Peniaga Emas Ditembak di Pandan Indah

Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru…
read more

Harga emas naik mencecah 5225/tael pertama kali bulan Julai

Harga emas pertama kali naik melebihi 5225/tael pada bulan Julai jam 2 pg tadi apabila pasaran saham New York mula diniagakan. Pada petang semalam, harga emas ditutup pada 5190/tael melegakan pelabur dan peniaga emas selepas beberapa bulan diuji dengan penurunan komoditi emas paling teruk mencecah 4700/tael jauh lebih rendah dari harga emas pada tahun 2010 (4680/tael 28-6-2013)

Harga emas tertinggi tahun ini dicapai pada 7 feb 2013 (6350/tael). Menunjukkan sepanjang tahun 2013, harga emas telah susut sebanyak RM17.72/gram atau RM630/tael. Bermaksud jika pekedai emas menyimpan emas 1kg tahun ini tanpa diniagakan, pekedai telah kerugian lebih RM170,000.00.

(snippet: Harga emas di pasaran skrg lebih murah dr kos melombong emas sendiri http://bit.ly/1c0rb3G)

Kos pengeluaran emas di lombong dianggarkan sekitar $1780/onz, manakala harga emas yang dijual di pasaran sekarang $1280/onz, kira-kira 25% lebih rendah dari kos pengeluaran sendiri.

Jika harga sekarang kekal, syarikat2 perlombongan emas terpaksa menghentikan pengeluaran emas dan membiarkan harga emas melompat naik kembali seperti apa yang berlaku pada tahun 2011.