Genneva: Konsultan Didakwa Terima Deposit Emas RM5.5b

KUALA LUMPUR – Seorang konsultan syarikat pelaburan jongkong emas Genneva (M) Sdn Bhd, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima deposit tanpa lesen membabitkan RM5.5 bilion, dua tahun lepas.
Datuk Joseph Kow Hock Beng, 55, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan…
read more

Harga emas di India melonjak tinggi

NEW DELH – INDIA. Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

“Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember,” kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

“Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS,” kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

“Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi,” kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. – Bernama

Kerugian pelaburan emas sepanjang 2012

 

2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan  syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami  warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.

 

Genneva-Gold-Investors-Scammed

 

Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012.

1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)

Syarikat pelaburan emas Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008 dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC.  Skim pelaburan Bestino ini menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang ramai untuk melabur,

Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila disiasat Security Commision pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahanan wang haram dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi tekanan untuk memulangkan kembali capital mereka. Pada pertengahan 2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur tetapi membatalkan kembali kerana bimbang  wang yang dibawa masuk akan dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih berlanjutan dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

 

2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)

Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

 

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)

Pelaburan emas 999  melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.

Tetapi  sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan.  Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

 

4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)

Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat  berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur  melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina.  Didalam bentuk pelaburan  ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat  6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan  terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.

Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.

Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

 

Rujukan dari Malaysiainsider, utusan,hmetro, NST

Cabutan bertuah untuk pelanggan Hargaemas

Cabutan bertuah Hargaemas kembali lagi, Kepada semua pelanggan kami yang menjual atau membeli emas disini, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap bulan yang akan diumumkan di Laman Facebook Hargaemas.

Untuk memenangi cabutan bertuah ini senang sahaja, sila simpan resit jual beli emas yang diberikan officer/agent hargaemas ketika anda berurusan. Pada akhir bulan, kami akan melakukan cabutan bertuah dan memilih seorang pemenang untuk mendapatkan Wang tunai RM500.00 ringgit. Promosi ini bermula dari bulan November 2012 dan keatas. Pastikan anda mengisi No Tel anda dan menandatangani resit jual beli untuk dihubungi kami.

Untuk menjual emas kepada kami, isikan maklumat berikut dan click submit.

[gravityform id=”2″ name=”Borang Jualan Emas” description=”false”]

Untuk membeli emas, layari laman facebook Hargaemas disini (click here)

Promosi awal Mei 2012 – Selamat Menyambut Hari Ibu

Kami di Hargaemas ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu diluar sana samada yang bekerja, yang berniaga ataupun yang berada di rumah, semoga semuanya sihat sejahtera, seperti biasa ketika kami bersama Hafizjewel, kami seringkali mengadakan sambutan hari ibu dan bapa di restoran seri melayu, jalan conlay setiap tahun. Buat masa ini kami yakin Hafizjewel masih merupakan penaja utama hadiah untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang terpilih.

Bagi mereka yang mungkin tidak berkesempatan masa untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada ibu anda di kampung atau di desa, kami di Hargaemas menyediakan servis penghantaran percuma hadiah yang disukai setiap wanita, iaitu emas… layari www.hrg.ms/mother untuk membuat tempahan dan menulis sedikit ucapan kepada mereka. Promosi ini berakhir sehingga 15 Mei 2011.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga emas, layari www.hargaemas.com.my/terkini

cincin emas bertatah emerald

Promosi April : Lelongan emas serendah RM9.90 di Fb kami , please ‘like’

Mac sudah hampir berlabuh, kini April mula menjelma, dan kami di Hargaemas, tidak lupa menyediakan promosi menarik untuk pelawat kami, kali ini promosi sangat mudah, anda hanya perlu ke laman facebook.com/hargaemas dan comment bid anda pada item yang dilelong, semakin banyak like pada comment anda, anda lebih berpeluang untuk menang dan membawa balik item yang sangat bernilai.

Layari laman facebook kami disini https://www.facebook.com/hargaemas/photos click pada item yang mempunyai logo kami dan invite kawan-kawan anda untuk like item tersebut, pemenang akan diumumkan tepat selepas jam 5 ptg 1 April 2012. Rules adalah simple, more likes, u win….. do anything but dont bite us!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Website dalam kemaskini sila ke menu ‘terkini’

Laman web hargaemas sedang diubah, jadi kami tidak dapat mengupdate maklumat-maklumat disini sejak 1 bulan lalu, bagaimanapun untuk mencari lebih banyak information berkenaan emas, boleh layari www.hargaemas.com.my/terkini , laman web harga emas sedang diubah untuk mengemaskini sistem agent, sistem affiliate, sistem referral yang agak bercelaru, kami sangat meminta maaf kerana banyak sangat tangan mengubah web ini, jadi web bercelaru, kami akan mula mengemaskini menjadikan blog ini lebih tersusun, lebih user friendly, lebih mudah untuk search engine bot, dan pada masa yang sama dapat membantu ramai user mendapat lebih maklumat berkenaan emas dan menjalankan perniagaan

Laman web ini juga selalu down disebabkan overload, tidak pasti samada ramai user visit untuk lihat harga emas atau kerana terlalu banyak function yang tidak perlu dan bakal dibuang, Layari laman web www.hargaemas.com.my/terkini untuk latest update berkenaan emas di Malaysia

Kami berharap laman baru akan datang dapat memberi lebih kepuashatian kepada agent dan visitor berdaftar

Hargaemas Malaysia Android Apps

Applikasi kami kini telah tersenarai di android market disini, https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources , anda boleh melayari dari laman web mereka atau menggunakan telefon android anda untuk memuat turun applikasi kami.

Link: https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources

Ini adalah versi pertama dari kami, kami memohon maaf jika mempunyai sebarang kekurangan, respon dan review.anda amat penting untuk kami membaiki applikasi ini untuk versi seterusnya.

gold price malaysia android

Desc: Monitor all physical and virtual gold prices in Malaysia, for all type of gold including 999, 916, 750. This apps also include used gold calculator, Ar-Rahnu Investment Calculator, Daily Ar-Rahnu price for Agrobank, Ar-RahnuX, Bank Rakyat also to monitor Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account and Kuwait Finance House Gold Account-i, CIMB Gold Saving Account and UOB.

 

Icon dan screen shot applikasi hargaemas

image

image

image

image

Video Introduction Harga Emas Malaysia

Video dibawah adalah video introduction business kami, kami menerangkan bagaimana menentukan harga emas, bagaimana ingin membeli emas dan menjual emas. Video pendek selama 2 minit ini hanya ringkasan berkenaan business emas kami sahaja. Selamat menonton.