Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

jerung-emas

APABILA Cikgu Halim akan bersara dari karier perguruan pada akhir 2014, beliau mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Halim dan keluarganya tidak sabar menunggu hari persaraan tersebut kerana apabila tugasnya berbakti kepada anak bangsa tamat, Cikgu Halim ingin menghabiskan masa bersama keluarga dirumah dan tidak perlu lagi berfikir masalah yang menimbung di sekolah

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Sebelum bersara Halim telah merancang pelan persaraan yang selesa. Duit simpanannya akan digunakan untuk membayar semua hutang yang ada dan bakinya bernilai RM300, 000 akan dilaburkan didalam perniagaan atau pelaburan yang selamat. Halim berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah dan hasil pelaburan dan perniagaannya dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan pendidikan yang lebih sempurna.

Semasa Halim sedang mencari skim-skim pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi, Halim telah didatangi Haji Syed (bukan nama sebenar), seorang kenalan lamanya yang dulu hanya menjawat jawatan guru biasa sekolah kanak-kanak khas, tetapi kini seperti orang kaya baru dengan memakai kereta Porsche Cayenne, no pendaftaran dua digit dan motor berkuasa tinggi. Halim teruja melihat kemewahan Haji Syed dan bertanya tentang peluang pelaburan & perniagaan Haji Syed sehingga menjadi kaya begini dalam masa yang singkat.

Halim telah diterangkan dengan skim pelaburan emas yang dijamin selamat, guarantee dan dijanjikan tunjuk ajar dengan pelbagai kotak skill pelaburan emas yang mampu memanipulasi emas untuk menjana kekayaan. Halim semakin berminat apabila mendengar keterangan Haji Syed dan yakin dengan pelaburan emas dan memulakan pelaburan emas yang asing pada dirinya dengan bermodalkan 100g sahaja.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Pada bulan pertama pelaburan, halim mendapat keuntungan RM2500 dan dia mula teruja dan berkira-kira untuk menambah lebih banyak, dari sehari ke sehari Halim menambah jumlah pelaburannya sehingga 80% dari jumlah simpananya, tempoh masa 2-3 bulan pertama halim mendapat jauh lebih banyak dari gaji yang diperolehi selama ini di sekolah, Halim semakin aktif dalam pelaburan emas dan mula menarik kawan-kawan seangkatan yang lain dan mula mengelolakan jemaahnya sendiri dengan nasihat dari Haji Syed, Halim menerima wang dari pelabur baru jemaahnya dan masuk kedalam program haji syed sebagai wakilnya dengan berharap akan mendapat berganda lagi untung.

Hidup Halim kini berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah pelabur dibawahnya kini mencecah berjuta-juta, dulu hanya bawa kereta Honda kini Halim mampu swap dengan kereta BMW M6 idamannya, sehinggalah suatu hari.

Secara tiba-tiba haji syed memaklumkan pelaburan mereka adalah haram dari segi syariat dan terpaksa dihentikan serta merta, duit-duit pelaburan terpaksa dicuci dahulu dan akan dibayar pada suatu tarikh yang dijanjikan, tanpa ilmu emas yang cukup, halim terkial-kial menjawab persoalan jemaahnya dalam situasi sekarang. Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Haji Syed menangguhkan lagi pembayaran modal pelabur dan meminta wakil-wakilnya mendahulukan wang mereka dengan janji untuk memberi pulangan lebih tinggi, Halim yang yakin dengan Haji syed membayar pendahuluan wang kepada pelabur dengan baki simpananya 20% tadi.

Masa semakin berlalu, mesyuarat demi mesyuarat telah halim lalui tapi transaksi wang atau emas yang ditunggu tidak kunjung tiba, manakala jemaahnya semakin menekan Halim untuk mendapatkan modal mereka, kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah terpaksa Halim let go dahulu demi mengelak dari namanya buruk oleh kawan-kawan untuk memberi bayaran kepada mereka.

Kini wang simpanan Halim habis, ilmu emasnya nipis, skills kotak yang dipelajarinya tidak dapat berfungsi dengan modal kosong, manakala Haji Syed masih berkeras untuk memulangkan bayaran kepada wakilnya. Halim semakin tertekan dan mula menyelidik pelaburan Haji Syed didalam sektor hartanah, saham, rumah, agrikultur dan pelbagai lagi, Halim mendesak Haji Syed untuk menjual perniagaannya untuk membayar modal pelabur tetapi Haji Syed berkeras untuk meneruskan programnya dan akan memberikan pulangan kepada pelabur-pelaburnya sehingga tiba waktunya

Cikgu Halim kini berlawan dengan masa, setiap hujung bulan pelabur akan mencari dan meminta modal mereka, dan setiap kali meminta bayaran kepada guru pelaburan emasnya, dia hanya mendapat kosong-kosong, kosong jawapan dan kosong respon serta pulang dengan poket kosong, Halim kini menunggu dan menunggu dengan hati tidak tenteram, bilakah Jerung akan memulangkan pelaburannya……..? atau wang nya telah menjadi bayang-bayang khayalan dalam tempoh hanya beberapa bulan…

 

One thought on “Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>