lalu, Firoz Merchant, menerima panggilan telefon dari kedutaan UAE, untuk memaklumkan dia dan keluarga diberi Golden Card UAE, iaitu taraf kerakyatan UAE setelah 30 tahun memohon.

Lombong Emas Haram Punca Kematian Kuala Koh

Seorang aktivis alam sekitar yang dikenali sebagai SHRMB menyalahkan kewujudan lombong-lombong emas haram sebagai punca kematian mengejut hampir 16 orang penduduk orang asli di Taman Negara Kuala Koh minggu lalu.

Punca Kematian : Sianida

Menurut aktivis tersebut, punca kematian mangsa disahkan sebagai Pneumonia

disebabkan oleh penggunaan Sianida bahan yang selalu digunakan didalam perlombongan emas.

Berlindung Sebagai Lombong Besi

Lombong-lombong emas haram ini berlindung sebagai industri perlombongan biji besi untuk menutup aktiviti haram yang dilakukan di kawasan hutan taman negara.

Masih menunggu pihak berkuasa memberi maklumat rasmi.

billionaire malaysia

40 Gaji CEO Tertinggi Di Malaysia

Dalam laporan Aliran Online semalam, pada 2018 kekayaan mereka yang digelar Billionaire meningkat sebanyak 12% tahun lalu manakala majoriti 3.8 bilion penduduk bumi yang lain, menyaksikan sendiri kemewahan mereka diragut hampir 11% sepanjang tahun 2018.

Laporan disediakan oleh Oxfam untuk World Economic Forum di Davos.

Jurang pendapatan bagi penduduk kaya dan miskin semakin bertambah menunjukkan usaha kerajaan tidak berkesan membantu masyarakat miskin terutamanya b40.

kerajaan juga tidak banyak membantu menjana ekonomi negara malah pertikaman lidah terbuka diantara mereka menyebabkan orang ramai semakin meluat dengan pimpinan baru yang dibentuk.

Mari bezakan jumlah pendapatan 40 CEO tertinggi di Malaysia berbanding pendapatan anda tahun 2018.