Peluang perniagaan syarikat emas bumiputera (closed)

Sebuah syarikat emas bumiputera Sdn Bhd yang berpengalaman lebih 30 tahun didalam pembuatan, pertukangan, peleburan emas sedang mencari beberapa pihak yang berminat untuk melabur didalam urusniaga jual beli emas padu 999, 916 serta urusniaga Ar-Rahnu bank terpilih. Syarikat yang berasal dari Terengganu dan kini berpusat di Kuala Lumpur merupakan salah satu panel Ar-Rahnu sebuah bank tempatan dan terlibat secara aktif belakang tabir dalam pembuatan emas padu, emas tarik dan emas industri untuk beberapa syarikat emas utama sedia ada. Pada sekitar, 80-an,90-an, syarikat terlibat dalam pembuatan Mahkota-mahkota diraja untuk

beberapa institusi diraja dan diakui mempunyai kemahiran pertukangan emas.
Pihak syarikat memerlukan kerjasama pihak-pihak yang sudi melabur untuk meningkatkan kapasiti urusniaga harian dan sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman didalam perniagaan emas serta perjanjian untuk pulangan kepada pelabur. Syarikat tersebut mempunyai 3 tempat pembuatan utama iaitu di Terengganu, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.

Jika anda berminat untuk bersama kami didalam perniagaan emas, kami sedia bertemu anda dipejabat kami untuk penerangan lebih terperinci berkenaaan peluang perniagaan yang ditawarkan (Selayang, Kuala Lumpur) , kapasiti setiap pelabur sekurang-kurangnya 1kilogram (~RM200,000.00) dan keatas. Jangkaan pusingan harian (10-15kg). Sila hubungi saya jika anda berminat dan sedia bekerjasama dengan kami, insyallah usaha anda membantu syarikat bumiputera membantu kami menembusi pasaran yang lebih luas. Admin: 012-2301015

Ketakutan krisis eropah, harga emas jatuh

Saham-saham di bursa saham eropah jatuh pada dagangan hari ini dengan penurunan  tertinggi berlaku di Paris sebanyak 4%. Penurunan ini terjadi akibat tekanan krisis dan risiko hutang yang semakin besar di Eropah

Harga surat hutang yang diterbitkan oleh Greece dan Itali hari ini jatuh menjunam mengakibatkan nilai bunga pinjaman meningkat tinggi.

Nilai tukaran matawang euro hari ini ditutup lebih rendah berbanding dollar (usd) menyebabkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka keluar eropah ekoran sentimen risiko hutang tersebut. Sementara itu, harga emas yang naik melebihi $1900 per.ounce USD semalam mulai pada awal hari ini.

Gabernor Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet mengingatkan keperluan bijaksana bank pusat Greece bagi usaha penyelamatan kedua menangani krisis hutang negara tersebut. Sementara itu, Pengarah IMF, Christine Lagarde, meminta bank bank utama eropah pmenyedian modal  besar untuk terus bertahan dalam krisis hutang yang kini melanda kuasa utama Eropah.

Pada awal dagangan hari ini, bursa Paris jatuh 4%, London jatuh 2.45%, Franfurt jatuh 3.85% manakala bursa Madrid jatuh 3.63% dan Milan turun 3.67%

Bursa asia juga turut mengalami nasib yang sama dipimpin oleh kejatuhan Bursa Saham Tokyo 1.68%.

Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat  menuntut gantirugi bernilai USD 200 bilion daripada institusi perbankan ekoran  krisis suprime yang melanda negara tersebut tahun 2008 lalu, ini termasuk 1 bilion dari  setiap 17 bank yang mengakibatkan krisis besar hutang tahun lalu.

Tuntutan tersebut mengakibat Bank bank utama yang berpangkalan di eropah berada.pada.zon merah dalam dagangan hari ini.

Harga emas 999 AgroBank RM176/gram bermula esok

Berita baik bagi pelabur emas 999 di Agro Bank, bermula esok, agro bank akan menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu agro bank, kami cuma mengetahui harga untuk emas 999 sahaja iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Pelabur dah untung RM10.20/gram (berita baik). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas.

Pendapat kami merasakan kerana pada april lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran.

Bulan Mei juga mencatatkan rekod harga emas tertinggi pada 5.5.2011 berikutan peristiwa kematian Osama Ben Laden. Graf terbaru harga emas menunjukkan emas bakal naik lebih tinggi lebih dari jangkaan ramai. Sumber dari Goldprice Org: menyatakan, rally kenaikan harga emas akan berterusan naik untuk 3 hingga 10 tahun akan datang
Silver and Gold Prices Remain in a Long Term Bull Market with Another 3 to 10 Years to Run Wild

Selain dari Agro Bank, Federation of Gold Smith Malaysia juga turut menaikkan harga emas retail yang dijual dikedai emas kepada harga yang baru.

Nilai baru harga emas retail (2 June 2011)

999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.

Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.

Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.

Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan

1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.

2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.

3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.

4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?

Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.

sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini)

4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here)

5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang. lawati laman store harga emas malaysia

COUPON CODE: HARGEMAS

http://store.hargaemas.com.my

Order sekarang dan kami hantar ke pintu pejabat/rumah anda. (Lembah Klang Sahaja)

Membeli emas secara ansuran

Ramai kini mula melihat emas sebagai salah satu bentuk pelaburan baru yang menguntungkan, selain dari harganya yang stabil, designnya yang menarik, emas juga dapat mengawal anda dari berbelanja lebih dari keperluan. Menyimpan wang tunai atau wang kertas di bank bukanlah satu pilihan yang baik, wang tunai dengan mudah dapat dikeluarkan pada bila-bila masa ditambah lagi setiap hari iklan-iklan gadget seperti telefon iphone, android, blackberry yang menjadi global trend sekarang ada dimana2. Dari telefon 3g, kemudiaannya 3gs kemudiannya 4g, dan terlatest Ipad, sekurang-kurangnya ada yang terliur untuk memiliki satu, dua atau tiga…gadget terbaru. (jika bukan penggemar gadget, anda mungkin penggemar kereta, memancing atau apa sahaja termasuk bini muda….sukahati anda…)

Masalah utama yang menghalang untuk membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat 4 tahun yang lalu, harga emas 916 ketika itu sekitar RM73/gram sahaja berbanding sekarang, ianya telah mencecah RM155/gram (lebih 2x ganda), dalam masa 4 tahun sahaja, harga emas meningkat dengan begitu tinggi, malah lebih tinggi dari kenaikan gaji sesetengah kita. Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin menurun lebih-lebih lagi mereka yang tiada kenaikan gaji sejak tahun 2007 (sedih :( )..

Jika anda rajin membaca di forum2 emas, ada banyak yang menulis tentang membeli emas secara ansuran, beberapa cara yang mungkin boleh dikongsi disini adalah;

1. Secara Kutu -di forum wanitaniaga, forum wanita2, ada sesetengah forumer mengadakan kutu sesama mereka untuk membeli emas, bagaimana caranya, saya rasa ramai yang dah paham, cubalah lawat laman2 web wanitaniaga dan sebagainya.

2. Ar-Rahnu – caranya agak simple, anda menghubungi penjual, berjumpa di bank ar-rahnu bank rakyat, agro bank atau ar-rahnu biasa, penjual boleh memajak item yang ingin dibeli diatas nama anda, nilai pajakan diberi kepada penjual dan bakinya dibayar sendiri pembeli kepada penjual mengikut harga yang dipersetujui bersama. Pembeli boleh membayar secara ansuran setiap bulan kepada bank sehingga item selesai ditebus dalam tempoh 6 bulan atau lebih.

3. Berbaik-baik dengan tauke kedai emas, ada ramai tauke kedai emas yang sudi memberi anda beli perhiasan emas secara ansuran, lebih-lebih lagi jika anda kakitangan kerajaan.

Jika anda ada cara yang lebih efisien dan menarik, sila kongsikan di ruangan komen dibawah….

*mungkin ramai yang concern berkenaan hukum beli emas secara ansuran, sila rujuk diruangan forum ini, imbalan emas bukan lagi dibeli dengan dinar emas, tetapi dengan wang tunai. (iluvislam)

Jika anda ingin membeli emas 999 dengan cara kedua boleh hubungi kami, shahrul 012-2301015