Perhatian: Kedai pajak gadai palsu & scam

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate


2-3 hari lepas kecoh kes surat pajak palsu dan scam di utara Malaysia, sehinggakan Menteri Jab. Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir,ketika merasmikan minggu Ar-Rahnu, mendesak orang islam memajak di pajak gadai islam,Ar-Rahnu bagi mengelakkan dari dianiaya ekoran tindakan segelintir pihak yang cuba mencari keuntungan segera.

Kebiasaanya syarikat pajak gadai scam ini beroperasi secara tidak sah, melalui pintu belakang dan menawarkan pinjaman yang lebih tinggi dari kedai pajak biasa. Pelanggan akan tertarik dengan pinjaman tinggi yang diberikan tanpa menyedari terdapat muslihat disebalik tawaran tinggi pembeli.

Antara syarat munasabah yang tidak dijelaskan kepada pelanggan adalah seperti waktu lupus cuma 3 bulan sahaja berbanding 6 bulan, caj lebih tinggi sekitar 3-5%, dan hanya menulis keterangan ringkas seperti nama, i/c dan barangan (tiada gram).

Apabila terjadi keadaan ini

  • pemajak tidak sedar item mereka telah dilupuskan walaupun belum sampai tempoh masanya
  • dengan hanya menulis sepasang subang, nyata sekali timbang emas yang dipajak itu boleh dieskploitasi untuk keuntungan kedai
  • Bunga yang terlalu tinggi sekadar untuk menjerat pemajak untuk tidak menebus item.

Orang islam khususnya dan juga pihak lain disarankan membuka mata untuk memilih pajak gadai islam Ar-Rahnu yang lebih selamat, tiada unsur penganiayaan dan upah simpan (0.75%) yang jauh lebih rendah dari pajak gadai konvensional.

Beberapa contoh surat pajak palsu, scam dan meragukan..

Tiada berat item, hanya tulis "sepasang subang"
Pada kotak merak, tertera "penjual" dan "telah dijualkan" bermaksud sebenarnya barang itu telah djual, bukan dipajak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro