Perbezaan surat pajak gadai emas dan ar-rahnu

pajak gadai surat pajak cheras ampang selayang gombak melaka

Salah satu kelebihan surat pajak ataupun menyimpan emas adalah kerana komoditi ini sangat mudah dicairkan (kebentuk tunai) dimana emas boleh dijual atau dipajak pada bila-bila masa. Di Malaysia terdapat 3 jenis pajakan emas yang biasa digunakan iaitu

  • 1. Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu)
  • 2. Pajak gadai Konvesional
  • 3. Pajak gadai pinjaman berlesen
Bagi mereka yang ingin menjual surat pajak yang tidak ditebus, Hargaemas Trading boleh membantu pemilik untuk menebus serta membeli barang kemas anda, baki dari harga sebenar item ditolak nilai tebusan akan diserahkan kembali kepada pemilik sebelum tempoh masa surat pajak tamat. Untuk membolehkan pihak kami membantu pemilik diluar sana, anda boleh mengisi borang dibawah.

Setiap surat pajak yang dikeluarkan biasanya mempunyai tempoh masa selama 6 bulan untuk ditebus dan pinjaman diberikan sehingga maksimum 70% serta mungkin lebih bergantung budi bicara pengurus. Sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, lebih afdhal, lebih selamat, tidak membebankan dan lebih tersusun. Kami menyarankan anda memilih pajakan secara Ar-Rahnu berbanding pajakan lain.

Perbezaan surat pajak gadai konvesional dan pajak gadai Islam
1. Surat Pajak Gadai Konvesional

Pro

  • 1. Senang dan mudah untuk memajak emas, menerima semua jenis emas
  • 2. Cepat untuk berurusan dan menerima warganegara luar untuk pajak
  • 3. Menerima bar, syiling, coin, emas padu dan emas berbatu
  • 4. Boleh berunding jumlah pinjaman samada lebih atau kurang
  • 5. Buka hampir setiap hari dan berada di kebanyakan tempat
  • 6. Nama pemajak tidak dimasukkan dalam sistem CCRIS atau CTOS
  • 7. Tiada limit untuk pajakan sehari

Cons

  • 1. Bunga pinjaman dikira tinggi hampir 2% sebulan atau 24% setahun
  • 2. Surat pajak yang tamat tempoh akan dijual dan dianggap lebur
  • 3. Item yang dipacking seperti laminate bar akan dikoyakkan
  • 4. Mutu emas dalam pajakan tidak ditulis dan berat tidak selalu tepat
  • 5. Barang kemas yang elok biasa ditulis bengkok atau sebagainya
2. Surat pajak gadai Ar rahnu

Pro

  • 1. Upah pinjaman rendah sekitar 0.75% sebulan dari harga marhun
  • 2. Jenis emas, karat dan berat emas tertera dengan jelas pada surat pajak
  • 3. Surat pajak boleh disambung dengan membayar upah pinjaman
  • 4. Lelongan emas dibuat secara terbuka dan mengelak syubhah
  • 5. Ar-rahnu membantu peniaga emas dengan memberi sedikit kelebihan kepada peniaga

Cons

  • 1. Nama pemajak akan dimasukkan kedalam sistem CCRIS dan ada kesukaran untuk membuat loan
  • 2. Buka cuma pada waktu pejabat dan lambat untuk menunggu giliran
  • 3. Tidak menerima bar, coin, syiling, dinar dan emas padu yang lain
  • 4. Jumlah pinjaman tidak boleh dibincang kerana sistem arrahnu sedikit ketat
  • 5. Nama pemajak boleh disenarai hitam di CCRIS kerana tidak menjelaskan pinjaman
Jual surat pajak gadai emas dan arrahnu
Elakkan dari nama disenarai hitam kerana tidak menebus emas sebelum  dilelong, jual surat dengan segera, anda masih boleh mendapat wang tunai apabila kami menebus item untuk anda. Anda juga boleh menukar emas yang dipajak kepada barang kemas.

Cara untuk kira harga emas dan surat pajak disini Kalkulator Emas

39 thoughts on “Perbezaan surat pajak gadai emas dan ar-rahnu

  1. Hai… saya ada surat pajak yg dah tamat tempoh.. ada sesiapa x ada cadangan atau idea mcm mana yg harus saya buat. Pm sy 0193487914

  2. surat pajak saya baru sahaja tamat 13 hari lepas… adakah masih boleh dijual???? saya tidak mampu menebusnya…

  3. sy ada emas 999 sebrat 100gm yang di pajak di Agro Bank (AR-RAHNU) dan sy ingin menjual emas tersebut.. PM 0173133342

  4. sye ade surat pajak n nk jual emas sye d ar-rahnu..xbyk cm 10gm jer…hrp blh bntu sye kerw sbb nk gn dt sgt skrg nie…tq

  5. saya mempunyai emas 999 250g..sedang dipajak di Agro Bank..bercadang hendak jual surat pajak itu.. Adakah hargaemas akan membelinya? harga beli yang di tawarkan? harap dapat membantu

  6. saya ada surat akuan gadaian skim ar-rahnu Agro Bank..keseluruhan emas di Ar-rahnu 310g..ingin mnjual kesemuanya..

  7. saya ada emas 835b berat 12.67g luput pada 9sept 2012…saya nak jual surat pajak tu mcmana…..di arrahnu,sg petani

  8. saya ada rantai tangan emas 999, berat bersih 200.42g yg skrg ada di arrahnu agrobank, saya nk jual semuanya dgn kadar segera..

  9. Saya ada surat pajak gadai berat 17.8g; emas 916. amount pajakan – 2,000.00. saya nak jual. pls pm 0193356708

  10. sya pun ada surat gadai nk dijual ….mcm na caranya…1rantai tangan,1rantai leher dlm 1surat yn bernilai rm2266..

  11. kalau HARGAEMAS tebuskan dari ar-rahnu dan owner emas byr ansuran semula dengan HARGAEMAS untuk dapatkan semula emasnya boleh ker?  

      1. Saya mmg ada ltk emas 999 kat arrahnu bankrakyat, dlm keadaan sekarang tak mmpu nak tebus. Beratnya 180g….apa nak buat?

  12. sy memerlukan khidmat nasihat untuk menebus emas 24k ( +- 300g) di ar rahnu  kwsn Sg. Petani….siapa ejen Hargaemas yang boleh sya hubungi…..pls ctc me ASAP….

  13. salam saya pun nak jual surat pajak 916 beratnya 68.67g dan 999 beratnya 67.06..hubungi saya secepatnya 0133253877 faisal

  14. Sy ada banyak surat pajak arrahnu…..emas 24k.  sekarang ini saya nak jual semua emas tu…brapa harga tuan tawarkan

  15. SY ADA SURAT PAJAK GADAI (KEDAI CINA), ..”SATU RANTAI TANGAN EMAS .. (BERAT 54.5g)..
     NILAI PADA SURAT GADAIAN (RM5500).. SY INGIN JUAL EMAS TU.. “ADA SESIAPA YG DAPAT TOLONG TAK?? ( KEMAMAN ) 

  16. boleh beri contoh x perkiraan maksud  ‘baki dari harga sebenar item ditolak nilai tebusan’
    sy ada 200gm brg kemas kat arrahnu..

  17. saya ade surat pajak ar rahnu,saya nak jual surat itu dengan nilai emas itu.boleh ke?22.20g……

  18. Sy ada banyak surat pajak arrahnu…..sekarang ini saya nak jual semua emas tu…sebab memerlukan duit…bagaimana caranya …….keseluruhan emas di arrahnu….157.99g

  19. Saya ade buat pajakkan di ar-rahnu, tetapi tempoh pajak sudah pun tamat. Boleh ke saya beli atau ade ke cara untuk saya dapatkan barang2 kemas tersebut? Segala surat pajak masih ade.

  20. Salam.. saya nak tanya sedikit tentang berita yang saya dengar dari kawan2 saya yang mana sekiranya kita ada memajak barang kemas di pajak gadai yang lain,kita boleh bawa surat tuh dan pajak ke bank rakyat.. betul ke?? kiranya bank tu akan tebuskan untuk kita dan simpan bagi pihak kita.. kita boleh menebus semula… lebey kurang camtu la… macam mana tu..btul ker..

Comments are closed.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More