APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ? APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU ( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama ( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½ ( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama ( d ) 875 ( e ) 835 ( f ) 750 18K mengikut ukuran lama ( g ) 585 14K mengikut ukuran lama ( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud. STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat) CARA MENGUKUR KARAT STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan : Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas : Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm Emas Se Rial =2.70 gm Emas Se Kupang = 0.64 gm Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu ) Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm