Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.

Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….

Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-

Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.

Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.

Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.

clearly whut?  paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)

Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.

See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.

Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity.

Luahan Hati Master Dealer Public Gold

1.Nama “Public Gold” atau singkatannya iaitu “PG” di dalam artikel ini adalah merujuk kepada empunya laman web www.publicgold.com.my

2. Artikel ini ditulis oleh saya, dari perspektif mentaliti seorang bisnesman full time (Aidan Group) sejak lebih 5 tahun yang lalu dan seorang Master Dealer bagi Public Gold yang tidak puas hati dengan pengurusan Public Gold dan sudah tidak aktif mempromosi produk Public Gold.

3. Artiel ini tidak memburukkan mana-mana produk Public Gold. Semua pembeli produk Public Gold perlu yakin bahawa produk Public Gold diperbuat daripada emas dan perak yang tulen dan berkualiti tinggi.

4. Segala keputusan yang dibuat dan mengapa artikel ini ditulis adalah atas dasar pilihan peribadi, bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh orang lain.

5. Artikel ini ditulis tidak atas dasar sentimen perkauman antara bangsa Melayu dan Cina atau mana2 bangsa.

***************************************

Nama saya ialah Mohd Alif Nordin. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya adalah seorang Master Dealer yang sah bagi Public Gold (PG). Mungkin setelah mana2 pihak menyampaikan artikel ini kepada pihak pengurusan PG nanti, maka dealership saya akan ditamatkan dan saya tidak dibenarkan lagi untuk mempromote produk PG. Serious…. saya tak kisah langsung. Kalau saya kisah, maka tak mungkin saya akan mengeluarkan artikel ini. Sila sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya berbaloi disebarkan.

Baiklah. Mari kita mulakan. Mengapa saya tinggalkan Public Gold?

1. Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.

Semua dealer PG tahu, sesiapa sahaja boleh membeli produk PG terus  di cawangan PG di seluruh Malaysia. Anda boleh tanya kepada mana2 dealer tentang rancangan PG untuk membuka semakin banyak cawangan PG di seluruh Malaysia.

Kesan terhadap syarikat?

(a) Syarikat PG semakin dikenali ramai. Brand equity nya akan semakin meningkat. Produk PG senang didapati di mana2. PG makin maju.

(b) Syarikat dapat buat untung lebih sebab tak perlu tolak % komisen untuk dealer memandangkan pembeli boleh beli direct tanpa perlu melalui introducer/agent/dealer.

Kesan terhadap dealer?

Cuba anda semua fikir, bila sesiapa sahaja boleh pergi ke mana2 cawangan PG untuk membeli produk, bukankah ini akan ‘membunuh’ semua dealer dalam jangka masa panjang? Untuk bangunkan PG, dealer2 di leverage kan. Bila syarikat makin berkembang, dealer2 dipinggirkan secara ‘halus’. Kalau anda tanya orang2 top dalam PG mengapa ini dilakukan, mungkin mereka akan memberi alasan bahawa “…nanti senang untuk dealer2 nak pick up produk utk customer“.

hahahaha…bagi saya ini cuma alasan gula2 utk menyedapkan hati dealer. Mula2 memang la. Lepas pembeli dah tau diorang boleh beli direct and tempat nak belinya tak jauh mana, saya yakin sebahagian besar pembeli akan beli direct drp cawangan PG berdekatan dan bukan lagi melalui dealer. Sama macam orang beli produk di kedai Habib Jewel dan sebagainya. Kenapa? Gunalah common sense. Kalau anda di beri pilihan semasa nak beli logam berharga, anda suka dapat ‘fresh’ from kedai atau melalui orang tengah? Anda sendiri tahu jawapannya.

Mungkin juga orang2 top dalam PG atau admin ofis PG akan bagitau anda yang ada limit bagi mereka yang membeli terus di cawangan PG. Haha…betul ke tu? Cuba tanya balik diorang betul2. Kenapa saya cakap sebegini? Jawapannya ialah…SEBAB SAYA DAH KENE! Kita ni dealer punye la update blog promote sana sini, pastu kawan call tanya macam2. Punye la banyak kali saya pesan kat kawan saya, bila ready nak beli, call saya untuk lock harga. Tapi tunggu punye tunggu, bila saya sms balik kawan saya utk tanya dia bila nak beli, dia jawab macam ni lebih kurang,

Alamak, sori bro. Aku dah beli direct. Aku ingat boleh beli direct macam kedai emas biasa“.

Huhu…pasal Allah masih bagi saya iman, saya yakin ianya bukan rezeki saya je la. Takkan nak salahkan pembeli? Dah la kawan saya tu beli berpuluh ribu. Dah berapa dah tu komisen saya melepas? Anda semua dealer PG, anda tentu faham perasaan saya kan? Nak fight dengan PG utk dapatkan komisen tu? Dah berapa hari dah kawan saya beli masa tu. Apa bukti yang saya boleh guna utk claim yang sayalah introducer kawan saya tu? Aduii…leceh la macam ni kalau nak kene gaduh selalu…

Walau bagaimana pun sebagai seorang bisnesman, saya boleh faham keinginan PG nak dapatkan untung lebih bagi jangka masa panjang. Sama je dengan kebanyakkan (bukan semua ye) syarikat2 lain. Tapi, syarikat2 lain ada la rasional nya dalam menjaga kepentingan dealer2 mereka. Sebagai contoh, syarikat Hargaemas Resources yang saya sudah daftar sebagai dealer, mereka menyediakan saluran alternatif kepada dealer untuk membuat untung yang berbaloi-baloi, walaupun mereka juga mengamalkan polisi “boleh beli direct” seperti mana Public Gold.

Ini adalah sebab utama mengapa saya tinggalkan Public Gold.

 

2. Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.

Itupun hanya untuk Master Dealer. Kalau normal dealer, lagi la sikit. Semakin lama kita bertapak di dalam sesuatu industri, kita akan semakin masak akan selok-belok industri tersebut. Antaranya ialah, kita akan makin tahu berapa profit margin mereka sebenarnya. Daripada situ kita boleh agak berapa banyak untung yang mereka buat. Mungkin anda bertanya, “…kalau komisen PG sikit sangat, dah tu kenapa ramai je yang berminat nak jadi dealer PG?

Jawapan saya ialah PG pandai ‘mengaburi’ fikiran dealer2 (termasuk saya lebih 2 tahun yang lalu) dengan selling point pertama iaitu “PG akan buka banyak cawangan seluruh Malaysia. Jadi, nanti dealer senang nak amik produk untuk customer“.  Bila fikir selapis, bunyi macam sangat bagus sebab PG akan ada banyak dealer support centre (konon!). Nampak macam sebuah syarikat yang kukuh dan serious untuk berkembang maju dalam jangka masa yang lama. Bukan ‘fly-by-night’ punya syarikat. Tapi bila saya fikir dua tiga lapis, saya rasa saya dah nampak tembelangnya. Terutamanya bila saya sendiri dah kena macam yang saya cerita di point no.1 di atas.

Point yang kedua ialah PG ada kelebihan sebagai antara ‘abang sulong’ yang mempunyai modal besar dalam merancakkan industri pelaburan jongkong/dinar emas fizikal di Malaysia. Mereka agresif. Saya akui tentang perkara tu. Lebih 2 tahun dulu, berapa ramai la sangat orang sedar tentang pelaburan emas? Berapa banyak la syarikat yang bergerak aktif seperti PG? Sikit je. Dengan kelebihan modal yang besar dan marketing yang agresif, ramai yang ‘terbeli’ dengan PeLuAnG KeEmAsAn (ye la tu!) yang ditawarkan PG.

Anda mungkin bertanya lagi, “…bagaimana pula dengan beberapa top leader PG yang dapat mengaut PeLuAnG KeEmAsAn yang ditawarkan PG? Takkan mereka tak nampak tentang perkara ni?” Haha…saya yakin, itu sebab mereka dah too deep dengan PG. Walaupun mungkin mereka dah lama sedar dengan point2 yang saya utarakan di dalam artikel ini, macam mana la diorang tu nak detach dengan PG? Apatah lagi kalau yang dah dapat BMW sebijik dan dah jadi jutawan. Memang Public Gold je la yang betul. Orang lain yang tak sependapat dengan pengurusan PG semuanya tak betul. Haha… human factorla katakan…kita kene fokus…betul tak brader Syukor? hehe…

 

(sambungan disini, masih ada 3-5 faktor lain di laman utama www.pelabursilver.com)

Harga Emas di Wikipedia

Emas Sebagai Matawang

Dari pelbagai jenis logam berharga, emas sangat popular dikalangan pelabur untuk menjadi salah satu aset didalam pelaburan mereka. Pelabur biasanya membeli emas sebagai penampang kejatuhan matawang, menampang kenaikan inflasi dan juga sebagai penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.

Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau kerana ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!” Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua logam atau jisim lain didunia.

Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk mendapatkan keperluan yang lain, contohnya seorang petani ingin mendapatkan ikan di laut, Petani tidak mungkin dapat mencuri masa untuk kelaut, bagaimana pula nelayan ingin mendapatkan beras. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu dibawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu dipotong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “jisim” diperlukan untuk memudahkan urusniaga dan jisim itu seharusnya mempunyai nilai yang sama di semua tempat dan kawasan.

Dalam sejarah tamadunan manusia, bangsa zaman mesolitik, neolitik menggunakan kulit kerang, logam bercop dan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan matawang, tetapi sistem tersebut gagal kerana jisim tersebut mudah ditemui dan dicipta. Menggunakan kulit kerang sebagai matawang bakal menjadikan penternak kerang bertambah kaya berbanding petani yang tidak mempunyai kerang begitu juga pengukir batu akan menjadi lebih kaya sekiranya setiap batu yang diukirnya lebih bernilai dari seekor lembu. Tamadun manusia sejak ribuan tahun mencuba dan mencari jisim yang mempunyai nilai yang tetap dan tidak boleh dicipta akhirnya menemui sejenis logam disebut emas sekitar 3000SM tahun sebelum masihi di Mesir.
Tamadunan manusia dapat membuktikan nilai emas akan kekal sebagai matawang, akan kekal berharga dan akan kekal laku untuk diniagakan, seperti mana ilmu tamadun membuktikan sehingga hari ini, hanya kuda boleh diternak dan kuda belang tidak. Hukum ini akan kekal sehingga ribuan tahun akan datang.

Faktor Emas Sebagai Matawang

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling atau sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa jual beli walaupun urusniaga yang kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh.

Harga Emas

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama. Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.

Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing, harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).

Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.

Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas, index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas) rujuk Harga Emas Malaysia

Faktor Perubahan Harga Emas

Seperti komoditi-komoditi lain, harga emas bersandarkan kepada bekalan dan permintaan (supply & demand) dan juga spekulasi harga emas. Emas berbeza berbanding komoditi lain kerana permintaan untuk emas adalah sebagai pelaburan dan simpanan bukan untuk digunakan dalam industri kilang atau pembuatan. Kebanyakan emas yang telah digali beribu tahun dahulu masih lagi wujud dalam bentuk asal emas, seperti barang kemas yang telah dipakai, boleh dileburkan kembali dan menjadi emas dalam bentuk yang lain. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan 158,000 tan emas telah digali atau jika dikumpulkan ia setebal kubik 20.2 meter pergi. (66 kaki).

Oleh kerana masih banyak lagi emas didalam simpanan, harga emas hanya berubah disebabkan kenaikan permintaan berbanding kadar pengeluaran emas di lombong. Menurut World Gold Council, sejak beberapa tahun lalu, pengeluaran emas telah merosot kepada 2,500 tan emas setahun, kira-kira 2000 tan disalurkan untuk industri barangan kemas, pergigian, bullion stock dan 500 tan lagi adalah untuk pelaburan dan kepada dana-dana tukaran matawang.

Bank Pusat

Bank Pusat (Bank Negara) dan International Monetary Fund (IMF) memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. Pada lewat 2004, Bank Pusat dan Badan Rasmi tersebut memiliki 19 peratus dari jumlah emas yang telah dikorek dari muka bumi. Perjanjian 10 tahun Washington (WAG) yang bertarikh September 1999, menyekat jual-beli emas kepada kesatuan (Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, IMF) kepada kurang dari 500 tan setahun. Sejak itu, Bank-Bank Eropah seperti Bank of England dan Swiss National Bank adalah adalah pemain utama dalam jual beli emas dunia. Pada 2009, Perjanjian WAG dilanjutkan untuk tempoh masa 5 tahun lagi, dan had jualan dikecilkan kepada 400 tan setahun.

Walaupun Bank-Bank negara tidak akan mengumumkan pembelian mereka sebelum jual-beli, beberapa Negara seperti Russia telah menunjukkan minat mereka untuk meningkatkan bilangan simpanan emas negara sejak tahun 2005. Pada awal 2006, Bank Negara China yang hanya memiliki 1.3% simpanan emas mengumumkan mereka akan mencari jalan untuk meningkatkan pulangan mereka dengan simpanan emas. Pemerhati pelaburan melihat pengumuman tersebut adalah isyarat China akan mengubah beberapa pegangan ekuiti mereka kepada emas. India merupakan antara negara paling untung dengan kenaikan harga emas yang tinggi sejak 2008, pembelian 200 tan emas oleh india pada september 2009 telah meninggikan lagi harga emas.

Pandangan harga emas berkait rapat dengan kadar faedah biasa diterima secara umum, kerana setiap kenaikan kadar faedah, akan merendahkan minat untuk membeli emas, dan apabila kadar faedah turun, harga emas juga akan naik. Disebabkan itu harga emas dikaitkan dengan dasar kewangan Bank Pusat, samada untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Contohnya, jika pasaran saham menunjukkan isyarat inflasi yang bakal berpanjangan, bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengimbangkan kenaikan harga emas bagi memadamkan kemungkinan inflasi.

Contoh bertentangan dapat dilihat apabila Bank Eropah menaikkan kadar faedah mereka pada April 2011, kali pertama sejak 2008, harga emas yang sebelum ini naik tinggi mula beransur perlahan dan mendatar, untuk beberapa ketika, bagaimanapun ini hanya dapat menghalang kenaikan untuk sementara waktu kerana harga emas naik mencapai puncak lebih tinggi pada masa akan datang. Contoh juga di India pada Ogos 2011 dimana kadar faedah yang tertinggi di India ketika itu menyebabkan harga emas mencapat harga tertinggi.
Pelindung Nilai kepada ketegangan kewangan.

Emas seperti logam bernilai yang lain sering kali digunakan sebagai pelindundung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan matawang. Joe Foster, pengurus dana Vaneck International Gold Fund yang berpangkalan di New York, menerangkan pada September 2010.
Matawang bagi negara-negara utama, termasuk USD, berada dalam tekanan pasaran disebabkan perbelanjaan defisit negara. Semakin banyak wang dollar dicetak ke dalam ekonomi sekarang nilai matawang dollar akan semakin kurang bernilai.
Sekiranya pulangan dari bon, ekuiti dan hartanah tidak lagi dapat menangani jumlah risiko dan inflasi maka permintaan untuk pembeli emas dan komoditi-komoditi lain akan turut meningkat.
Permintaan untuk pembuatan barang kemas.

Barang kemas merangkumi hampir 2/3 dari permintaan pasaran. Negara India adalah pengguna terbesar barangan kemas sekurang-kurangnya 27% permintaan barangan kemas didunia adalah dari India diikuti China dan Amerika.

Selain barangan kemas, emas turut penting dalam sektor perubatan dan industri maju kerana emas mempunyai sifat konduksi haba dan elektrik yang baik selain dari ia tidak berkarat dan tidak terurai dengan sebarang bentuk bakteria.

Dewasa ini, perniagaan emas terpakai, emas lama, telah menjadi multi-bilion industri.

Faktor Singkat Harga Emas

Harga emas juga turut terkesan dengan pelbagai lagi mekanisme, seperti jualan tiba-tiba amaun yang besar, terutama melibatkan firma bullion yang besar. Pemerhati pasaran emas menjelaskan, harga emas biasanya akan terjejas apabila dagangan di Stock Exchange New York bermula, perang, rampasan kuasa, tragedi dunia dan Kecemasan berlaku dalam suatu negara.

Ini dapat dilihat sepanjang 2011, apabila harga emas turun ketika Arab Spring, dan naik selepas beberapa minggu, seperti ketika rampasan kuasa di Libya dan mesir. Tragedi Tsunami di jepun pada Mac 2011 turut merendahkan harga emas sebelum naik kembali 2 minggu seterusnya.

Ketika berlaku peperangan, ramai yang akan bimbang dengan aset mereka yang akan dibekukan dan matawang tidak bernilai, mereka akan membeli emas yang mana sentiasa boleh digunakan untuk membeli makanan, transport. Disebabkan itu, ketika peperangan, permintaan untuk emas akan naik.

link: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harga_emas

Final Piala Malaysia: Harga tiket semahal 0.25gram emas

Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menemukan jaguh Pantai Timur, Terengganu menentang Skuad Rusa bakal berlansung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober ini mengikut kata Hamidun Amin (S.U FAM) petang tadi. Jawatankuasa FAM telah bermesyuarat bagi menentukan venue yang sesuai, harga tiket, upah dan imbuhan masing-masing di Pejabat FAM, Palace Of Golden Horses…

Akhirnya keputusan telah dicapai, harga tiket ditetapkan sebanyak RM50 untuk semua tempat duduk, manakala stadium Shah Alam menjadi venue Final tahun ini. Saudara- saudara yang dihormati sekalian, untuk catatan saudara, harga tiket sebelum ini cuma RM30 (2010) dan RM20 (2009) sahaja, tetapi pada tahun ini naik mendadak 67% kepada RM50 per tiket. Graf berikut menunjukkan kenaikan harga tiket sepanjang 5 tahun.

kenaikan harga tiket

Dijangka pada tahun 2012 dan 2013 harga tiket akan mencapai angka satu ribu ringgit Malaysia. “Sometimes paper is more worth than gold” –Abang Zainal (ulat tiket). Kami tidak menjanjikan pelaburan anda memberi pulangan tetapi trak record sepanjang 5 ini tahun membuktikan Tiket Bola adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan. (order disini)

Berbalik kepada kualiti padang, kata FAM adalah kata putus, mana-mana pihak yang memberontak boleh angkat kaki dan pergi bermain dengan kelab Slovakia, rejim yang telah 27 tahun di tampuk kuasa akan kekal, Revolusi telah lama berkubur dalam FAM. Jadi kepada penyokong, tiada pilihan atau peluang lain kecuali bersama-sama kestadium Shah Alam sabtu ini memenuhkan poket FAM atau pilihan alternatif duit RM50 tadi beli pizza dan tengok depan TV 42 inci. – dan tidak lupa Selamat Harijadi kepada Birthdayboy FAM hari ini dan selamat bercuti orang Pahang

Sumber:

Laman web yang menentang keputusan opportunist FAM disini:  https://www.facebook.com/Kami.Bantah.Harga.Tiket.PM2011

Laman Facebook FAM diserang bertali arus penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan FAM : http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Bola-Sepak-Malaysia-FAM/135663096513988

Click for large image!
harga emas malaysia 30 hari jun 2011

Pergerakan harga emas sepanjang Jun 2011

Sepanjang Jun 2011, harga emas mengalami penurunan mendadak pada 2 minggu terakhir ekoran krisis matawang euro, krisis Greece dan juga kenaikan matawang USD, cuma pada 2-3 hari yang lepas harga emas kembali naik dan membuktikan sekali lagi harga emas akan naik lebih tinggi setelah mengalami kejatuhan. Bagaimanapun timbul sedikit kekesalan bagi pihak kami kerana tidak membeli emas pada awal Julai ketika harga jatuh begitu rendah dan gagal menyimpan lebih dari 1 kilo emas 999.9 tetapi terpaksa melepaskan kepihak yang lain kerana kengkangan modal.

 

harga emas malaysia 30 hari jun 2011

 

Ini bukan kali pertama harga emas pulih setelah jatuh teruk, pada Februari 2011, ketika perayaan tahun baru cina harga emas pernah jatuh lebih teruk tetapi kembali pulih 2 minggu kemudiannya, begitu juga ketika tsunami di Jepun dan juga kematian Osama Ben Laden 2 bulan yang lepas. Ini menunjukkan pelaburan emas stabil untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Sepanjang bulan Jun lalu, Kami dilanda Demam bolasepak  bermula dengan Final Piala FA diantara Terengganu vs Kelantan diikuti perlawanan kelayakan ke Olimpik 2012 London dan juga Piala Dunia 2014. Hampir semua perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil sempat kami hadiri bagi menyokong pasukan Harimau Malaya, tahniah kepada skuad Harimau Malaya dan juga Harimau Muda kerana layak ke peringkat seterusnya.

Cara mendulang emas

Ini adalah kesinambungan cerita pendulang emas di Australia dalam entry sebelum ini. Just translate dan share sahaja di laman hargaemas ini.

Dulang Emas Plastik ada beberapa jenis, tetapi ramai dah x pakai dulang besi, biasa pakai plastik dah pada zaman sekarang. ok sambungan…..

“Tidak kira anda baru sahaja berjinak atau seorang yang profesional, dulang emas masih lagi peralatan wajib bagi seorang penggali emas. Dulang emas  digunakan pada awal dan akhir suatu explorasi emas, lombong emas yang komersial pun masih lagi menggunakan cara ini untuk menentukan nilai elemen mentah yang dikorek. Dulang emas digunakan dimana sahaja emas ditemui,kira-kira 75% negara didunia masih menggunakan cara ini.

Apa yang saya tahu, dulang emas ini ini dahulu (Dipanggil BATEA), sejenis bekas yang berbentuk leper dan mula digunakan pada Zaman Ketamadunan Mayan-Indian lagi. Batea berdiameter 15-24 inci dan 6-8 inci dalam dihasilkan dari kayu dan digunakan untuk mencari emas, emeralds, rubies, germstone atau apa sahaja item bernilai yang lebih berat dari pasir dan lumpur dapat diperolehi dengan menggunakan alatan ini. Continue reading

Harga Emas mencapai rekod baru! Perak pun naik

Uh oh.

Gold hit all-time high yesterday’s trading! It hit new record of US$1242.70 an ounce (oz).
And Silver is at its highest in two-years! Naik ke lebih kurang US$19.50 per oz.

Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika.
Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan.
Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam – termasuk pork bellies (perut khinzir), rough rice (beras kasar), live cattle (lembu hidup), sawit dan butter. Lihat di sini.

Balik ke cerita emas.

Continue reading

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.

Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Continue reading

Harga emas cecah paras tertinggi

HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah. Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.

Penganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu. “Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham. Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah. Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.

Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624. Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting. Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu. “Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.

“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah. “Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.

Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas. “Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP

Khabar angin Etika Emas dan Bank Rakyat

images (2)Beberapa minggu lepas saya ada mendengar khabar angin bertiup kencang berkenaan pelaburan emas 999 yang diuruskan oleh etika emas, rasanya mungkin saya perlu berkongsi dengan pembaca disini (tapi ingat, ini hanya khabar angin, hubungi pihak berkenaan untuk pengesahan) Sahihnya, Bank Rakyat buat masa ini telah menghentikan urusniaga untuk  pajakan sebarang bentuk jongkong emas 999 samada pamp suisse, etika emas atau mana-mana syarikat yang menjual jongkong emas berikutan arahan dari Bank Negara untuk membantu siasatan didalam pelaburan emas yang diuruskan oleh koperasi tertentu.

Khabar angin juga ada menyatakan mana-mana gold bar yang masih belum ditebus di bank tersebut akan diarahkan tutup atau dilelong untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan.

Jika ada sesiapa mempunyai maklumat lanjut? sila tuliskan dibahagagian komen ye.. teman saya telah melihat surat sendiri dari Bank Negara bertarikh 2 Disember mengarahkan Bank Rakyat menghentikan pajak gadai jongkong emas 999 24 karat dari mana-mana syarikat buat sementara.

Bagi pelabur yang masih belum mengeluarkan item anda,  pelabur boleh menghubungi pihak ketiga,  hafiz 012-3349940 atau isi form dibawah untuk bantuan lanjut.

[contact-form 1 “sell-gold form”]