Malaysia menang 3-0 vs indonesia (gambar)

Seronok, bangga dan gembira bila pergi menonton perlawanan final AFF Suzuki Cup di bukit Jalil semalam, kami bergerak seawal jam 4 petang lagi ke stadium, dalam jangkaan, stadium mesti dah sesak kalau pergi lewat. Ternyata, sampai sahaja kami kesana, jalan sudah sesak, deretan kereta, bas, lori, motor, kapal -joking!-, penuh disisi jalan. Akhirnya kami ambil parking yang berdekatan dengan sekolah Bukit Jalil. (kena bayar RM5.00) walaupun cuba tawar menawar, Guard sekolah disitu tetap berkeras untuk meminta parking RM5.00, sempat saya bergurau dengan Guard sekolah tu…”kaya la u chaa malam ni, kahwin la esok”. sengih macha yang menjaga parking kawasan sekolah.

Dari sekolah bukit jalil, kami terpaksa berjalan hampir 300m ke Stadium Bola Bukit Jalil, disisi-sisi jalan bas-bas yang menghantar penyokong Indonesia berhenti dan menurunkan penyokong mereka, sambil disambut oleh laungan hon-hon kereta dibelakangnya kerana bas itu berhenti terlalu lama ditengah jalan. Jalan disitu dipenuhi dengan Gelora merah putih, dan kami beramai2 dengan jersi kuning hitam, berjalan dengan tenang melalui jalan disitu,tanpa ada sebarang provokasi, masing-masing buat hal sendiri. Seolah masing cuba untuk mengelakkan sebarang provokasi di luar stadium walaupun dalam hati masing-masing tidak sabar untuk menyorak, memekik, menjerit….Serang…serang serang…

Continue reading