Pelaburan emas, apakah yang terbaik?

Sedikit coreten berkenaan dengan konsep pelaburan emas, anda sebenarnya boleh membaca di laman Hafizjewel, saya hanya menceduk sedikit untuk makluman pembaca. (hafizjewel)

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia

Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.

Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.

Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong

Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.

Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. :). Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

iklan: jual beli emas di beranang, emas rantai port dickson, jual emas gombak, serdang beli emas, kedai emas online di cheras, keramat jongkong emas, benang emas petaling jaya, subang gelang emas, pelaburan emas negeri sembilan

Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

31 thoughts on “Pelaburan emas, apakah yang terbaik?”

  • assalamualaikum, disini saya ingin berkongsi tetap hukum zakat emas.. ternyata berbeza dengan keterangan saudara di atas, jika tidak keberatan, saudara boleh mengeluarkan fakta darimana saudara perolehi..

    1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

    Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

    Contoh:

    2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
    Contoh : RM6,000 x 2.5%
    Jumlah zakat = RM 150
    2. Emas yang dipakai

    Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

    Contoh:

    Berat Emas yang dipakai = 250 gram
    Uruf Emas = 150g ram

    Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
    Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
    = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
    = RM 192.9
    Jenis Zakat & Fidyah

    TEL : +603.9289.5757
    FAX : +603.9289.5758
    SMS : 15888
    Email : [email protected]
    TWITTER PPZFACEBOOK PPZRSS FEED PPZYOUTUBE PPZsi_webtv

  • saya baru nak berjinak-jinak membeli dinar emas…tapi kurang arif. boleh tuan bagi sedikit informasi utk beginner spt saya yg berminat nak membeli dinar emas.

  • maaf yer saya ingin bertanya bagimanakah caranya utk kita melabur dlm pelabuaran emas nie dan harga yg paling rendah berapa? ingin gak mencuba.. tp gan harga terendah la dulu..he..he..

  • bagaimana nak melabur emas?Beli emas atau melabur emas di bank.kalau beli emas dan simpan di peti keselamatan bank kena bayar yuran tahunan.Cara ini untung atau rugi?Sekarang harga emas semakin mahal .Kalau beli sekarang ada untung kah?Terima kasih banyak-banyak.

  • Baiklah, saudara ya saya nak bagi tahu betul2 ni. Kenapa saudara tak faham pasal pelaburan emas ni sebab saudara masih bayangkan duit dalam kepala. Kenapa saya cakap macam tu kerana saudara beranggapan kalau boleh nak ambil keuntungan atau macam dividen la drpd emas yg saudara ada. Beli harga rendah dan harga tinggi sikit saudara jual.

    Dan itu lah untungnya. Ya tu memang benar. Tapi saudara kena ingat tujuan melabur emas macam mana ya, saya nak bg thu ni, jika saudara ingin melabur emas, saudara harus beli emas dan menyimpan dalam jangka masa pnjang kerana pelaburan emas adlah untuk jangka sederhana dan panjang dimana tempohnya adlah 5-10 thn. Dan tujuan menyimpan emas ni adlah sebagai aset serta sebagai melindungi lebihan duit yg kita ada.

    Just bayangkan mcm ni dulu2 kalau ad duit lebih simpan ASB dan duit akan beranak. Konsep pelaburan emas sebenarnya mcm tu. Kerana duit kita ni xda nilai. Ia hanya kertas yg digunakan sebagai alat menentukan nilai je. So, lepas dah simpan jangka pjg kalau kita xda benda nak buat teruskanlah simpan. Lagi lama simpan lagi baik. Kalau ad nak buat bisnes sendiri ke, nak pergi Mekah ke eloklah guna.

    Tau tak kos nak pergi ke Mekah akan semakin murah kalau kita ad banyak emas dari sekarang. Cth sekarang kalau ad 10-12 dinar rasa2 dh boleh pergi Mekah dah. Tpi kalau kita melabur dlm btk duit entah berpa lama lah kita dapat pergi. Dan mungkin bilangan dinar yg diperlukan akan semakin berkurangan jika emas meningkat lagi mendadak.

    Last but not least, KALAU NAK UNTUNG DAN NAK ADA DUIT YG BANYAK SAUDARA KENA KENA BERNIAGA EMAS LA. DI SAMPING

    MELABUR. DAN KALAU NAK BERNIAGA KENA AD MODAL. GOOGLE JER BANYAK DAH CARA SEKARANG NAK JADI TOKEI EMAS TAK PAYAH

    MODAL BESAR PUN.

    K. TQ.

  • OK berkenaan situasi Encik ni, dengan menggunakan sistem pajakan Ar-Rahnu ia dapat elakkan drpd unsur-unsur riba.

    Bila Encik dah pajak di Ar-Rahnu dan apibila Encik tidak dapat menebus dalam jangka tertentu bergantung kpd pihak bank, maka bank akan leleongkan emas Encik dengan menggunakan harga pasaran semasa. Tapi jangan risau andai kata emas Encik yg telah dilelongkan itu harga semasa tinggi maka bank akn ambil mengikut jumlah yg Encik hutang tu la. Dan jika ada lebihan wang drpd lelongan tersebut maka bank akan beri kepada Encik semula. Tetapi setiap konsep dan sistem ni bergantung kepada bank. Tapi apa yg saya terangkan ini adalah cara Islam. Dan memang ad Ar-Rahnu yg buat konsep ni.

    Berkenaan cara terbaik nak jadikan eams kpd 50g-100g tu, Encik nak leburkan dan combine jadi berat ke??? Atau nak tambah emas koleksi Emas dari 50g-100g. Kalau nak tambah emas kena la beli n kena pandai guna teknik manipulasi emas. Kalau nak tambah berat tu kira kena tanya betul2 kpd tukang emas. Dan ingat kenapa kita rasa jongkong kadang2 murah n perhiasan emas kadang2 kita rasa mahal sebab kos upah ya n kos selebihnya. So fikir2 kan lah. Lagi banyak genre emas yg kita ad lagi bagus…

  • rezekihebat2011 says:

    Saya baru nak berjinak membeli emas, mohon sedikit info bagi saya memahami perjalanannya

    1. Kalau beli 999 gold, pamp suisse ok ke? Boleh dipajak di Ar Rahnu? atau beli brg perhiasan emas?

    2.Andai kata saya pajak di Ar Rahnu dan tidak dapat menebusnya krn kurang/tiada cash, adakah Harga Emas Malaysia boleh membantu menebusnya? Bagaimana caranya, boleh ke bagi dengan secara detail flow dan pengiraan untuk situasi diatas. Andai kata saya ada 150gram di Ar Rahnu dan saya tak mampu nak tebus balik, bagaimana?

    3. Apa cara terbaik nak jadikan dari 50gram kepada 100gram-200gram dalam masa terdekat?

  • ahmad abu says:

    Saya nak tanya, emas dalam bentuk dinar / mata wang tu dikategorikan
    sebagai apa? Barang kemas atau jongkong emas? Bagus ke kalau beli dinar . . ?

  • saya telah pun melabur dan bermain dgn pasaran emas dunia..hasilnya memang memberangsangkan…yang penting modal dan kerajinan menghadap komputer…jual beli atas kehendak sendiri…keterangan lanjut hubungi saya ditalian 012399****

  • sya ada satu soalan..apa pendapat saudara tntang pelaburan di dlam public bank and maybank tue..maksudnya emas yg x boleh dilihat dngan mta ksar..adakah ia berbaloi dn meguntungkn?

  • Salam…
    Saya ada satu soalan,
    harga emas yg kita beli skrg harganya rendah dan sbg pelabur sudah tentu kita akan menjualkannya sekiranya harga emas naik. Kemudian kita beli semula semasa harga emas turun. Jd, Beli pd harga rendah, jual masa harga tinggi, disitu pelabur dapat keuntungan dalam jangka masa pendak… persoalan saya skrg bagaimana saya hendak mengetahui harga yg sesuai untuk membaca pasaran semasa harga emas semasa turun dan semasa naik??
    saya harap en.shahrul dan pelabur emas sekelian dpt berkongsi ilmu dgn saya dlm pelaburan emas ini.
    Sekian terima kasih….

  • salam,

    Saya nk ada satu soalan, sbg contoh, jika harga emas yg kita beli skrg harganya rendah dan sbg pelabur sudah tentu kita akan menjualkannya sekiranya harga emas naik. Kemudian kita beli semula emas dgn harga semasa utk simpanan or pelaburan yg akan dtg. Jd, dimana untungnya? Beli pd harga rendah, jual masa harga tinggi, beli semula dgn harga yg kita jual.
    saya masih tk nampak lg keuntungan melabur dgn emas nie. Maaf, saya baru nk mengenal emas sbg perlaburan or simpanan. Hrp tuan2 dan pelabur emas sekelia dpt membantu saya.
    Sekian.

  • Zulkifli bin awang mat says:

    Saya baru saja membeli emas sebagai pelaburan. Belian emas tersebut saya beli perhiasan untok isteri saya .. Adakah tindakan saya ini menguntongkan atau merugikan.. diharap sesiapa yang tahu dapat memberi nasihat kepada saya. Saya bercadang nak menjadikan emas sebagai pelaburan saya di masa yang akan datang..

    • en. Admin, berapa berat sebenar yg akan diperolehi? adakah untung untuk kita buat cara ini iaitu beli gold bar 999 dan leburkan menjadi emas 916 dan jual?

      • @Arman, off corse beli 999 dan jual kepada 916 atau jenis yang lain, tp banyak yang perlu enc tahu? apa logam yang perlu ditambah, bagaimana penghasilannya?, kemahiran tukang emas untuk buat design? semua itu kene tahu untuk jadikan emas 999 kepada emas 916, jika buat pada skala kecil ia agak tidak menguntungkan, nak taknak saudara perlu buat dalam skala yang besar, kerana mesinnya agak mahal.. dan skala yang besar bermakna modal yang besar

    • @ermm, Dgn modal 5k anda blh dpt emas yang bernilai 15k?BOLEH…. Marilah kita kongsikan ILMU ini…”SHARING IS CARING” kalau berminat call 019***3198

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>