Bagaimana Pelombong Emas Haram Bekerja

Video ini menunjukkan tentang aktiviti perlombongan emas secara haram di suatu kawasan hutan lindung di Acheh. Cara pelombong emas haram di Aceh dan Malaysia pasti tidak jauh berbeza, video ini dirakamkan pada 2009 dan 2010. Biasanya mereka menggali emas sehingga kedalaman 3-4 meter.

Emas Di Timbunan Sampah

Bau busuk, bahaya timbunan sampah runtuh dan hujan lebat yang boleh menaikkan paras air tanpa disedari, bukanlah halangan kepada berdozen-dozen pemungut  barangan logam terpakai untuk “melombong” di kawasan timbunan sampah berketinggian hampir 300m di utara Guatemala.

Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah yang busuk semata-mata untuk mencari cincin dan gelang perak atau emas yang mungkin terdampar di situ.

“Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat, di pejabat kami selalu ditengking dimarah, tapi disini kami bebas,” kata Eddie Miranda, 41 tahun.

Eddie bernasib baik baru-baru ini apabila menemui  gelang emas seberat 9 gram, emas tersebut dijual dengan harga 2000 quetzals ($ 256). Jika dikira dalam ringgit, 9gram emas buruk bernilai hampir RM1170. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi jika dibandingkan dengan gaji purata penduduk Amerika Tengah, jumlah tersebut hampir sama dengan $ 270 (RM860) gaji minimum di negara Amerika Tengah.

Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti ini apabila mereka mampu mendapat $20 dollar sehari, dua kali ganda gaji sehari jika bekerja biasa.

Emas untuk roti di Zimbabwe (video)

Video yang dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe dimana kegawatan ekonomi dan inflasi yang tinggi di zimbabwe menyebabkan wang kertas tidak bernilai.

Kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia ialah lima ratus juta dollar ($500,000,000.00) bernilai lebih kurang USD2.00.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia….!!!

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

Telur ayam.Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup….

“pengemis” yg boleh dianggap “kaya” sbb dapat juta2 setiap hari…

kalau anak org kaya jgn cakap laa….

kilang buat wallet dengan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah.

Lombong emas di Malaysia

Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.

Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.

Map lombong emas di Malaysia (akan sentiasa diupdate)

20 Sejarah emas di Malaysia

Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.

Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.

harga emas hari iniDalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis

Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.

Continue reading