Perniagaan emas secara online

Perniagaan jual beli emas ini adalah antara perniagaan yang telah bertapak dalam peradaban manusia, sejak sebelum masihi lagi Manusia mula menggunakan emas sebagai matawang, sebagai penunjuk kekayaan dan penanda aras kekuasaan.

Ketamadunan manusia tidak pernah lari dari terlibat didalam jual beli emas, contoh seperti  Tamadun Rom, Parsi, Aryan, China, Islam semuanya mempunyai sejarah sendiri berkenaan emas, samada wang syiling dengan gambar raja mereka, bangunan yang dibina dari emas atau arca emas tuhan-tuhan mereka, semuanya dicipta dari emas bagi melambangkan kemulian, kebesaran dan kekuasaan mereka.

Perniagaan emas bukannya suatu yang baru, ia sangat lama, malah sebelum roda dicipta lagi emas telah pun digunakan. barang perhiasan dari emas dikatakan tidak banyak berubah dari dahulu sampai sekarang, cincin masih mempunyai bentuk yang bulat, begitu juga subang, gelang , rantai emas, sama sahaja dari generasi nenek moyang kita hingga ke zaman siber ini. Cuma apa yang terbaru berkenaan emas, jika bukan dari bentuknya, bukan dari valuenya, mungkin adalah dari segi bagaimana pemasaran jual beli emas itu sendiri.

*tahukah anda, salah satu cara mudah untuk menjual emas di internet adalah dengan membina blog, contohnya di  Station916 dimana anda boleh melihat item-item barangan kemas dijual.

Saya ingin berkongsi bagaimana, “emas” boleh menjadi ¬†perniagaan yang menguntungkan secara online? “ye secara online”. Jika sebelum ini sudah menjadi rahsia terbuka bahawa tauke emas kaya, jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi kaya? ia bukannya rahsia yang besar, cuma ia suatu yang nampak biasa tetapi ada ceritanya.

Continue reading