Salah satu kelebihan surat pajak ataupun menyimpan emas adalah kerana komoditi ini sangat mudah dicairkan (kebentuk tunai) dimana emas boleh dijual atau dipajak pada bila-bila masa. Di Malaysia terdapat 3 jenis pajakan emas yang biasa digunakan iaitu

  • 1. Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu)
  • 2. Pajak gadai Konvesional
  • 3. Pajak gadai pinjaman berlesen
Bagi mereka yang ingin menjual surat pajak yang tidak ditebus, Hargaemas Trading boleh membantu pemilik untuk menebus serta membeli barang kemas anda, baki dari harga sebenar item ditolak nilai tebusan akan diserahkan kembali kepada pemilik sebelum tempoh masa surat pajak tamat. Untuk membolehkan pihak kami membantu pemilik diluar sana, anda boleh mengisi borang dibawah.

Setiap surat pajak yang dikeluarkan biasanya mempunyai tempoh masa selama 6 bulan untuk ditebus dan pinjaman diberikan sehingga maksimum 70% serta mungkin lebih bergantung budi bicara pengurus. Sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, lebih afdhal, lebih selamat, tidak membebankan dan lebih tersusun. Kami menyarankan anda memilih pajakan secara Ar-Rahnu berbanding pajakan lain.

Perbezaan surat pajak gadai konvesional dan pajak gadai Islam
1. Surat Pajak Gadai Konvesional

Pro

  • 1. Senang dan mudah untuk memajak emas, menerima semua jenis emas
  • 2. Cepat untuk berurusan dan menerima warganegara luar untuk pajak
  • 3. Menerima bar, syiling, coin, emas padu dan emas berbatu
  • 4. Boleh berunding jumlah pinjaman samada lebih atau kurang
  • 5. Buka hampir setiap hari dan berada di kebanyakan tempat
  • 6. Nama pemajak tidak dimasukkan dalam sistem CCRIS atau CTOS
  • 7. Tiada limit untuk pajakan sehari

Cons

  • 1. Bunga pinjaman dikira tinggi hampir 2% sebulan atau 24% setahun
  • 2. Surat pajak yang tamat tempoh akan dijual dan dianggap lebur
  • 3. Item yang dipacking seperti laminate bar akan dikoyakkan
  • 4. Mutu emas dalam pajakan tidak ditulis dan berat tidak selalu tepat
  • 5. Barang kemas yang elok biasa ditulis bengkok atau sebagainya
2. Surat pajak gadai Ar rahnu

Pro

  • 1. Upah pinjaman rendah sekitar 0.75% sebulan dari harga marhun
  • 2. Jenis emas, karat dan berat emas tertera dengan jelas pada surat pajak
  • 3. Surat pajak boleh disambung dengan membayar upah pinjaman
  • 4. Lelongan emas dibuat secara terbuka dan mengelak syubhah
  • 5. Ar-rahnu membantu peniaga emas dengan memberi sedikit kelebihan kepada peniaga

Cons

  • 1. Nama pemajak akan dimasukkan kedalam sistem CCRIS dan ada kesukaran untuk membuat loan
  • 2. Buka cuma pada waktu pejabat dan lambat untuk menunggu giliran
  • 3. Tidak menerima bar, coin, syiling, dinar dan emas padu yang lain
  • 4. Jumlah pinjaman tidak boleh dibincang kerana sistem arrahnu sedikit ketat
  • 5. Nama pemajak boleh disenarai hitam di CCRIS kerana tidak menjelaskan pinjaman
Jual surat pajak gadai emas dan arrahnu
Elakkan dari nama disenarai hitam kerana tidak menebus emas sebelum  dilelong, jual surat dengan segera, anda masih boleh mendapat wang tunai apabila kami menebus item untuk anda. Anda juga boleh menukar emas yang dipajak kepada barang kemas.

Cara untuk kira harga emas dan surat pajak disini Kalkulator Emas