20 pemenang bertuah menang emas dalam pertandingan Caltex

 

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Lebih pemenang daripada peraduan yang lepas, dua puluh orang bertuah telah menang emas daripada peraduan “KeEMASan dengan Caltex” yang dianjurkan oleh syarikat bahan api itu. Caltex memberi sejumlah RM280, 000 dalam bentuk Akaun Pelaburan Emas Maybank kepada pemenang peraduan ini, yang diadakan dari bulan Disember tahun lalu hingga 31 Mac, 2012.
Seorang daripada empat pemenang sebanyak RM40, 000 iaitu pemenang Hadiah Pertama emas,Mohd Asri Abdullah dari Kelantan,yang diwakili pada majlis itu oleh isteri beliau Siti Nor Arashyiah. Beliau berkongsi perasaan gembira dengan mengatakan bahawa beliau dan keluarga masih dalam keadaan terkejut dan masih belum memutuskan mengenai apa yang perlu dilakukan dengan kemenangannya itu.
Chok Yung Hau pula,berusia 25 tahun, Pemenang hadiah pertama yang paling muda, hampir melepaskan durian runtuh ini. “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana apabila pemberitahuan tentang pemenang rasmi Caltex menghubungi saya ketika saya berada di dalam kapal terbang dan tidak dapat menjawab panggilan pada mulanya. Walau bagaimanapun, mereka tetap cuba menghubungi beberapa kali dan pada panggilan yang ketiga saya dapat menjawabnya tatkala saya tiba di lapangan terbang dan telah dimaklumkan mengenai berita gembira yang mengejutkan, “kata pemilik kedai elektrik.
Dengan penipuan berlaku di mana-mana hari ini, Lee Siew Yin dari Labis segera menemui seorang peguam untuk menghubungi Caltex stesen minyak untuk pengesahan, sebelum meraikan kemenangannya iru. Beliau adalah seorang wanita yang sangat berhati-hati!
“Peraduan KeEMASan Caltex ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami melabur ke arah jenama Caltex dan produk yang berkualiti dengan hadiah yang berharga di seluruh rangkaian kami. Dari wajah pemenang,kami gembira untuk menyatakan bahawa kami mencapai tanda bahawa kami akan terus berusaha ke arah memastikan Caltex akan membantu pelanggan menikmati  perjalanan yang selamat masing-masing, “kata Jeremy Oh, Pengerusi negara, Chevron Malaysia Limited.
Terdapat empat Hadiah Pertama RM40, 000 setiap satu, lapan Hadiah Kedua bernilai RM10, 000, lapan Hadiah Ketiga bernilai RM5, 000 dan 1688 Caltex StarCash kad bernilai RM199, 184 untuk dimenangi. Mereka yang membeli RM40 dan ke atas dalam satu resit di stesen minyak Caltex berpeluang memenanginya.

 

 

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

 

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>