Kursus Asas Emas 29 Mei 2011

Kursus Asas Perniagaan & Pelaburan Emas 1 untuk sesi seterusnya akan dilakukan di Nouvelle Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Mint Hotel) pada 29-5-2011. Pada hari Ahad jam 10 pagi – 3 petang, Yuran: RM150.00 . kursus sesi Asas satu ini merangkumi skop

Pengenalan Emas
Pengenalan Mutu Emas
Pengenalan Harga Emas Tempatan & Antara Bangsa
Harga Emas Industri
Harga Emas Public Open
Pengiraan harga emas mengikut index CHL
Bagaimana Perkiraan Harga Index Mengikut Mutu Emas
Bagaimana perkiraan Harga index membeli emas terpakai
Mengenali Emas secara Tradisional
Cara Membeli Emas Terpakai
Cara Membeli Surat Pajak Gadai
Menguji Emas menggunakan ASID
Menguji Emas Menggunakan DENSITY METER
Cara-cara tempahan emas dan penghantaran untuk perniagaan
Didalam kelas ini kami akan mengadakan beberapa demo bagaimana urusniaga dilakukan, contoh jual beli dan maklumat untuk pihak anda perlukan didalam perniagaan. Yuran penyertaan hanyalah RM150.oo sahaja termasuk makan tengahari dan sijil kursus akan disediakan.

Kelas perniagaan emas hanya mempunyai tempat terhad, sila daftar sekarang di kursusemas.com (click here)

Hubungi :  Enc. Amirul 012-6981832

Cik Azura 012-6303723

Ofis : 03-89332827

 

20 Perkara Anda Perlu Berhati-hati


Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Didalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas.

Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas.

Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu

Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.

Cop cina atau Cop nombor

Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.

Bayaran menggunakan cek

Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft.

Spring pada gelang, subang dan rantai emas

Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan.

Penukaran emas semasa tebus pajak

Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini.

Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan

Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.

Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian

Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya.

Bukan emas yang disalut tebal

Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.

Batu pada item emas

Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya.

Jongkong platinum yang tidak original

Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana disana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum

Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga

Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.

Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas.

Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’

Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini.

Index harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati index emas berubah 3-4 kali, pembeli dan penjual emas harus sentiasa update dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual retail di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali.

Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi

Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain.

Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama.

Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.

Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.

Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.

Membeli emas yang tidak mempunyai surat emas / pengesahan pemilik

membeli emas dengan individu dibawah umur atau meragukan

cop gold plated

jual beli emas pada waktu malam/lewat pagi

membeli emas dengan tergesa-gesa walaupun ditawarkan pada harga yang rendah

Ikuti kursus pengenalan emas untuk mendalami dunia perniagaan emas dan membantu anda alert dengan pelbagai bentuk emas. Layari www.kursusemas.com untuk maklumat lanjut.

kursus asas perniagaan emas

Kursus Asas Perniagaan Emas 1 May 2011

kursus asas perniagaan emas

Kursus Asas Perniagaan & Pelaburan Emas 1 untuk sesi seterusnya akan dilakukan di Nouvelle Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Mint Hotel) pada 1-5-2011. Pada hari Ahad jam 10 pagi – 3 petang, kursus sesi Asas satu ini merangkumi skop

  • Pengenalan Emas
  • Pengenalan Mutu Emas
  • Pengenalan Harga Emas Tempatan & Antara Bangsa
  • Harga Emas Industri
  • Harga Emas Public Open
  • Pengiraan harga emas mengikut index CHL
  • Bagaimana Perkiraan Harga Index Mengikut Mutu Emas
  • Bagaimana perkiraan Harga index membeli emas terpakai
  • Mengenali Emas secara Tradisional
  • Cara Membeli Emas Terpakai
  • Cara Membeli Surat Pajak Gadai
  • Menguji Emas menggunakan ASID
  • Menguji Emas Menggunakan DENSITY METER
  • Cara-cara tempahan emas dan penghantaran untuk perniagaan

Didalam kelas ini kami akan mengadakan beberapa demo bagaimana urusniaga dilakukan, contoh jual beli dan maklumat untuk pihak anda perlukan didalam perniagaan. Yuran penyertaan hanyalah RM100.oo sahaja termasuk makan tengahari dan sijil kursus akan disediakan.

Kelas perniagaan emas hanya mempunyai tempat terhad, sila isikan maklumat dibawah untuk mendaftar

 

Kursus Asas Emas Ahad Ini Ditunda

image

Atas sebab yang tidak dielakkan, 1au terpaksa menangguhkan kursus asas emas ahad ini (nouvelle hotel, sg besi, 24hb kepada ahad minggu hadapan), kepada peserta yang telah mmbayar yuran sila maklumkan kepada kami jika tidak dapat hadir pada minggu hadapan, kami akan serahkan kembali yuran anda.

kami memohon jutaan kemaafan diatas pembatalan kursus ini

Kursus Perniagaan Emas Terpakai dan Baru

Salam April kepada semua pelawat, kami ada berita baik yang ingin dikongsi, jika tuan puan berminat untuk mendalami dunia emas, pihak hargaemas dengan kerjasama 1AU akan mengadakan suatu kursus pengenalan perniagaan emas terpakai dan baru, tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat dialu-alukan untuk hadir ke kursus ini untuk mendalami dunia perniagaan emas dengan lebih mendalam.

Antara Skop Kursus yang bakal dibentangkan oleh speaker 1AU, Encik Amirul adalah;

  • Pengenalan Emas
  • Pengenalan Mutu Emas
  • Pengenalan Harga Emas Tempatan & Antara Bangsa
  • Harga Emas Industri
  • Harga Emas Public Open
  • Apa itu Harga Chun Hing Long
  • Bagaimana Perkiraan Harga Index Mengikut Mutu Emas
  • Bagaimana perkiraan Harga index membeli emas terpakai
  • Mengenali Emas secara Tradisional
  • Cara Membeli Emas Terpakai
  • Cara Membeli Surat Pajak Gadai
  • Menguji Emas menggunakan ASID
  • Menguji Emas Menggunakan DENSITY METER
  • Cara-cara tempahan emas dan penghantaran untuk perniagaan

TARIKH KURSUS : Ahad 10 April 2011
MASA KURSUS : Pukul 10am – 03pm
TEMPAT KURSUS : NOUVELLE HOTEL, 8th KM, Kuala lumpur – Seremban Highway Sungai Besi. (Kalau datang dari pada Kuala Lumpur Hotel Sebelah Kiri Sebelum TOL sungai Besi)
BAYARAN KURSUS: RM 100.00 bagi setiap peserta (Pakej MAKAN PERCUMA)
SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG MENGIKUTI KURSUS.

TEMPAHAN:

Bank in RM100.00 ke Akaun CIMB 14210075428523 (Shahrul Zakaria) -sebelum Jumaat-
Sila sms kepada 012-2301015 selepas transaksi dilakukan, beserta nama, lokasi dan email

Didalam kursus ini, tuan puan bukan sahaja diterangkan pengenalan perniagaan emas dan mengenali emas semata-mata,malah tuan puan akan diberikan peluang untuk memulakan perniagaan emas dengan modal yang rendah.

Petunjuk Lokasi

Peta Ke Lokasi