Harga Emas mencapai rekod baru! Perak pun naik

Uh oh.

Gold hit all-time high yesterday’s trading! It hit new record of US$1242.70 an ounce (oz).
And Silver is at its highest in two-years! Naik ke lebih kurang US$19.50 per oz.

Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika.
Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan.
Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam – termasuk pork bellies (perut khinzir), rough rice (beras kasar), live cattle (lembu hidup), sawit dan butter. Lihat di sini.

Balik ke cerita emas.

Continue reading

Jongkong emas di Utara

Saya ada 5 ketul jongkong emas dengan berat 50gms setiap satu, saya nak jual pada harga rm129/gms jika ada sesiapa nak beli boleh hubungi saya. Hanya wang tunai diterima. Untuk mereka yang ingin melabur didalam emas, boleh beli pada harga tersebut. harga semasa 999 gold bar ialah RM152/gms, jimat RM23/gms

Harga emas cecah paras tertinggi

HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah. Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.

Penganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu. “Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham. Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah. Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.

Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624. Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting. Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu. “Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.

“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah. “Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.

Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas. “Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP