Perniagaan emas secara online

Perniagaan jual beli emas ini adalah antara perniagaan yang telah bertapak dalam peradaban manusia, sejak sebelum masihi lagi Manusia mula menggunakan emas sebagai matawang, sebagai penunjuk kekayaan dan penanda aras kekuasaan.

Ketamadunan manusia tidak pernah lari dari terlibat didalam jual beli emas, contoh seperti  Tamadun Rom, Parsi, Aryan, China, Islam semuanya mempunyai sejarah sendiri berkenaan emas, samada wang syiling dengan gambar raja mereka, bangunan yang dibina dari emas atau arca emas tuhan-tuhan mereka, semuanya dicipta dari emas bagi melambangkan kemulian, kebesaran dan kekuasaan mereka.

Perniagaan emas bukannya suatu yang baru, ia sangat lama, malah sebelum roda dicipta lagi emas telah pun digunakan. barang perhiasan dari emas dikatakan tidak banyak berubah dari dahulu sampai sekarang, cincin masih mempunyai bentuk yang bulat, begitu juga subang, gelang , rantai emas, sama sahaja dari generasi nenek moyang kita hingga ke zaman siber ini. Cuma apa yang terbaru berkenaan emas, jika bukan dari bentuknya, bukan dari valuenya, mungkin adalah dari segi bagaimana pemasaran jual beli emas itu sendiri.

*tahukah anda, salah satu cara mudah untuk menjual emas di internet adalah dengan membina blog, contohnya di  Station916 dimana anda boleh melihat item-item barangan kemas dijual.

Saya ingin berkongsi bagaimana, “emas” boleh menjadi  perniagaan yang menguntungkan secara online? “ye secara online”. Jika sebelum ini sudah menjadi rahsia terbuka bahawa tauke emas kaya, jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi kaya? ia bukannya rahsia yang besar, cuma ia suatu yang nampak biasa tetapi ada ceritanya.

10 tahun dahulu, kerajaan telah membeli sebidang tanah Haji Tamim dengan harga RM20 ribu. Haji Tamim yang baru menerima pampasan, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menggunakan wang tersebut, jika disimpan didalam bank, Haji Tamim risau jika dia gunakan wang tersebut. Mak Limah, isteri Haji Tamim, memberi idea kepada suaminya untuk membeli emas, mereka pun pergi membeli emas untuk disimpan.  Dengan jumlah wang sebanyak RM20k, Haji Tamim membeli beberapa utas gelang, rantai dan cincin denagn harga RM40/gram. (total 500gram)

Barang kemas tersebut cuma disimpan dan tidak dipakai, ketika raya, Makcik Limah membawa emas-emas tersebut balik kekampung dan ditunjukkan kepada saudara mara disana, ramai saudara yang berminat membeli, dan Makcik Limah berjaya menjualnya dengan harga RM65/gram. (total RM32,500), hasil dari jualan itu, Makcik Limah terus membeli dikedai yang sama dengan meminta sedikit diskaun dari tauke. Mak Limah berjaya membeli dengan harga RM60/gram, (540gram), kemudiannya raya tahun seterusnya, Mak Limah berjaya jual pada harga RM75/gram (total RM40,625), Mak Limah kembali ligat meminta diskaun dari tauke, tahun seterusnya, Mak Limah dapat membeli emas dengan harga RM70/gram (580gram) dan menjual kembali pada harga RM85/gram –> Total RM49,300

Lihat pada contoh diatas, bagaimana dengan hanya menyimpan dan menjual emas, Mak Limah berjaya menggadakan modal perniagaannya dalam pada masa yang sama jumlah emasnya semakin bertambah, jika Mak Limah hanya menyimpan 500gram emas tanpa meniagakannya, nilainya tetap naik, (nilai sekarang RM160/gram –> RM80k), tetapi dengan sedikit ilmu perniagaan, Mak Limah dapat menambah berat emas simpanannya dan mendapat pulangan lebih tinggi.

Begitulah yang berlaku kepada tauke-tauke emas sekarang, mereka mungkin membeli emas pada harga emas murah suatu ketika dahulu dan menjualnya dengan harga terkini. Nilai berat emas mereka tidak berkurang malah nilainya pula sentiasa naik. Keuntungan dari jual beli itu sebenarnya digunakan untuk menambahkan lagi emas jualan mereka dan pada masa yang sama, barang yang diniagakan mereka itu, adalah harta simpanan mereka sendiri.

Untuk berniaga emas dahulu, anda memerlukan kedai, pegawai keselamatan, beberapa kakitangan dan sebagainya, tetapi dengan kecanggihan teknologi terkini, anda hanya memerlukan website, sistem kedai online yang baik dan sistem penghantaran yang dipercayai. Bukankah semuanya telah ada? cuma apa yang perlu anda lakukan, upload barangan kemas anda, sedikit ilmu pemasaran internet dan thumbs up..anda dapat menjual dan pada masa yang sama menambah harta simpanan anda.

*untuk mereka yang serius untuk membina kedai emas online, anda boleh mengupah kami di hargaemas untuk membina website perniagaan emas anda dengan harga RM1000 RM600 sahaja, (online cart, server, website, payment method, dan online customer service) (hubungi segera)

2 thoughts on “Perniagaan emas secara online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>