Krisis Greece dalam Animasi

Video dalam bentuk animasi ini menerangkan apa berlaku kepada negara Greece sehingga berlaku keruntuhan ekonomi mereka, lebih senang untuk faham bagi org yang buta term2 ekonomi macam kami, jika nak suruh baca WSJ, Times, CNN bla-bla bla memang tak faham lah, lainlah kami macam Shakina Bana dari Kelab Kimia Jabatan Kimia Malaysia, power BI tahap gaban..

Sebelum ni kami cuma faham mereka pinjam terlalu terlalu banyak hanya untuk makanan. Taraf ekonomi tinggi mereka menyebabkan tidak ada sesiapa mahu jadi petani, jadi mereka tidak mengeluarkan makanan sendiri, mereka mengimport makanan, akhirnya ini terjadi… enjoy!

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Harga Emas Selepas Raya Cina

Semalam kami sempat berjumpa dengan beberapa pengurus syarikat emas lain-lain, harga emas dah naik kata mereka. Biar betul? tengok index mana? semua peniaga emas tahu indeks emas tiada ketika tempoh raya cina ni, ada kilang buka 1 Februari, ada yang buka sehingga akhir Januari, sepanjang tempoh ini tiada sumber untuk merujuk indeks emas tempatan, opkos bagi yang tengok indeks global macam kitco, goldprice dan etc, memang boleh tengok, tapi secara jelas, konkrit dan jitu harga-harga rujukan tersebut tidak tepat untuk mengira harga emas tempatan

Ramai yang selalu tanya, kenapa harga emas tak mengikut indeks seperti bursa saham Kuala Lumpur, atau harga emas yang ditulis Bank Negara, atau dari kiraan kitco dan bermacam-macam lagi indeks emas global yang lain, ia simple sebenarnya, indeks rujukan tersebut tidak include kos-kos sampingan lain, penghantaran, sekuriti, tukaran wang asing, dan sebagainya. Sama seperti jika anda  menukar wang asing di Kedai2 Money Changer, rate di bank lain, rate di Google Finance lain, rate setiap kedai pun lain, begitulah juga emas.

Selalu juga menjadi persoalan kepada kami, kenapa harga emas di pantai timur rendah, di utara lagi rendah, di selatan pula mahal, yang sebenarnya itu hanya sentimen dan anggapan dan itupun tidak tepat.

Bercakap pasal pantai timur ni, memang banyak sentimen pasal emas di area ni, ada negeri mendakwa emas mereka lebih berkualiti dari negeri lain, opss? kualiti apa agaknya?  emas 916 dimana-mana pun bermaksud 91.6% emas atau 22 karat,  jika ditimbang menggunakan density meter, akan memberikan bacaan 22k, density meter ini standardize, sama sahaja di Kelantan ke, Kedah ke atau Sabah sekalipun. Cuma semangat kenegerian melebihi realiti dan tak salah untuk berbangga dengan kampung halaman, jadi biarlah ia kekal menjadi mitos!

Di kawasan yang lebih maju lebih ramai menggunakan mesin berbanding mengekalkan menggunakan kemahiran tangan, jadi yang sebetul-betulnya emas disana lebih baik dari kehalusan tetapi bukannya kualiti.

Sepanjang cuti raya cina ini, ofis kami tidak pernah tutup, kami kekal melayani pelanggan yang datang dan pergi ke tempat pelanggan untuk jual beli, yang sedikit menjadi kaget apabila turun kebawah melihat kedai-kedai lain ditutup dengan notis sehingga akhir Januari, hampir semua kedai dibahagian bawah tertutup rapat, jika kita orang melayu di kota, keadaan ini biasa dilihat ketika hari raya, semua rumah2 jiran tertutup rapat, tetapi time raya cina ni, kedai2 pula tertutup rapat. maksud saya sebenarnya, kita tidak ramai di kedai bawah????

Dikawasan sini, kebanyakan kedai-kedai bawah hanyalah bengkel2 kereta, saya melihat bisnes bengkel kereta ini sangat menguntungkan, kenapa tidak? bengkel2 kereta disini tumbuh semacam cendawan, lokasinya pula sebelah menyebelah saja, sewa kedai di bawah bukan murah, kurang-kurang 4-5 ribu sebulan.. tidak nampak pula, kedai mereka lengang setiap hari, ada saja kereta yang keluar dan masuk.

Pomen-pomen kita suka buka bengkel di kawasan terlindung, silap strategi rasanya, yelah, customer yang ramai ini yang bertudung, agaknya mereka takut nak ke bengkel-bengkel terlindung, jadi mereka pun pergilah kesitu. Customer bertudung ni kebanyakan banyak duit, jika suruh ditukar plug yang baru pakai sebulan pun, mereka akan tukar, janji kereta mereka tak ada masalah…

Ok berbalik kepada emas, yup harga emas sedang menaik, semalam indeks yang kami dapat adalah 6380 berbanding sebelum sebelum raya sekitar 6300-6330.

Akhir kata, selamat memandu pulang, dan Selamat Tahun Baru kepada yang menyambut raya cina, saksikan video Tarian Shuffle Harimau di Lot 10 beberapa hari sebelum raya cina 2012.

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.

Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Sumber > Bharian > http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

10 Cara Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas 2012

Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan berganda-ganda keuntungan dengan melabur atau membeli emas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi saya YES, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli emas dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan,

Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.

Ada juga visitor yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan.

Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik saya menjual emas hampir 1kg setiap hari kerana banyak permintaan lebih-lebih lagi di kawasan desa.

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.

1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) , pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga akaun simpanan beberapa bank utama.

-8 hingga 10 akan ditambah pada masa akan datang-

Snippet: Seperti dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa datangnya Dajal atau (Fitnah) maka dunia akan ditimpa bencana atau peperangan, dimana anda jika ia terjadi dizaman kita? jika saya menjadi Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan merawat pesakit, jika saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman saya tanam jika tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh internet, pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh lakukan kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Saya pengarah syarikat? saya pengurus kanan jabatan kerajaan? tetapi jika berlaku perang saya bukan sapa-sapa  :)

 

 

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.

Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….

Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-

Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.

Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.

Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.

clearly whut?  paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)

Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.

See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.

Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity.