Pajak Gadai Emas Ikut Cara Islam

PERKHIDMATAN pajak gadai berkonsep Islam disediakan Ar Rahnu Express boleh mengelakkan masalah kegagalan menebus semula barangan berharga yang dicagarkan pengguna semasa keadaan mendesak.
Pengurus Besar Ar Rahnu Express Abdul Azri Abdul Latif berkata, Ar Rahnu prihatin terhadap permasalahan itu…
read more

Perhatian: Kedai pajak gadai palsu & scam


2-3 hari lepas kecoh kes surat pajak palsu dan scam di utara Malaysia, sehinggakan Menteri Jab. Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir,ketika merasmikan minggu Ar-Rahnu, mendesak orang islam memajak di pajak gadai islam,Ar-Rahnu bagi mengelakkan dari dianiaya ekoran tindakan segelintir pihak yang cuba mencari keuntungan segera.

Kebiasaanya syarikat pajak gadai scam ini beroperasi secara tidak sah, melalui pintu belakang dan menawarkan pinjaman yang lebih tinggi dari kedai pajak biasa. Pelanggan akan tertarik dengan pinjaman tinggi yang diberikan tanpa menyedari terdapat muslihat disebalik tawaran tinggi pembeli.

Antara syarat munasabah yang tidak dijelaskan kepada pelanggan adalah seperti waktu lupus cuma 3 bulan sahaja berbanding 6 bulan, caj lebih tinggi sekitar 3-5%, dan hanya menulis keterangan ringkas seperti nama, i/c dan barangan (tiada gram).

Apabila terjadi keadaan ini

  • pemajak tidak sedar item mereka telah dilupuskan walaupun belum sampai tempoh masanya
  • dengan hanya menulis sepasang subang, nyata sekali timbang emas yang dipajak itu boleh dieskploitasi untuk keuntungan kedai
  • Bunga yang terlalu tinggi sekadar untuk menjerat pemajak untuk tidak menebus item.

Orang islam khususnya dan juga pihak lain disarankan membuka mata untuk memilih pajak gadai islam Ar-Rahnu yang lebih selamat, tiada unsur penganiayaan dan upah simpan (0.75%) yang jauh lebih rendah dari pajak gadai konvensional.

Beberapa contoh surat pajak palsu, scam dan meragukan..

Tiada berat item, hanya tulis "sepasang subang"
Pada kotak merak, tertera "penjual" dan "telah dijualkan" bermaksud sebenarnya barang itu telah djual, bukan dipajak

 

Agro Bank tidak menerima lagi Gold Bar

 

Maklumat yang kami terima pagi tadi, mulai hari ini, Agro Bank tidak menerima lagi sebarang pajakan untuk item jongkong emas, info ini telah disahkan oleh Pegawai Agro Bank. Memo tersebut telah diterima sebenarnya pada hari jumaat yang lalu.

Ada dua memo yang diterima sebenarnya, memo pertama menyatakan, agro bank tidak menerima pajakan untuk Jongkong Emas Sri Ayu dan Bunga Raya (poh kong) sahaja tetapi Memo yang terbaru, menyatakan SEMUA gold bar kini tidak diterima lagi untuk pajakan di Ar-Rahnu Agro Bank. Kecuali mereka yang telah memajak gold bar sebelum ini, pajakan baru untuk gold bar tidak boleh dilakukan lagi, proses tersebut kini sudah ditutup.

Untuk khidmat penebusan barangan kemas dan emas di Ar-Rahnu,Agro Bank, Bank Rakyat, anda boleh menghubungi kami di talian 03-89332827.

Khidmat tebus pajakan Ar-Rahnu

Hargaemas menawarkan khidmat menebus pajakan Ar-Rahnu untuk membantu pelabur yang ingin mengeluarkan pelaburan mereka di Ar-Rahnu,  kami membeli emas pada harga emas semasa terkini dan pelabur boleh membeli balik dengan kami pada harga yang dijual pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 012-2301015 / 03-89332827. (Hanya untuk emas 999.9 sahaja)

Anda juga boleh mengisi borang dibawah untuk dihubungi agent kami

[contact-form 1 “sell-gold form”]

Khabar angin Etika Emas dan Bank Rakyat

images (2)Beberapa minggu lepas saya ada mendengar khabar angin bertiup kencang berkenaan pelaburan emas 999 yang diuruskan oleh etika emas, rasanya mungkin saya perlu berkongsi dengan pembaca disini (tapi ingat, ini hanya khabar angin, hubungi pihak berkenaan untuk pengesahan) Sahihnya, Bank Rakyat buat masa ini telah menghentikan urusniaga untuk  pajakan sebarang bentuk jongkong emas 999 samada pamp suisse, etika emas atau mana-mana syarikat yang menjual jongkong emas berikutan arahan dari Bank Negara untuk membantu siasatan didalam pelaburan emas yang diuruskan oleh koperasi tertentu.

Khabar angin juga ada menyatakan mana-mana gold bar yang masih belum ditebus di bank tersebut akan diarahkan tutup atau dilelong untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan.

Jika ada sesiapa mempunyai maklumat lanjut? sila tuliskan dibahagagian komen ye.. teman saya telah melihat surat sendiri dari Bank Negara bertarikh 2 Disember mengarahkan Bank Rakyat menghentikan pajak gadai jongkong emas 999 24 karat dari mana-mana syarikat buat sementara.

Bagi pelabur yang masih belum mengeluarkan item anda,  pelabur boleh menghubungi pihak ketiga,  hafiz 012-3349940 atau isi form dibawah untuk bantuan lanjut.

[contact-form 1 “sell-gold form”]