Promosi Gelang Emas Belah Rotan

Syarikat Oneau Jewelery telah mengeluarkan produk barangan kemas yang simple dan menarik terutamanya untuk mereka mereka yang berminat melabur dan menyimpan emas dengan mengeluarkan produk Gelang Emas 916 Belah Rotan dengan spread harga beli dan jual cuma RM8.00 sahaja. Berbeza berbanding dengan barangan kemas yang lain, gelang belah rotan mudah untuk disimpan, dipakai dan tidak mengalami susut kualiti seperti barangan kemas yang lain di Ar-Rahnu.

Gelang yang dijual seberat 10gram, 20gram, 30gram, 50gram dan 100gram dengan design yang simple akan dijual pada harga kilang untuk semua yang berminat terutamanya mereka yang mencari pelaburan emas fizikal yang menguntungkan. Tempahan boleh dilakukan disini atau dilaman tempahan kami.

* Spread harga bermaksud perbezaan harga jual dan harga beli. Kami tidak menjual pada harga RM8.00/gram. Harga emas belah rotan 916 RM146/gram pada tarikh (17.5.2011)

kami telah memajak gelang 916 ini beberapa kali didalam agro bank dan bank rakyat dan semuanya setelah diuji mendapat kualiti 916 .

Borang Tempahan

[contact-form 5 “buy gold form”]

elemen emas aurum

50 fakta tentang emas

elemen emas aurum1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
ketulan emas, butiran emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

Continue reading

Harga emas cecah paras tertinggi

HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah. Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.

Penganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu. “Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham. Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah. Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.

Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624. Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting. Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu. “Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.

“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah. “Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.

Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas. “Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP

Harga emas semasa mulai jatuh

images (3)Harga emas di Pasaran mulai jatuh sejak beberapa hari yang lalu, kejatuhan ini adalah yang terbesar dalam tempoh masa 20 bulan ini.

Kejatuhan harga emas ini dikatakan berkait dengan peningkatan nilai dollar didalam pasaran dunia dan wujudnya kemungkinan China tidak akan membeli emas didalam simpanan IMF seperti dilakukan India beberapa bulan lalu yang menyaksikan harga emas dunia melambung tinggi.

Apa pun, emas tetap sesuai untuk pelaburan jangka panjang.