Harga emas di India melonjak tinggi

NEW DELH – INDIA. Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

“Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember,” kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

“Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS,” kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

“Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi,” kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. – Bernama

Emas termahal didunia ada di Malaysia

Selamat Hari Thaipusam kepada semua pelawat hargaemas yang berketurunan India, dan selamat bercuti kepada mereka yang lain, seperti tajuk diatas, memang benar, Malaysia mempunyai emas paling besar didunia, tak percaya? nah tengok

Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand.

Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki.

Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja :), ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan.

Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.