Berapa dinar barang moden sekarang?

Apa yang kami perasan di mana-mana blog berkenaan emas, mesti ada ayat “harga seekor kambing sama seperti harga satu dinar”, asyik-asyik kambing je kan,jadi macam mana dengan barang-barang lain? jika kita semua boleh beli barang dengan menggunakan dinar emas, berapa dinar perlu dibayar untuk item-item hot terkini Malaysia 2011, kami listkan seperti berikut nilai yang perlu kita bayar untuk membeli item-item moden dan terkini.

Iphone 4 ( 2 1/2 Dinar)iphone-4-23yt-460 Samsung Galaxy Tab 10.1 (2 1/2 Dinargalaxy-tab) Tutti Frutti 1 Cup (1/50 Dinar)
tutti
Romp Cardigan (1/5 dinar)Cardigan
Myvi Extreme (100 Dinar)
myvi
Samsung LED TV 50” (10 Dinar)
samsung led
Playstation 3 (1 1/2 Dinar)ps3 Airasia to Sabah (2/5 Dinar)airasia
Macbook Air (5 1/2 Dinar)macbook Canon DSLR 550D (3 1/4 Dinar) canon McChicken Set (1/35 Dinar) mcdonald Tudung Yuna (1/20 Dinar) yuna2
Tiket Bola FAM (1/14 Dinar)
fam
Set DVD Korea (1/14 Dinar)
korea
Basikal Fixie (1/2 Dinar)
fixie
Birkin’s Handbag (40 Dinar) birkins

Yang paling last adalah antara beg tangan paling mahal didunia agaknya, milik siapa lagi kalau bukan ehem-ehem.

Harga emas jatuh ke paras lebih rendah

hari ini harga emas jatuh ke paras lebih rendah dari sebelumnya, memgikut index global, harga emas jatuh kepada USD1346/onz, dari paras terendah sblmnya 1353. pada minggu lepas harga emas berlegar sekitar 1362 ada sedikit kenaikan dan penurunan dengan lower high with slowly lower trend.

jangkaan moneytrend, harga emas mungkin akan turun sekitar 1320 – 1280 dalam tempoh 2-3 minggu akan datang. tetapi diingatkan sekali lagi, ini cuma jangkaan sahaja, tiada signal yang jelas pergerakan harga emas ketika ini.

index emas chl malaysia pula jatuh kepada 5065 hari ini, kejatuhan pertama dibawah paras 5100, pemilik emas mula akan kerugian ketika ini jika menjual emas disebabkan kemampuan pembeli emas kini menurun.

daripada harga index diatas, harga emas dalam rm/g adalah rm133.40, jatuh dibawah harga rm134.65. (ini adalah nilai jika diconvert dari usd/onz sahaja, tidak melambangkan dengan tepat harga emas di pasaran malaysia)

pasaran emas mula menunjukkan series of downtrend, dengan bbrp pergerakan turun lebih tinggi berbanding kenaikan. tetapi jika dilihat secara keseluruhan dalam tempoh 6 bulan, penurunan ini sangat, amat, teramat2 kecil berbanding dengan kenaikan yang tinggi sebelum ini. sekali lagi saya repeat ini hanya correction sementara

samada disebabkan tarikh smkn hampir kepada tahun baru cina (china adalah pengeluar emas terbesar didunia), atau sebetul-betulnya signal downtrend. tunggu dan lihat, ini mungkin masa terbaik untuk mula membeli emas.

2011 : Perubahan baru Portal Harga Emas

Jika ini bukan kali pertama anda mengunjungi Portal harga emas ini, anda mesti perasan dengan wajah baru laman harga emas, kami mengubahnya sedikit untuk membantu seo website dan pada masa yang sama menambahbaikkan beberapa laman sosial utama. Bagaimanapun maklumat dan infomasi di laman ini tidaklah begitu banyak seperti di laman-laman pelaburan emas yang lain, kerana jobscope kami sebelum ini hanyalah sekitar kepada urusniaga emas fizikal samada lebur, bakar dan jual beli emas di Kuala Lumpur, Selangor dan Kajang terutamanya.

Bermula Januari 2011 ini, laman harga emas akan mula fokus kepada pelaburan emas dan kami akan cuba mendapatkan maklumat, peluang pelaburan dan jangkaan pulangan untuk semua pelaburan yang berkaitan dengan emas di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, harga emas di pasaran semasa samada global or local, semuanya sedang mengalami “correction” , mean, harga emas jatuh sila rujuk graf diatas

Dari August 2010 sehingga awal Januari 2011, harga emas naik agak tinggi, selepas January 2011, harga mula merosot turun, pelaburan saya susut rm7/gram, jumlah agak besar juga. jika saya ada 100g, saya dah lost RM700.00 bayangkan jika saya ada lebih banyak gram? (bayangan sahaja), buat masa ini memang saya sedang rugi dan tidak dapat cover kos jika lebur. Maka saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat, walaupun modal perniagaan agak terlekat sedikit disini.

Bos saya jangkakan harga akan terus susut, 3-4 bulan akan datang, bermakna saya akan lost lagi… tapi itu hanya jangkaan, tidak semestinya tepat, firasat saya akan naik, mungkin jatuh sekejap sahaja ketika raya cina dan boom akan naik tinggi selepas raya cina. perhaps!..

Ada yang berkira-kira untuk mula membeli emas ketika harga sedang susut ini, secara teori pelaburan mudah,  “beli ketika rendah dan jual ketika mahal”, tak perlulah refer kepada Warren Buffet or sesiapa sahaja kerana teori ini budak sekolah pun tahu, tapi persoalannya serendah mana harga emas akan jatuh?.

Jika rujuk kepada harga trading pelabur di US, harga emas yang paling tinggi mencecah (1 Jan 2011) USD1421.10/onz (1Onz = 28.35gram, 1USD = RM3.06), dan hari ini harga emas jatuh pada harga USD1360.40/onz) bezanya sebanyak   USD61/onz  iaitu bersamaan RM6.58/g dalam tempoh masa 2 minggu sahaja. (masih didalam range spread harga biasa  didalam pelaburan emas), means? nothing…..!!.teruskan membeli sekarang, kerana mungkin harga akan mula naik (ketika saya menulis ini, harga emas naik sedikit :)

Keadaan pelaburan emas sekarang masih berada di keadaan “Bull Market” ia dijangkan akan terus naik tinggi untuk tempoh beberapa tahun lagi, cuma wujudnya kemungkinan harga mungkin akan jatuh dibawah USD1300/onz akhir bulan ini (mengikut jangkaan beberapa broker disana). Apapun emas adalah pelaburan selamat, selagi anda berhati-hati dan jangan membeli emas palsu, dan jangan membeli dengan harga yang tinggi. (spt di kedai2 femessssss – 999 only have 1 quality, doesnt matter u buy di exclusive villa  ke, di warung mamak, at the end u akan jual kepada pembeli emas juga kan.. that exclusive kedai pun cuma jual, wont buy anyway..) kecuali certain emas fizikal spt publicgold. ok itu sahaja..

Sebelum itu, sedikit pesanan dari Menteri Malaysia berkenaan pelaburan emas.

“Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada
fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, hari ini. –awang adek ???

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah??

Orang yang sama menyarankan beli emas perhiasan lagi menguntungkan dari membeli emas 999 ??? ermm..

Perubahan di Harga Emas Malaysia

Beli emas pada harga murah?

apabila harga emas global mula susut, mungkin ada akak2, makcik2 terbayangkan untuk beli emas pada harga murah nanti!, just 4 sharing…utk emas perhiasan, it will never be happen!! tauke emas xkan rendahkan harga mereka, mereka tetap akan mntain harga lama? kenapa? rugilah mereka jika jual harga murah, baik mereka simpan kan, nilai emas tetap akan naik bukan…

kebaikan apabila harga emas turun seperti ini lebih tertumpu kepada emas 999, samada secara fizikal ataupun dalam bentuk pelaburan unit, ini masa terbaik untuk memulakan pelaburan emas, menambahkan simpanan dan melakukan dollar cost averaging.

index emas hari ini sekitar 5100, jatuh dari 5350 pada minggu yg lepas. (rm/tael)

harga emas dalam tempoh 6 bulan

Harga emas turun, peluang untuk beli

Index CHL hari ini 5165(isnin), semalam 5150 dan paling tinggi index CHL mencecah 5310 beberapa minggu lalu. Penurunan harga emas semasa minggu lepas adalah sebanyak ~3.84% dalam tempoh sebulan

Index emas global juga mengalami penurunan dari 1421 ke 1368 (hari ini 1373) mengalami penurunan sebanyak ~3.7%.

Harga emas mencapai harga yang tinggi pada isnin lalu dan pada hari selasanya, bermula pada awal pagi, harga emas mula merosot rendah sehingga 1368 pada minggu lalu. Apapun seharusnya kita tahu, harga emas memang telah naik tinggi sejak Ogos 2010 lagi, penurunan yang berlaku tidaklah terlalu tinggi.

Ini adalah penurunan biasa emas, jika dilihat pada trend harga emas ia akan naik lebih tinggi selepas correction. (ada juga menyebut tentang serangan matawang pada awal pagi selasa)

harga emas dalam tempoh 6 bulan
Perubahan harga emas dalam tempoh 6 bulan

Untuk mereka yang ingin membeli emas, ini mungkin masa terbaik untuk membeli emas mengikut harga emas semasa.

Harga emas di FGJAM masih tidak berubah dan mengekalkan harga lama (update hari ini)

999 Gold : RM166.00/gm
916 Gold : RM157.00/gm
835 Gold : RM144.00/gm
750 Gold : RM131.00/gm
375 Gold : RM71.00/gm
Last updated on 10 Jan 2011.
graf kenaikan emas 2011

Berapa tinggi harga emas naik tahun 2011?

graf kenaikan emas 2011

Mengikut Zero Hedge, kenaikan harga emas pada tahun 2001 sehingga 2010 adalah di antara 0.7% dan 31.9% setahun. Secara purata bagi tempoh 10 tahun, kenaikan adalah sebanyak 18.4%.

Berdasarkan pengiraan, Zero Hedge menjangkakan bahawa harga emas pada tahun 2011 adalah di antara USD1,771.60 dan USD1,875.09 satu aun. Jika kita convert kepada ringgit, ianya lebih kurang di antara RM177 dan RM187 satu gram.

link asal: http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/01/berapa-tinggi-

harga-emas-boleh-naik.html