Emas didalam batu

Emas sering kali dijumpai dalam bentuk tulen dan ia tidak bergabung dengan unsur lain seperti logam-logam mineral yang lain contohnya besi ditemui dalam bentuk ferum oxide dan Magnesium pula bergabung dengan sulfur membentuk magnesium sulfat. Emas berada dicelah-celah lapisan batu samada gumpalan besar, tetapi kebiasaannya emas ditemui dalam bentuk serpihan kecil di celah batu kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas dari puncak ke kaki bukit akibat kesan jerapan didalam batuan, dan biasanya termendap didalam batu kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite.

Ah sudah, pening nak sebut nama pelik-pelik batu2 ni. Tapi yang bestnya bayangkan anda sedang mengorek bukit untuk mencari air bukit, tiba2 ada sebiji batu jatuh terhempuk didepan anda (bukan hempuk kepala ) pada batu itu, terdampar sekilauan ketulan emas seberat beberapa tan! , wah!  jadi apa anda akan buat? hebohkan kepada umum? masuk paper nak jadi famous? atau teruskan korek secara rahsia? saya pilih option yang last, korek sendiri dan jual maka saya boleh jadi kaya cepat. Siapa taknakkan?

Baiklah kali ini saya hanya ingin berkongsi keadaan logam emas yang ditemui didalam batu. Emas boleh ditemui dimana-mana tetapi jumlahnya sangat sedikit, dalam pelbagai bentuk dan formation.

[column width=”57%” padding=”0″][/column]

[column width=”40%” padding=”0″] Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.[/column]
Continue reading