Khidmat tebus emas di ar-rahnu dan lelong semula

Harga emas yang tidak menentu akhir ini banyak meresahkan pelabur dan pembeli emas termasuk kami, walaupun harga emas tidak berterusan turun tetapi kenaikan harga emas tahun ini tidak setinggi tahun lalu, ini sedikit sebanyak merugikan pelabur emas yang menggunakan sistem ar-rahnu kerana perlu membayar upah simpan yang tinggi setiap bulan, sedangkan harga emas tidak naik tinggi.  (LAYARI  www.hargaemas.com.my/lelong)

Masalah ini bakal menjadi serius apabila syarikat Ar-Rahnu mengubah polisi ekoran masalah dalaman beberapa minggu lalu, kesan ini sangat terasa kepada pelabur seperti kami kerana tidak dapat overlap, nama mungkin disenaraihitam dan juga terpaksa menjual pada harga rendah seperti sekarang, oleh kerana itu, kami di hargaemas menawarkan penyelesaian yang lebih mudah iaitu ‘lelong sebelum item dilelong’.

Cara ini cukup mudah, pertama, pelanggan boleh menghubungi Hargaemas di talian 03-92264232 atau isi form di hargaemas.com.my, pihak hargaemas akan menghubungi penjual dan membantu menebus keluar emas didalam ar-rahnu, emas akan dibeli mengikut harga belian Hargaemas.

Setelah item tersebut dikeluarkan dari Ar-Rahnu, ia akan disenaraikan didalam laman lelongan ini pada harga kilang dan akan dilelong kepada pembeli. Penjual dapat melihat sendiri item yang dilelong dan dapat menjemput rakan untuk membeli item mereka, selain itu, kami juga akan iklankan laman ini untuk menarik lebih banyak bidaan.

Untuk sesi pertama, item akan dilelong secara percuma selama 3 bulan, selepas tempoh lelongan tamat bidaan tertinggi dikira pemenang. Untuk meneruskan lagi lelongan, penjual akan dikenakan caj yang rendah setiap bulan 1-2% sama seperti caj upah simpan di Ar-Rahnu. Didalam tempoh lelongan, nama pembida dan maklumat pembida akan dipaparkan untuk memastikan setiap bid adalah telus dan ‘genuine’.

Selepas lelongan tamat dan item berjaya dijual, baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Penjual dan pembeli dapat menghubungi sesama sendiri untuk memastikan pembayaran telah dilakukan dan baki dipulangkan.

Pihak Hargaemas terpaksa meletakkan syarat untuk pembida wajib memiliki akaun Facebook bagi memudahkan urusan, NO IC juga diperlukan untuk pengesahan.

Kelebihan melelong emas disini, penjual dapat meminimumkan kerugian dari membayar upah simpan setiap bulan disamping dapat mengelak nama kita dari disenaraihitam oleh Ar-Rahnu. Penjual boleh menetapkan sendiri harga jual minimum dan maksimum. Manakala kelebihan kepada pembeli pula, mereka dapat membeli pada harga yang lebih rendah dari harga emas semasa disini, jadi tiada pihak yang rugi dan sama-sama menguntungkan.

Buat masa ini, Hargaemas cuma membantu untuk menebus Gold Bar, Dinar, Rantai Tangan Gajah, Rantai Tangan Pasir, Rantai Tangan Belah Rotan, Rantai Tangan Melur, Rantai Leher Roda, Rantai Leher Gajah untuk kualiti 999 dan 916 sahaja.

10 Pemilik Emas Terbesar di Dunia

Harga emas telah mencecah paras tertinggi pada Ogos lalu menjadikan kenaikan harga emas sebanyak 26% sepanjang tahun 2011. Pemilik terbesar emas didunia merupakan entiti bank negara, badan pentadbiran bank dunia, syarikat multinasional dan kerajaan2 negara dengan jumlah milikan mereka sebanyak 16.5% meliputi sebanyak 30,700 tan emas. Berikut adalah pemilik terbesar emas dunia

1. Amerika Syarikat Jumlah: 8,965 tan
Value : RM1,633.83 bilion
Aset: 74.7% aset asing
Negara kuasa utama ekonomi dunia memiliki emas disimpan di Fort Knox, Kentucky dan beberapa tempat simpanan lagi
2. Jerman Jumlah: 3,747 tan
Value: RM683 bilion
Aset: 71.4% aset asing
Bank Negara Jerman memiliki hampir 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka
3. IMF Jumlah: 3,101 tan
Value: RM565 bilion
Aset: –
Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia, beroperasi di 185 negara menyimpan emas untuk menstabilkan pasaran antarbangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain.
4. Itali Jumlah: 2,701.9 tan
Value: RM492.38 bilion
Aset: 71.2% aset asing
Bank Negara Itali telah dilaporkan memiliki 2709 tan emas dan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas.
5. Perancis Jumlah: 2683.8 tan
Value: RM489 bilion
Aset: 66.2% aset asing
Bank Negra Perancis merupakan pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion ringgit.
6. SPDR Gold ETF (GLD) Jumlah: 1213 tan
Value: RM221 bilion
Aset: –
Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini.
7. China Jumlah: 1161 tan
Value: RM212 bilion
Aset: 1.6% aset asing
Negara yang mempunyai 1.34 bilion penduduk ditempat ke 7?? sebenarnya 1161 tan emas hanya mewakili 1.6%  daripada pelaburan asing China, disamping mereka ada pengeluar emas terbesar didunia.
8. Switzerland Jumlah: 1146.2 tan
Value: RM209 bilion
Aset: 17.8% aset asing
Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas berada di tempat ke 8
9. Russia Jumlah: 926 tan
Value: RM169 bilion
Aset: 7.7% aset asing
Russia adalah negara paling aktif membeli emas ketika ini –IMF-, sepanjang 2010, russia telah memotong Jepun dengan membeli 210 tan emas lagi dari IMF.
10. Japan Jumlah: 843.3 tan
Value: RM154 bilion
Aset: 3.3%
Bank Negara Jepun menyimpan lebih 843 bilion emas bernilai hampir RM154 bilion ringgit.

Senarai Negara Asia terbesar memiliki emas selain China dan Jepun

12. India Jumlah: 614.6 tan
Value: RM112 bilion
Aset: 3.3%
Ranking India naik mendadak pada 2009 apabila mereka membeli lebih 200 bilion emas dari IMF
14. Taiwan Jumlah: 466.8 tan
Value: RM85 bilion
Aset: 5.0%
Kepulauan kecil di Laut China Selatan ini berada di tempat ke 14 bagi pemilik emas terbesar didunia, dengan sektor teknologi menjana pendapatan utama negara.

Didalam rekod yang lain (wikipedia), Ranking Negara Asia yang lain pada Dec 2010 adalah seperti berikut

Negara Reserve (tan) Value (RM)
*7. Qatar 950 RM173 bilion
15. Saudi Arabia 322.9 RM58.8 bilion
16. Iran 320 RM58.2 bilion
18. Lebanon 300 RM54.6 bilion
22. Pakistan 184.4 RM33.56 bilion
23. Filipina 175.9 RM32 bilion
26. Singapore 127.4 RM23.2 bilion
34. Thailand 99.5 RM18 bilion
36. Kuwait 79.0 RM14.4 bilion

Dimana Malaysia? Malaysia berada di ranking ke 44 dunia sebagai negara terbesar memiliki emas, lebih tinggi dari Brazil, Korea Selatan dan Ireland. Walaubagaimanapun, untuk membandingkan emas serta bolasepak, hanya negara-negara dibawah sahaja sesuai untuk pihak FAM lihat dimana mereka berada.. #famturun

Negara # ranking emas # ranking fifa
Malaysia 44 151
Bangladesh 56 141
Fiji 100 149
Haiti 105 107

Apa kaitan emas dan bola sepak? Bola sepak adalah sukan utama Malaysia, jadi adalah sanngat sesuai untuk dibanding #ranking bola sepak dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara. Haha my 2 cent, peaceee