pelaburan emas malaysia

Pelaburan Emas

pelaburan emas malaysia
Pengenalan perniagaan emas offline dan Ar-Rahnu: Maklumat berkaitan jual beli emas biasa dan pelaburan Ar-Rahnu

Kenapa Emas?
Ya…kenapa beli emas, trend kini ramai yang berbicara tentang melabur emas sana sini. Tetapi apa kegunaan utama emas sebenarnya? emas adalah penampang matawang, penampang inflasi atau penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya  nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.

Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!”

Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua material lain didunia. Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk berurusniaga. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu kita bawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu kita potong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “material” diperlukan untuk memudahkan urusniaga.

Apa yang perlu ada pada suatu material untuk layak digunakan menjadi matawang, lihat list dibawah

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling dan sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa  jual beli walaupun dalam urusniaga kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh. Pernah ketika dulu, Negara jepun mencetak berjuta-juta duit pisang untuk kempen peperangan mereka akhirnya nilainya jatuh dan bertukar menjadi kertas toilet, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pasaran dunia sekarang. Kerajaan US telah mencetak berjuta-juta dollar USD sesuka hati mengakibatkan seluruh dunia mengalami krisis ekonomi dan hampir memufliskan negara US sendiri.

Sejak beberapa tahun yang lalu, nilai wang kertas bersandar kepada emas telah meningkat kembali, bank-bank negara mula menyimpan emas bagi menampung pengeluaran duit kertas mereka contohnya jika Bank Negara Malaysia berniat untuk mencetak lebih banyak kertas ringgit, mereka perlu membeli lebih banyak emas supaya dapat menampung tukaran ringgit pada masa akan datang. Jadi emas adalah pelaburan yang selamat dan terus bernilai sehingga kiamat.

Bagaimana jual beli emas dilakukan?
Jual beli emas boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya urusniaga emas kelihatan bermusim, contohnya ketika menyambut hari raya, musim perkahwinan atau awal bulan ketika gaji baru masuk. Tetapi akhir-akhir ini lebih ramai berminat dengan pelaburan emas kerana kenaikannya yang mencecah  hampir 50% mengatasi pelaburan konservatif lain spt ASB, Tabung Haji dan Unit Amanah. Jadi urusniaga emas berlaku setiap hari dan tumpuannya di Ar-rahnu seperti Agrobank, Bank Rakyat, Ar-rahnu exchange etc

Salah satu sebab kenapa ramai pelabur memajak emas adalah kerana modal yang dikeluarkan pelabur rendah, pelabur dapat membeli lebih banyak gram emas dengan modal yang kecil. contohnya, jika pelabur membeli 100gram emas, sekurang-kurangnya perlu membayar RM20,000 ringgit, tetapi dengan menggunakan sistem Ar-Rahnu, pelabur hanya mengeluarkan modal ~RM7,000.00 untuk membeli 100gram emas.

Adakah ini menguntungkan? ya. keuntungan emas bersandar kepada volume, contohnya, apabila harga emas naik RM10/g dikali dengan berat 100gram, pelabur boleh mendapatkan untung RM1000. jika dikali dengan 10gram maka hanya dapat RM100. Jadi volume yang besar 500g contohnya jika harga naik RM2/g sekalipun, pelabur boleh untung RM1000. (500g x 2/g)

Apakah Sistem Ar-Rahnu?
Sistem Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai secara islam yang diperkenalkan di Kelantan dan digunapakai oleh syarikat perbankan dan koperasi untuk menyediakan skim pajakan islamik. Sistem ini menguntungkan kedua-dua pihak, buktinya pada 2010, Bank Rakyat mampu memberi bonus 14 bulan kepada pekerjanya, Cawangan Agrobank yang sebelum ini lesu kini  dibuka disemua daerah, nafas beberapa koperasi yang dulu tenggelam kini timbul semula dengan bercambahnya Ar-Rahnu Exchange di setiap tempat.

Sistem Ar-Rahnu mengikut lunas Islam jadi tiada timbul penganiayaan kepada penggadai seperti

  • kadar upah simpannya sangat rendah sekitar 0.75% sahaja sebulan berbanding pajak konvensional (2%)
  • pajakan yang tidak ditebus akan dilelong dan pihak ar-rahnu hanya mengambil pinjaman mereka dan sedikit upah simpan, bakinya akan dipulangkan.
  • Ini berbeza dengan cara pajak gadai konvesional yang lebih kepada penganiayaan, contohnya, sekiranya tidak ditebus dalam masa 6 bulan, barang akan ditarik dan baki tidak dipulangkan
  • Sistem Ar-Rahnu lebih menguntungkan pelabur kerana upah simpannya yang rendah dan selamat. Selain itu, sistem “overlap” atau memperbaharui surat juga turut disediakan.

Bagaimana sistem overlap a.k.a memperbaharui surat?
Memperbaharui surat atau biasa disebut “overlap” boleh dilakukan dengan pemajak membawa surat asal “original” ke ar-rahnu dan ditukar kepada surat baru , maksudnya harga emas pada surat lama akan diperbaharui kepada harga emas terkini. contoh;

Surat Lama Tarikh 1/6/2011 Surat Baru Tarikh 1/12/2011 Nota
  • Harga per gram : RM170/g
  • Harga total : RM17,000
  • Pinjaman: RM11,900
  • Modal: RM5,100
  • Harga pergram: RM200/g
  • Harga total: RM20,000
  • Pinjaman: RM14,000
  • Upah Simpan: RM765
  • (Harga Baru – Harga Lama ) = Balance
  • Balance – Upah Simpan = Untung

Contoh pengiraan seperti dibawah

a)RM20,000 – RM17,000 = RM3000

b)RM3000 – RM765 = RM2,235

RM2,235 untung diserahkan kepada pelabur surat pajak diperbaharui untuk tempoh 6 bulan lagi.

Pemajak hanya perlu ke kaunter Ar-Rahnu dengan membawa surat pajakan dan meminta untuk dinilai semula, pihak Ar-Rahnu akan mengira perbezaan harga emas dulu dan kini, dan kemudiannya membayar secara tunai kepada pelanggan setelah menolak upah simpan.

*upah simpan tidak perlu dibayar setiap bukan, cukup 6 bulan, sila ke Arrahnu untuk overlap.

Bagaimana melihat dan menentukan harga emas?

Harga emas ditentukan mengikut index emas dunia, harga naik dan turun setiap hari, index emas pula berubah setiap saat, untuk melihat harga emas terkini bagi sila ke laman ini (click here) atau untuk melihat graf harga emas (click here) . Untuk menjangka berapa harga emas esok sangat mustahil kerana harga emas bergantung kepada beribu faktor samada politik, pasaran saham, tukaran matawang, kenaikan harga minyak, tragedi seperti tsunami, gempa bumi dan pelbagai lagi. Tetapi untuk tempoh masa panjang dan sederhana, patern atau trend samada “bullish” atau “bearish” boleh dijangka pada graf 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

 

9 thoughts on “Pelaburan Emas”

  • Cendawansuria says:

    Assalamualaikum wbt.

    Ada sedikit persoalan berkenaan pelaburan Ar-Rahnu ini:
    Jika kita hanya ambil 50% sahaja kemudian overlap adakah mengguntungkan?
    Maaf kalau kurang faham , jika harga pasaran emas jatuh bolehkan kita buat overlap?

    cth: Harga per gram : RM170/g dahulu.
          Harga per gram : RM160/g  sekarang

  • jangan citer psal untung je, cuba terangkn brapa lama nk kenabyar blik hutang tu n berapa byaran bulanannya pulak? silap2 kna kejar ngan bank sbb tk leb nak byar ,bknnya skit rm 20k tuu…..

    • Bank nak kejar untuk apa? emas ada dalam bank, bank jual je lah emas tuuu…lepas jual, arrahnu hanya akan ambil 70% mereka sahaja plus upah simpan, balance akan dipulangkan kepada pelanggan, sila fahami dahulu sistem arrahnu sebelum menulis komen2 sebegini…

    • Bank nak kejar untuk apa? emas ada dalam bank, bank jual je lah emas tuuu…lepas jual, arrahnu hanya akan ambil 70% mereka sahaja plus upah simpan, balance akan dipulangkan kepada pelanggan, sila fahami dahulu sistem arrahnu sebelum menulis komen2 sebegini…

  •  Assalamualaikum wbt.

    Ada sedikit persoalan berkenaan pelaburan Ar-Rahnu ini:

    1. Perlaburan ni melibatkan pinjaman, jadi adakah ada proses pembayaran balik terhadap pinjaman tersebut?jika ada,berapa lama tempoh pembayaran balik tersebut dan faedah yang akan dikenakan?

    2. Bagi proses pemajakkan, adakah memang ditetapkan 6 bulan sekali seperti tempoh pembaharuan surat?

    3. Adakah bayaran upah tersebut termasuk dalam bayaran zakat emas ini?

    • 1. Pinjaman atau pajakan arrahnu boleh dibayar bulanan atau pada bulan last untuk menebus item itu, tempohbayaran adalah selama 6 bulan tetapi boleh diextend sehingga 9 bulan, jika tuan overlap surat, tempoh masa ditambah lagi 6 bulan seterusnya setiap kali overlap. tiada faedah dikenakan, cuma upah simpan 0.75%
      2. Proses pajakan boleh extend sehingga 9 bulan (budi bicara, ikut bank tersebut)
      3. Zakat untuk emas yang milik tuan sepenuhnya sahaja, emas yang ada di arrahnu masih belum milik tuan…

  • Redismine1004 says:

    Salam,

    Berkenaan pengiraan balance pada contoh tu, pada pendapat saya kiraan adalah seperti berikut:

    Balance= (pinjaman baru-pinjaman lama)

    Sebab pinjaman adalah duit yang akan dapat ke tangan kita, manakala harga adalah nilai semasa emas kita.

    Jadi, kita akan dapat rm1335. Pun begitu, masih untung lagi.. Sapa nak bagi seribu lebih dalam masa enam bulan yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>