Bagaimana Pelombong Emas Haram Bekerja

Video ini menunjukkan tentang aktiviti perlombongan emas secara haram di suatu kawasan hutan lindung di Acheh. Cara pelombong emas haram di Aceh dan Malaysia pasti tidak jauh berbeza, video ini dirakamkan pada 2009 dan 2010. Biasanya mereka menggali emas sehingga kedalaman 3-4 meter.

Bagaimana mencari emas?

Ada banyak soalan saya terima bagaimana untuk mencari emas, dimana tempat paling mudah untuk mencari emas,dimana area ada banyak emas?. Saya sebenarnya tidak dapat jawab, kerana saya sendiri tidak pernah terlibat dalam eksplorasi mencari emas,tidak pernah, malah ada yang mengajak kami terlibat dalam eksplorasi mencari emas di sumatera,di kepulauan Mindanao dan macam-macam lagi.Bukannya kami tidak berminat, tetapi tentunya ia melibatkan banyak perkara yang kami tidak mahu terlibat.

apa yang saya tahu pun cumalah dari bacaan, pengalaman2 rakan2 hafizjewel yg terlibat dan informasi dari pakcik saya yang bekerja di Jabatan Mineral dan Galian. Jika pembaca  pandai menggunakan “google”, saudara mungkin akan terjumpa laporan2 beserta  peta-peta taburan emas yang disediakan oleh pensyarah di Universiti tempatan.  (saya pernah jumpa siap dengan Map lagi) So kita kembali kepada basic explorasi sendiri iaitu “Research, Research and Research”.

Continue reading