200 CCTV pantau kilang emas

PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang mengambil masa selama 40 minit bagaikan tidak terasa. Ia mungkin disebabkan perasaan teruja untuk melawat sebuah kilang emas iaitu peluang yang jarang diperoleh.
Di dalam hati sudah membayangkan si tukang emas mengerjakan jongkong emas hingga…
read more

Emas hampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan

Emas diniagakan dalam jajaran sempit semalam, berlegar menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah peningkatan pengaliran keluar dana pelaburan berkaitan emas.
Situasi semasa itu turut diburukkan lagi dengan laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS)…
read more

Hargaemas Malaysia Android Apps

Applikasi kami kini telah tersenarai di android market disini, https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources , anda boleh melayari dari laman web mereka atau menggunakan telefon android anda untuk memuat turun applikasi kami.

Link: https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources

Ini adalah versi pertama dari kami, kami memohon maaf jika mempunyai sebarang kekurangan, respon dan review.anda amat penting untuk kami membaiki applikasi ini untuk versi seterusnya.

gold price malaysia android

Desc: Monitor all physical and virtual gold prices in Malaysia, for all type of gold including 999, 916, 750. This apps also include used gold calculator, Ar-Rahnu Investment Calculator, Daily Ar-Rahnu price for Agrobank, Ar-RahnuX, Bank Rakyat also to monitor Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account and Kuwait Finance House Gold Account-i, CIMB Gold Saving Account and UOB.

 

Icon dan screen shot applikasi hargaemas

image

image

image

image

Luahan Hati Master Dealer Public Gold

1.Nama “Public Gold” atau singkatannya iaitu “PG” di dalam artikel ini adalah merujuk kepada empunya laman web www.publicgold.com.my

2. Artikel ini ditulis oleh saya, dari perspektif mentaliti seorang bisnesman full time (Aidan Group) sejak lebih 5 tahun yang lalu dan seorang Master Dealer bagi Public Gold yang tidak puas hati dengan pengurusan Public Gold dan sudah tidak aktif mempromosi produk Public Gold.

3. Artiel ini tidak memburukkan mana-mana produk Public Gold. Semua pembeli produk Public Gold perlu yakin bahawa produk Public Gold diperbuat daripada emas dan perak yang tulen dan berkualiti tinggi.

4. Segala keputusan yang dibuat dan mengapa artikel ini ditulis adalah atas dasar pilihan peribadi, bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh orang lain.

5. Artikel ini ditulis tidak atas dasar sentimen perkauman antara bangsa Melayu dan Cina atau mana2 bangsa.

***************************************

Nama saya ialah Mohd Alif Nordin. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya adalah seorang Master Dealer yang sah bagi Public Gold (PG). Mungkin setelah mana2 pihak menyampaikan artikel ini kepada pihak pengurusan PG nanti, maka dealership saya akan ditamatkan dan saya tidak dibenarkan lagi untuk mempromote produk PG. Serious…. saya tak kisah langsung. Kalau saya kisah, maka tak mungkin saya akan mengeluarkan artikel ini. Sila sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya berbaloi disebarkan.

Baiklah. Mari kita mulakan. Mengapa saya tinggalkan Public Gold?

1. Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.

Semua dealer PG tahu, sesiapa sahaja boleh membeli produk PG terus  di cawangan PG di seluruh Malaysia. Anda boleh tanya kepada mana2 dealer tentang rancangan PG untuk membuka semakin banyak cawangan PG di seluruh Malaysia.

Kesan terhadap syarikat?

(a) Syarikat PG semakin dikenali ramai. Brand equity nya akan semakin meningkat. Produk PG senang didapati di mana2. PG makin maju.

(b) Syarikat dapat buat untung lebih sebab tak perlu tolak % komisen untuk dealer memandangkan pembeli boleh beli direct tanpa perlu melalui introducer/agent/dealer.

Kesan terhadap dealer?

Cuba anda semua fikir, bila sesiapa sahaja boleh pergi ke mana2 cawangan PG untuk membeli produk, bukankah ini akan ‘membunuh’ semua dealer dalam jangka masa panjang? Untuk bangunkan PG, dealer2 di leverage kan. Bila syarikat makin berkembang, dealer2 dipinggirkan secara ‘halus’. Kalau anda tanya orang2 top dalam PG mengapa ini dilakukan, mungkin mereka akan memberi alasan bahawa “…nanti senang untuk dealer2 nak pick up produk utk customer“.

hahahaha…bagi saya ini cuma alasan gula2 utk menyedapkan hati dealer. Mula2 memang la. Lepas pembeli dah tau diorang boleh beli direct and tempat nak belinya tak jauh mana, saya yakin sebahagian besar pembeli akan beli direct drp cawangan PG berdekatan dan bukan lagi melalui dealer. Sama macam orang beli produk di kedai Habib Jewel dan sebagainya. Kenapa? Gunalah common sense. Kalau anda di beri pilihan semasa nak beli logam berharga, anda suka dapat ‘fresh’ from kedai atau melalui orang tengah? Anda sendiri tahu jawapannya.

Mungkin juga orang2 top dalam PG atau admin ofis PG akan bagitau anda yang ada limit bagi mereka yang membeli terus di cawangan PG. Haha…betul ke tu? Cuba tanya balik diorang betul2. Kenapa saya cakap sebegini? Jawapannya ialah…SEBAB SAYA DAH KENE! Kita ni dealer punye la update blog promote sana sini, pastu kawan call tanya macam2. Punye la banyak kali saya pesan kat kawan saya, bila ready nak beli, call saya untuk lock harga. Tapi tunggu punye tunggu, bila saya sms balik kawan saya utk tanya dia bila nak beli, dia jawab macam ni lebih kurang,

Alamak, sori bro. Aku dah beli direct. Aku ingat boleh beli direct macam kedai emas biasa“.

Huhu…pasal Allah masih bagi saya iman, saya yakin ianya bukan rezeki saya je la. Takkan nak salahkan pembeli? Dah la kawan saya tu beli berpuluh ribu. Dah berapa dah tu komisen saya melepas? Anda semua dealer PG, anda tentu faham perasaan saya kan? Nak fight dengan PG utk dapatkan komisen tu? Dah berapa hari dah kawan saya beli masa tu. Apa bukti yang saya boleh guna utk claim yang sayalah introducer kawan saya tu? Aduii…leceh la macam ni kalau nak kene gaduh selalu…

Walau bagaimana pun sebagai seorang bisnesman, saya boleh faham keinginan PG nak dapatkan untung lebih bagi jangka masa panjang. Sama je dengan kebanyakkan (bukan semua ye) syarikat2 lain. Tapi, syarikat2 lain ada la rasional nya dalam menjaga kepentingan dealer2 mereka. Sebagai contoh, syarikat Hargaemas Resources yang saya sudah daftar sebagai dealer, mereka menyediakan saluran alternatif kepada dealer untuk membuat untung yang berbaloi-baloi, walaupun mereka juga mengamalkan polisi “boleh beli direct” seperti mana Public Gold.

Ini adalah sebab utama mengapa saya tinggalkan Public Gold.

 

2. Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.

Itupun hanya untuk Master Dealer. Kalau normal dealer, lagi la sikit. Semakin lama kita bertapak di dalam sesuatu industri, kita akan semakin masak akan selok-belok industri tersebut. Antaranya ialah, kita akan makin tahu berapa profit margin mereka sebenarnya. Daripada situ kita boleh agak berapa banyak untung yang mereka buat. Mungkin anda bertanya, “…kalau komisen PG sikit sangat, dah tu kenapa ramai je yang berminat nak jadi dealer PG?

Jawapan saya ialah PG pandai ‘mengaburi’ fikiran dealer2 (termasuk saya lebih 2 tahun yang lalu) dengan selling point pertama iaitu “PG akan buka banyak cawangan seluruh Malaysia. Jadi, nanti dealer senang nak amik produk untuk customer“.  Bila fikir selapis, bunyi macam sangat bagus sebab PG akan ada banyak dealer support centre (konon!). Nampak macam sebuah syarikat yang kukuh dan serious untuk berkembang maju dalam jangka masa yang lama. Bukan ‘fly-by-night’ punya syarikat. Tapi bila saya fikir dua tiga lapis, saya rasa saya dah nampak tembelangnya. Terutamanya bila saya sendiri dah kena macam yang saya cerita di point no.1 di atas.

Point yang kedua ialah PG ada kelebihan sebagai antara ‘abang sulong’ yang mempunyai modal besar dalam merancakkan industri pelaburan jongkong/dinar emas fizikal di Malaysia. Mereka agresif. Saya akui tentang perkara tu. Lebih 2 tahun dulu, berapa ramai la sangat orang sedar tentang pelaburan emas? Berapa banyak la syarikat yang bergerak aktif seperti PG? Sikit je. Dengan kelebihan modal yang besar dan marketing yang agresif, ramai yang ‘terbeli’ dengan PeLuAnG KeEmAsAn (ye la tu!) yang ditawarkan PG.

Anda mungkin bertanya lagi, “…bagaimana pula dengan beberapa top leader PG yang dapat mengaut PeLuAnG KeEmAsAn yang ditawarkan PG? Takkan mereka tak nampak tentang perkara ni?” Haha…saya yakin, itu sebab mereka dah too deep dengan PG. Walaupun mungkin mereka dah lama sedar dengan point2 yang saya utarakan di dalam artikel ini, macam mana la diorang tu nak detach dengan PG? Apatah lagi kalau yang dah dapat BMW sebijik dan dah jadi jutawan. Memang Public Gold je la yang betul. Orang lain yang tak sependapat dengan pengurusan PG semuanya tak betul. Haha… human factorla katakan…kita kene fokus…betul tak brader Syukor? hehe…

 

(sambungan disini, masih ada 3-5 faktor lain di laman utama www.pelabursilver.com)

Harga Emas di Wikipedia

Emas Sebagai Matawang

Dari pelbagai jenis logam berharga, emas sangat popular dikalangan pelabur untuk menjadi salah satu aset didalam pelaburan mereka. Pelabur biasanya membeli emas sebagai penampang kejatuhan matawang, menampang kenaikan inflasi dan juga sebagai penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.

Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau kerana ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!” Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua logam atau jisim lain didunia.

Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk mendapatkan keperluan yang lain, contohnya seorang petani ingin mendapatkan ikan di laut, Petani tidak mungkin dapat mencuri masa untuk kelaut, bagaimana pula nelayan ingin mendapatkan beras. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu dibawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu dipotong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “jisim” diperlukan untuk memudahkan urusniaga dan jisim itu seharusnya mempunyai nilai yang sama di semua tempat dan kawasan.

Dalam sejarah tamadunan manusia, bangsa zaman mesolitik, neolitik menggunakan kulit kerang, logam bercop dan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan matawang, tetapi sistem tersebut gagal kerana jisim tersebut mudah ditemui dan dicipta. Menggunakan kulit kerang sebagai matawang bakal menjadikan penternak kerang bertambah kaya berbanding petani yang tidak mempunyai kerang begitu juga pengukir batu akan menjadi lebih kaya sekiranya setiap batu yang diukirnya lebih bernilai dari seekor lembu. Tamadun manusia sejak ribuan tahun mencuba dan mencari jisim yang mempunyai nilai yang tetap dan tidak boleh dicipta akhirnya menemui sejenis logam disebut emas sekitar 3000SM tahun sebelum masihi di Mesir.
Tamadunan manusia dapat membuktikan nilai emas akan kekal sebagai matawang, akan kekal berharga dan akan kekal laku untuk diniagakan, seperti mana ilmu tamadun membuktikan sehingga hari ini, hanya kuda boleh diternak dan kuda belang tidak. Hukum ini akan kekal sehingga ribuan tahun akan datang.

Faktor Emas Sebagai Matawang

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling atau sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa jual beli walaupun urusniaga yang kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh.

Harga Emas

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama. Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.

Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing, harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).

Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.

Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas, index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas) rujuk Harga Emas Malaysia

Faktor Perubahan Harga Emas

Seperti komoditi-komoditi lain, harga emas bersandarkan kepada bekalan dan permintaan (supply & demand) dan juga spekulasi harga emas. Emas berbeza berbanding komoditi lain kerana permintaan untuk emas adalah sebagai pelaburan dan simpanan bukan untuk digunakan dalam industri kilang atau pembuatan. Kebanyakan emas yang telah digali beribu tahun dahulu masih lagi wujud dalam bentuk asal emas, seperti barang kemas yang telah dipakai, boleh dileburkan kembali dan menjadi emas dalam bentuk yang lain. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan 158,000 tan emas telah digali atau jika dikumpulkan ia setebal kubik 20.2 meter pergi. (66 kaki).

Oleh kerana masih banyak lagi emas didalam simpanan, harga emas hanya berubah disebabkan kenaikan permintaan berbanding kadar pengeluaran emas di lombong. Menurut World Gold Council, sejak beberapa tahun lalu, pengeluaran emas telah merosot kepada 2,500 tan emas setahun, kira-kira 2000 tan disalurkan untuk industri barangan kemas, pergigian, bullion stock dan 500 tan lagi adalah untuk pelaburan dan kepada dana-dana tukaran matawang.

Bank Pusat

Bank Pusat (Bank Negara) dan International Monetary Fund (IMF) memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. Pada lewat 2004, Bank Pusat dan Badan Rasmi tersebut memiliki 19 peratus dari jumlah emas yang telah dikorek dari muka bumi. Perjanjian 10 tahun Washington (WAG) yang bertarikh September 1999, menyekat jual-beli emas kepada kesatuan (Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, IMF) kepada kurang dari 500 tan setahun. Sejak itu, Bank-Bank Eropah seperti Bank of England dan Swiss National Bank adalah adalah pemain utama dalam jual beli emas dunia. Pada 2009, Perjanjian WAG dilanjutkan untuk tempoh masa 5 tahun lagi, dan had jualan dikecilkan kepada 400 tan setahun.

Walaupun Bank-Bank negara tidak akan mengumumkan pembelian mereka sebelum jual-beli, beberapa Negara seperti Russia telah menunjukkan minat mereka untuk meningkatkan bilangan simpanan emas negara sejak tahun 2005. Pada awal 2006, Bank Negara China yang hanya memiliki 1.3% simpanan emas mengumumkan mereka akan mencari jalan untuk meningkatkan pulangan mereka dengan simpanan emas. Pemerhati pelaburan melihat pengumuman tersebut adalah isyarat China akan mengubah beberapa pegangan ekuiti mereka kepada emas. India merupakan antara negara paling untung dengan kenaikan harga emas yang tinggi sejak 2008, pembelian 200 tan emas oleh india pada september 2009 telah meninggikan lagi harga emas.

Pandangan harga emas berkait rapat dengan kadar faedah biasa diterima secara umum, kerana setiap kenaikan kadar faedah, akan merendahkan minat untuk membeli emas, dan apabila kadar faedah turun, harga emas juga akan naik. Disebabkan itu harga emas dikaitkan dengan dasar kewangan Bank Pusat, samada untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Contohnya, jika pasaran saham menunjukkan isyarat inflasi yang bakal berpanjangan, bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengimbangkan kenaikan harga emas bagi memadamkan kemungkinan inflasi.

Contoh bertentangan dapat dilihat apabila Bank Eropah menaikkan kadar faedah mereka pada April 2011, kali pertama sejak 2008, harga emas yang sebelum ini naik tinggi mula beransur perlahan dan mendatar, untuk beberapa ketika, bagaimanapun ini hanya dapat menghalang kenaikan untuk sementara waktu kerana harga emas naik mencapai puncak lebih tinggi pada masa akan datang. Contoh juga di India pada Ogos 2011 dimana kadar faedah yang tertinggi di India ketika itu menyebabkan harga emas mencapat harga tertinggi.
Pelindung Nilai kepada ketegangan kewangan.

Emas seperti logam bernilai yang lain sering kali digunakan sebagai pelindundung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan matawang. Joe Foster, pengurus dana Vaneck International Gold Fund yang berpangkalan di New York, menerangkan pada September 2010.
Matawang bagi negara-negara utama, termasuk USD, berada dalam tekanan pasaran disebabkan perbelanjaan defisit negara. Semakin banyak wang dollar dicetak ke dalam ekonomi sekarang nilai matawang dollar akan semakin kurang bernilai.
Sekiranya pulangan dari bon, ekuiti dan hartanah tidak lagi dapat menangani jumlah risiko dan inflasi maka permintaan untuk pembeli emas dan komoditi-komoditi lain akan turut meningkat.
Permintaan untuk pembuatan barang kemas.

Barang kemas merangkumi hampir 2/3 dari permintaan pasaran. Negara India adalah pengguna terbesar barangan kemas sekurang-kurangnya 27% permintaan barangan kemas didunia adalah dari India diikuti China dan Amerika.

Selain barangan kemas, emas turut penting dalam sektor perubatan dan industri maju kerana emas mempunyai sifat konduksi haba dan elektrik yang baik selain dari ia tidak berkarat dan tidak terurai dengan sebarang bentuk bakteria.

Dewasa ini, perniagaan emas terpakai, emas lama, telah menjadi multi-bilion industri.

Faktor Singkat Harga Emas

Harga emas juga turut terkesan dengan pelbagai lagi mekanisme, seperti jualan tiba-tiba amaun yang besar, terutama melibatkan firma bullion yang besar. Pemerhati pasaran emas menjelaskan, harga emas biasanya akan terjejas apabila dagangan di Stock Exchange New York bermula, perang, rampasan kuasa, tragedi dunia dan Kecemasan berlaku dalam suatu negara.

Ini dapat dilihat sepanjang 2011, apabila harga emas turun ketika Arab Spring, dan naik selepas beberapa minggu, seperti ketika rampasan kuasa di Libya dan mesir. Tragedi Tsunami di jepun pada Mac 2011 turut merendahkan harga emas sebelum naik kembali 2 minggu seterusnya.

Ketika berlaku peperangan, ramai yang akan bimbang dengan aset mereka yang akan dibekukan dan matawang tidak bernilai, mereka akan membeli emas yang mana sentiasa boleh digunakan untuk membeli makanan, transport. Disebabkan itu, ketika peperangan, permintaan untuk emas akan naik.

link: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harga_emas

Tempa Emas Di Sebalik Tembok Buruk

APABILA bercakap tentang emas, orang selalu mengaitkannya dengan prestij kerana ia merupakan antara barangan paling berharga.

Tentu ramai yang menyangka seperti mana gemerlapnya emas yang dipakai, begitu juga dengan tempat di mana ia dihasilkan.

Tetapi realitinya kilang yang menghasilkan barang kemas itu selalunya terletak di tempat yang pasti anda tidak terfikir sama sekali.

Semua ini demi mematuhi aspek keselamatan agar kewujudannya tidak diketahui ramai. Malah pekerja yang berkhidmat di kilang tersebut juga telah dimaklumkan oleh bahagian sumber manusia ketika mereka menandatangani kontrak agar tidak mendedahkan tempat kerja mereka kepada umum. Juga semata-mata kerana mematuhi aspek keselamatan pekerja dan kilang emas itu sendiri.

“Aspek keselamatan ini memang perlu untuk mengelakkan kes jenayah berlaku,” kata seorang penyelia kilang emas, Yeow Wan Fong.

Atas faktor-faktor keselamatan, gambarnya juga tidak boleh didedahkan oleh pihak media.

Berpeluang melihat kilang menempa emas bagi produk Tomei baru-baru ini memberikan pengalaman berbeza kerana ia ibarat memasuki sebuah lokasi rahsia.

Kedatangan penulis dan jurufoto, disambut oleh Pengurus Pemasaran Tomei, Christine Lim dan terus dibawa ke kilang tersebut secara sulit kerana pekerja di pejabat Tomei sendiri pun tidak mengetahui kedudukan kilang memproses barangan kemas tersebut.

“Hanya saya seorang sahaja pekerja dari Tomei yang mengetahui tentang kedudukan kilang ini. Ini semua atas faktor keselamatan,” ujar Christine.

Bukan setakat lokasi yang tidak disangka-sangka, persekitaran bangunan kilang itu sendiri begitu unik.

Di sebalik grill yang berkunci, buruk dan kelihatan usang itu sebenarnya merupakan tempat di mana emas dibentuk menjadi barang kemas yang dipakai oleh wanita hari ini.

Sebaik memasuki kilang dari pintu yang boleh dikategorikan sebagai kecil dan tidak menarik itu, terserlah di dalamnya ruang yang cukup besar dengan pelbagai jabatan serta kakitangan yang bertugas.

Begitu banyak pintu masuk hingga tidak pasti mana satu yang kami gunakan. Juga terlalu banyak akses dari tangga yang berbeza yang menyulitkan untuk mengingati dari mana kita masuk.

Jurufoto juga tidak dibenarkan mengambil gambar pekerja atas faktor keselamatan.

Menurut Wan Fong, pekerja yang bekerja di kilang itu perlu diimbas untuk memastikan tiada pekerja yang tidak amanah.

“Terutamanya bahagian tambah nilai. Emas yang mereka bentuk pada awal pagi perlu ditimbang. Sebelum balik emas tersebut juga akan ditimbang sekali lagi bagi memastikan beratnya sama dengan ketika ia dibawa masuk. Jika kurang bermakna ada emas yang telah diambil. Perkara tersebut akan disiasat serta merta,” jelasnya.

Penulis: NOOR FAZRINA KAMAL  . Utusan Malaysia 30.11.2011 

10 Pemilik Emas Terbesar di Dunia

Harga emas telah mencecah paras tertinggi pada Ogos lalu menjadikan kenaikan harga emas sebanyak 26% sepanjang tahun 2011. Pemilik terbesar emas didunia merupakan entiti bank negara, badan pentadbiran bank dunia, syarikat multinasional dan kerajaan2 negara dengan jumlah milikan mereka sebanyak 16.5% meliputi sebanyak 30,700 tan emas. Berikut adalah pemilik terbesar emas dunia

1. Amerika Syarikat Jumlah: 8,965 tan
Value : RM1,633.83 bilion
Aset: 74.7% aset asing
Negara kuasa utama ekonomi dunia memiliki emas disimpan di Fort Knox, Kentucky dan beberapa tempat simpanan lagi
2. Jerman Jumlah: 3,747 tan
Value: RM683 bilion
Aset: 71.4% aset asing
Bank Negara Jerman memiliki hampir 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka
3. IMF Jumlah: 3,101 tan
Value: RM565 bilion
Aset: –
Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia, beroperasi di 185 negara menyimpan emas untuk menstabilkan pasaran antarbangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain.
4. Itali Jumlah: 2,701.9 tan
Value: RM492.38 bilion
Aset: 71.2% aset asing
Bank Negara Itali telah dilaporkan memiliki 2709 tan emas dan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas.
5. Perancis Jumlah: 2683.8 tan
Value: RM489 bilion
Aset: 66.2% aset asing
Bank Negra Perancis merupakan pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion ringgit.
6. SPDR Gold ETF (GLD) Jumlah: 1213 tan
Value: RM221 bilion
Aset: –
Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini.
7. China Jumlah: 1161 tan
Value: RM212 bilion
Aset: 1.6% aset asing
Negara yang mempunyai 1.34 bilion penduduk ditempat ke 7?? sebenarnya 1161 tan emas hanya mewakili 1.6%  daripada pelaburan asing China, disamping mereka ada pengeluar emas terbesar didunia.
8. Switzerland Jumlah: 1146.2 tan
Value: RM209 bilion
Aset: 17.8% aset asing
Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas berada di tempat ke 8
9. Russia Jumlah: 926 tan
Value: RM169 bilion
Aset: 7.7% aset asing
Russia adalah negara paling aktif membeli emas ketika ini –IMF-, sepanjang 2010, russia telah memotong Jepun dengan membeli 210 tan emas lagi dari IMF.
10. Japan Jumlah: 843.3 tan
Value: RM154 bilion
Aset: 3.3%
Bank Negara Jepun menyimpan lebih 843 bilion emas bernilai hampir RM154 bilion ringgit.

Senarai Negara Asia terbesar memiliki emas selain China dan Jepun

12. India Jumlah: 614.6 tan
Value: RM112 bilion
Aset: 3.3%
Ranking India naik mendadak pada 2009 apabila mereka membeli lebih 200 bilion emas dari IMF
14. Taiwan Jumlah: 466.8 tan
Value: RM85 bilion
Aset: 5.0%
Kepulauan kecil di Laut China Selatan ini berada di tempat ke 14 bagi pemilik emas terbesar didunia, dengan sektor teknologi menjana pendapatan utama negara.

Didalam rekod yang lain (wikipedia), Ranking Negara Asia yang lain pada Dec 2010 adalah seperti berikut

Negara Reserve (tan) Value (RM)
*7. Qatar 950 RM173 bilion
15. Saudi Arabia 322.9 RM58.8 bilion
16. Iran 320 RM58.2 bilion
18. Lebanon 300 RM54.6 bilion
22. Pakistan 184.4 RM33.56 bilion
23. Filipina 175.9 RM32 bilion
26. Singapore 127.4 RM23.2 bilion
34. Thailand 99.5 RM18 bilion
36. Kuwait 79.0 RM14.4 bilion

Dimana Malaysia? Malaysia berada di ranking ke 44 dunia sebagai negara terbesar memiliki emas, lebih tinggi dari Brazil, Korea Selatan dan Ireland. Walaubagaimanapun, untuk membandingkan emas serta bolasepak, hanya negara-negara dibawah sahaja sesuai untuk pihak FAM lihat dimana mereka berada.. #famturun

Negara # ranking emas # ranking fifa
Malaysia 44 151
Bangladesh 56 141
Fiji 100 149
Haiti 105 107

Apa kaitan emas dan bola sepak? Bola sepak adalah sukan utama Malaysia, jadi adalah sanngat sesuai untuk dibanding #ranking bola sepak dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara. Haha my 2 cent, peaceee

Peluang perniagaan syarikat emas bumiputera (closed)

Sebuah syarikat emas bumiputera Sdn Bhd yang berpengalaman lebih 30 tahun didalam pembuatan, pertukangan, peleburan emas sedang mencari beberapa pihak yang berminat untuk melabur didalam urusniaga jual beli emas padu 999, 916 serta urusniaga Ar-Rahnu bank terpilih. Syarikat yang berasal dari Terengganu dan kini berpusat di Kuala Lumpur merupakan salah satu panel Ar-Rahnu sebuah bank tempatan dan terlibat secara aktif belakang tabir dalam pembuatan emas padu, emas tarik dan emas industri untuk beberapa syarikat emas utama sedia ada. Pada sekitar, 80-an,90-an, syarikat terlibat dalam pembuatan Mahkota-mahkota diraja untuk

beberapa institusi diraja dan diakui mempunyai kemahiran pertukangan emas.
Pihak syarikat memerlukan kerjasama pihak-pihak yang sudi melabur untuk meningkatkan kapasiti urusniaga harian dan sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman didalam perniagaan emas serta perjanjian untuk pulangan kepada pelabur. Syarikat tersebut mempunyai 3 tempat pembuatan utama iaitu di Terengganu, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.

Jika anda berminat untuk bersama kami didalam perniagaan emas, kami sedia bertemu anda dipejabat kami untuk penerangan lebih terperinci berkenaaan peluang perniagaan yang ditawarkan (Selayang, Kuala Lumpur) , kapasiti setiap pelabur sekurang-kurangnya 1kilogram (~RM200,000.00) dan keatas. Jangkaan pusingan harian (10-15kg). Sila hubungi saya jika anda berminat dan sedia bekerjasama dengan kami, insyallah usaha anda membantu syarikat bumiputera membantu kami menembusi pasaran yang lebih luas. Admin: 012-2301015

Lelongan Emas Malaysia

Berita baik buat pembaca yang sudi singgah di Laman Kami, dalam tempoh yang terdekat, harga emas akan melancarkan satu projek dipanggil Lelongan Emas Malaysia dengan kerjasama 1AU, projek ini mengfokuskan jualan dan lelongan barangan kemas dibawah harga pasaran dengan design terkini dan menarik. Antara item-item yang akan dilelong akan datang termasuklah rantai, gelang, loket, cincin dan pelbagai lagi barangan kemas, kualiti emas yang akan dilelong terdiri dari emas 916, emas 18k dan juga emas 24 karat. Untuk memastikan pembeli berpuas hati dengan item-item kami, kami akan memastikan harga yang ditawarkan sentiasa berada dibawah harga pasaran.

Bagaimana untuk menyertai lelongan kami?, senang sahaja, pelawat tidak perlu mendaftar,hanya perlu memiliki akaun facebook dan connect pada laman kami. Bidaan akan dilakukan dalam tempoh tertentu dan apabila tempoh bidaan tamat, kami akan menghubungi pembida tertinggi untuk proses penghantaran.

Kami mengfokuskan projek ini untuk kaum ibu, wanita dan anak gadis yang ingin memiliki item trendy terbaru pada harga yang lebih rendah berbanding di luar.

Sila subscribe di laman kami untuk pengumuman yang akan datang. Terima Kasih kerana sudi singgah di laman Harga Emas Malaysia. Salam April 2011.

Kempen Menulis Emas Malaysia

Kami di harga emas sangat menghargai sebarang sumbangan artikel, ilmu, maklumat berkenaan emas samada di Malaysia atau dunia untuk dikongsi bersama pembaca disini, bagi mereka yang ingin menyumbang artikel, blog post, maklumat dan sebagainya, anda boleh menulis dimana sahaja (facebook notes, blogspot, wordpress) dan linkkan tulisan anda dilaman facebook kami, setiap artikel yang disumbang dan dipostkan didalam laman web kami, akan dibayar sebanyak RM30-RM100 bergantung kepada kualiti dan maklumat yang dikongsi.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan sudi membenarkan kami mengambil artikel anda untuk dikongsi, sila postkan link anda di laman facebook harga emas (facebook.com/hargaemas), link ke blog anda akan disertakan bersama artikel tersebut.