Berapa dinar barang moden sekarang?

Apa yang kami perasan di mana-mana blog berkenaan emas, mesti ada ayat “harga seekor kambing sama seperti harga satu dinar”, asyik-asyik kambing je kan,jadi macam mana dengan barang-barang lain? jika kita semua boleh beli barang dengan menggunakan dinar emas, berapa dinar perlu dibayar untuk item-item hot terkini Malaysia 2011, kami listkan seperti berikut nilai yang perlu kita bayar untuk membeli item-item moden dan terkini.

Iphone 4 ( 2 1/2 Dinar)iphone-4-23yt-460
Promosi terbaru barang kemas di pasaran
Buy At Shopee
Samsung Galaxy Tab 10.1 (2 1/2 Dinargalaxy-tab)Tutti Frutti 1 Cup (1/50 Dinar)
tutti
Romp Cardigan (1/5 dinar)Cardigan
Myvi Extreme (100 Dinar)
myvi
Samsung LED TV 50” (10 Dinar)
samsung led
Playstation 3 (1 1/2 Dinar)ps3Airasia to Sabah (2/5 Dinar)airasia
Macbook Air (5 1/2 Dinar)macbook
Canon DSLR 550D (3 1/4 Dinar) canonMcChicken Set (1/35 Dinar) mcdonaldTudung Yuna (1/20 Dinar) yuna2
Tiket Bola FAM (1/14 Dinar)
fam
Set DVD Korea (1/14 Dinar)
korea
Basikal Fixie (1/2 Dinar)
fixie
Birkin’s Handbag (40 Dinar) birkins

Yang paling last adalah antara beg tangan paling mahal didunia agaknya, milik siapa lagi kalau bukan ehem-ehem.

Saya beri duit, saya beri emas, jangan tembak

ghadafi

Promosi terbaru barang kemas di pasaran
Buy At Shopee
Mufta Ali, seorang komander pemberontak di Libya yang menemui Ghadafi di kawasan pembentungan Sirte, Libya menjelaskan Bekas Pemimpin tersebut berulang kali menawarkan duit, emas dan pelbagai keperluan kepada pejuang pemberontakan NTC bagi menggantikan nyawanya. Dua video klip yang dirakam menunjukkan Ghadafi yang ketika itu kelihatan penat, pening dan ketakutan menawarkan duit dan emas dan terdengar laungan, “selain bercakap tentang duit, lebih baik kamu berdoa seperti orang islam yang lain, dan bertaubat sebelum kamu mati”. Ghadafi tidak menghiraukan laungan tersebut selain terus merayu tidak ditembak.

Selang beberapa minit kemudian video seterusnya, Ghadafi akhirnya menemui ajal dengan tembakan di kepala dan rusuk kanan badannya. Maka berakhirlah riwayat Diktator paling lama memerintah Libya selama 42 tahun. (1969-2011). Innalilah hiwainna ilaihi roji’un.

sepanjang hidup penulis, tidak ada banyak kisah yang tentang Ghadafi, hidup sahaja didunia ini, Ghadafi telah memimpin Libya dan merupakan musuh utama Amerika, Libya sendiri adalah begitu asing bagi penulis. Sebagai catatan Libya adalah negara bersempadanan dengan Mesir dan Tunisia dengan penduduk hanya seramai 6 juta orang tetapi 6 kali ganda lebih luas dari Malaysia yang mempunyai 27 juta penduduk. Ghadafi adalah seorang Badwi (tidak hairan kenapa pakaiannya begitu) dan ketika berumur 27 tahun  beliau telah berjaya mengetuai sebuah negara dan membubarkan institusi Monarki Libya dalam rampasan kuasa pada tahun 1969.

Ghadafi adalah seorang diktator dan sepanjang pentadbirannya, kebebasan penduduk Libya disekat, maklumat dikawal, media ditapis bagi membolehkannya terus berkuasa seperti kebanyakan pemerintah negara arab yang lain. “Arab Spring”, istilah yang merujuk pemberontakan pemuda melalui laman sosial setakat ini telah menumbangkan 3 diktator dan Ghadafi adalah mangsa terbaru dan yang paling tragis. Ghadafi mungkin dianggap hero, tetapi perjuangan terakhirnya untuk terus berkuasa dengan menyerang dan membunuh pemberontak dalam perhimpunan aman menyebabkan segala jasa beliau sebelum ini lenyap kecuali kebencian dan keinginan untuk menghapuskannya meluap-luap dalam diri setiap pemuda Libya.

Ribuan nyawa pemberontak melayang adalah kos yang dibayar warga Libya sebelum nyawa Ghadafi ditarik bersama 3 anaknya yang telah terbunuh. Bagaimana nyawa Ghadafi melayang masih menjadi tanda tanya, tetapi beliau meninggalkan aset hampir USD200bilion yang mungkin sedang dicongak-congak barat bagi menyelesaikan kemelut ekonomi eropah dan amerika. Penulis tidak pasti samada kematian Ghadafi membawa lebih kebaikan atau keburukan kepada kepada dunia Islam.

Yang pasti, harga emas telah jatuh, seperti juga kes di Iraq ketika ditakluk Amerika, berjuta-juta emas akan ambil dan sayonara diingatkan, Libya mempunyai tidak kurang separuh dari jumlah emas dimiliki oleh Britain selain simpanan minyak hampir setara dengan Arab Saudi.

 

Kursus Asas Emas 29 Mei 2011

Promosi terbaru barang kemas di pasaran
Buy At Shopee
Kursus Asas Perniagaan & Pelaburan Emas 1 untuk sesi seterusnya akan dilakukan di Nouvelle Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Mint Hotel) pada 29-5-2011. Pada hari Ahad jam 10 pagi – 3 petang, Yuran: RM150.00 . kursus sesi Asas satu ini merangkumi skop
Pengenalan Emas Pengenalan Mutu Emas Pengenalan Harga Emas Tempatan & Antara Bangsa Harga Emas Industri Harga Emas Public Open Pengiraan harga emas mengikut index CHL Bagaimana Perkiraan Harga Index Mengikut Mutu Emas Bagaimana perkiraan Harga index membeli emas terpakai Mengenali Emas secara Tradisional Cara Membeli Emas Terpakai Cara Membeli Surat Pajak Gadai Menguji Emas menggunakan ASID Menguji Emas Menggunakan DENSITY METER Cara-cara tempahan emas dan penghantaran untuk perniagaan Didalam kelas ini kami akan mengadakan beberapa demo bagaimana urusniaga dilakukan, contoh jual beli dan maklumat untuk pihak anda perlukan didalam perniagaan. Yuran penyertaan hanyalah RM150.oo sahaja termasuk makan tengahari dan sijil kursus akan disediakan.
Kelas perniagaan emas hanya mempunyai tempat terhad, sila daftar sekarang di kursusemas.com (click here)
Hubungi :  Enc. Amirul 012-6981832 Cik Azura 012-6303723 Ofis : 03-89332827
 
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus
Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00
Buy At Hellogold