Luahan Hati Master Dealer Public Gold

1.Nama “Public Gold” atau singkatannya iaitu “PG” di dalam artikel ini adalah merujuk kepada empunya laman web www.publicgold.com.my

2. Artikel ini ditulis oleh saya, dari perspektif mentaliti seorang bisnesman full time (Aidan Group) sejak lebih 5 tahun yang lalu dan seorang Master Dealer bagi Public Gold yang tidak puas hati dengan pengurusan Public Gold dan sudah tidak aktif mempromosi produk Public Gold.

3. Artiel ini tidak memburukkan mana-mana produk Public Gold. Semua pembeli produk Public Gold perlu yakin bahawa produk Public Gold diperbuat daripada emas dan perak yang tulen dan berkualiti tinggi.

4. Segala keputusan yang dibuat dan mengapa artikel ini ditulis adalah atas dasar pilihan peribadi, bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh orang lain.

5. Artikel ini ditulis tidak atas dasar sentimen perkauman antara bangsa Melayu dan Cina atau mana2 bangsa.

***************************************

Nama saya ialah Mohd Alif Nordin. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya adalah seorang Master Dealer yang sah bagi Public Gold (PG). Mungkin setelah mana2 pihak menyampaikan artikel ini kepada pihak pengurusan PG nanti, maka dealership saya akan ditamatkan dan saya tidak dibenarkan lagi untuk mempromote produk PG. Serious…. saya tak kisah langsung. Kalau saya kisah, maka tak mungkin saya akan mengeluarkan artikel ini. Sila sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya berbaloi disebarkan.

Baiklah. Mari kita mulakan. Mengapa saya tinggalkan Public Gold?

1. Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.

Semua dealer PG tahu, sesiapa sahaja boleh membeli produk PG terus  di cawangan PG di seluruh Malaysia. Anda boleh tanya kepada mana2 dealer tentang rancangan PG untuk membuka semakin banyak cawangan PG di seluruh Malaysia.

Kesan terhadap syarikat?

(a) Syarikat PG semakin dikenali ramai. Brand equity nya akan semakin meningkat. Produk PG senang didapati di mana2. PG makin maju.

(b) Syarikat dapat buat untung lebih sebab tak perlu tolak % komisen untuk dealer memandangkan pembeli boleh beli direct tanpa perlu melalui introducer/agent/dealer.

Kesan terhadap dealer?

Cuba anda semua fikir, bila sesiapa sahaja boleh pergi ke mana2 cawangan PG untuk membeli produk, bukankah ini akan ‘membunuh’ semua dealer dalam jangka masa panjang? Untuk bangunkan PG, dealer2 di leverage kan. Bila syarikat makin berkembang, dealer2 dipinggirkan secara ‘halus’. Kalau anda tanya orang2 top dalam PG mengapa ini dilakukan, mungkin mereka akan memberi alasan bahawa “…nanti senang untuk dealer2 nak pick up produk utk customer“.

hahahaha…bagi saya ini cuma alasan gula2 utk menyedapkan hati dealer. Mula2 memang la. Lepas pembeli dah tau diorang boleh beli direct and tempat nak belinya tak jauh mana, saya yakin sebahagian besar pembeli akan beli direct drp cawangan PG berdekatan dan bukan lagi melalui dealer. Sama macam orang beli produk di kedai Habib Jewel dan sebagainya. Kenapa? Gunalah common sense. Kalau anda di beri pilihan semasa nak beli logam berharga, anda suka dapat ‘fresh’ from kedai atau melalui orang tengah? Anda sendiri tahu jawapannya.

Mungkin juga orang2 top dalam PG atau admin ofis PG akan bagitau anda yang ada limit bagi mereka yang membeli terus di cawangan PG. Haha…betul ke tu? Cuba tanya balik diorang betul2. Kenapa saya cakap sebegini? Jawapannya ialah…SEBAB SAYA DAH KENE! Kita ni dealer punye la update blog promote sana sini, pastu kawan call tanya macam2. Punye la banyak kali saya pesan kat kawan saya, bila ready nak beli, call saya untuk lock harga. Tapi tunggu punye tunggu, bila saya sms balik kawan saya utk tanya dia bila nak beli, dia jawab macam ni lebih kurang,

Alamak, sori bro. Aku dah beli direct. Aku ingat boleh beli direct macam kedai emas biasa“.

Huhu…pasal Allah masih bagi saya iman, saya yakin ianya bukan rezeki saya je la. Takkan nak salahkan pembeli? Dah la kawan saya tu beli berpuluh ribu. Dah berapa dah tu komisen saya melepas? Anda semua dealer PG, anda tentu faham perasaan saya kan? Nak fight dengan PG utk dapatkan komisen tu? Dah berapa hari dah kawan saya beli masa tu. Apa bukti yang saya boleh guna utk claim yang sayalah introducer kawan saya tu? Aduii…leceh la macam ni kalau nak kene gaduh selalu…

Walau bagaimana pun sebagai seorang bisnesman, saya boleh faham keinginan PG nak dapatkan untung lebih bagi jangka masa panjang. Sama je dengan kebanyakkan (bukan semua ye) syarikat2 lain. Tapi, syarikat2 lain ada la rasional nya dalam menjaga kepentingan dealer2 mereka. Sebagai contoh, syarikat Hargaemas Resources yang saya sudah daftar sebagai dealer, mereka menyediakan saluran alternatif kepada dealer untuk membuat untung yang berbaloi-baloi, walaupun mereka juga mengamalkan polisi “boleh beli direct” seperti mana Public Gold.

Ini adalah sebab utama mengapa saya tinggalkan Public Gold.

 

2. Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.

Itupun hanya untuk Master Dealer. Kalau normal dealer, lagi la sikit. Semakin lama kita bertapak di dalam sesuatu industri, kita akan semakin masak akan selok-belok industri tersebut. Antaranya ialah, kita akan makin tahu berapa profit margin mereka sebenarnya. Daripada situ kita boleh agak berapa banyak untung yang mereka buat. Mungkin anda bertanya, “…kalau komisen PG sikit sangat, dah tu kenapa ramai je yang berminat nak jadi dealer PG?

Jawapan saya ialah PG pandai ‘mengaburi’ fikiran dealer2 (termasuk saya lebih 2 tahun yang lalu) dengan selling point pertama iaitu “PG akan buka banyak cawangan seluruh Malaysia. Jadi, nanti dealer senang nak amik produk untuk customer“.  Bila fikir selapis, bunyi macam sangat bagus sebab PG akan ada banyak dealer support centre (konon!). Nampak macam sebuah syarikat yang kukuh dan serious untuk berkembang maju dalam jangka masa yang lama. Bukan ‘fly-by-night’ punya syarikat. Tapi bila saya fikir dua tiga lapis, saya rasa saya dah nampak tembelangnya. Terutamanya bila saya sendiri dah kena macam yang saya cerita di point no.1 di atas.

Point yang kedua ialah PG ada kelebihan sebagai antara ‘abang sulong’ yang mempunyai modal besar dalam merancakkan industri pelaburan jongkong/dinar emas fizikal di Malaysia. Mereka agresif. Saya akui tentang perkara tu. Lebih 2 tahun dulu, berapa ramai la sangat orang sedar tentang pelaburan emas? Berapa banyak la syarikat yang bergerak aktif seperti PG? Sikit je. Dengan kelebihan modal yang besar dan marketing yang agresif, ramai yang ‘terbeli’ dengan PeLuAnG KeEmAsAn (ye la tu!) yang ditawarkan PG.

Anda mungkin bertanya lagi, “…bagaimana pula dengan beberapa top leader PG yang dapat mengaut PeLuAnG KeEmAsAn yang ditawarkan PG? Takkan mereka tak nampak tentang perkara ni?” Haha…saya yakin, itu sebab mereka dah too deep dengan PG. Walaupun mungkin mereka dah lama sedar dengan point2 yang saya utarakan di dalam artikel ini, macam mana la diorang tu nak detach dengan PG? Apatah lagi kalau yang dah dapat BMW sebijik dan dah jadi jutawan. Memang Public Gold je la yang betul. Orang lain yang tak sependapat dengan pengurusan PG semuanya tak betul. Haha… human factorla katakan…kita kene fokus…betul tak brader Syukor? hehe…

 

(sambungan disini, masih ada 3-5 faktor lain di laman utama www.pelabursilver.com)

11 thoughts on “Luahan Hati Master Dealer Public Gold”

  • Ustaz Rosdi Zakaria says:

    saya x setuju dgn luahan hati MD di atas….ada sesuatu yg disembunyikan…walaupun ada sedikit kebenarannya…

  • Pemain goldbar says:

    Nampak gaya ramai yang masih keliru. Emas, Perak, Platinum (METAL) merupakan komoditi pelaburan yang di kategorikan sebagai “HIGH RISK, HIGH RETURN”. Sila pastikan tahap kewangan sebelum pelaburan dibuat.

  • Pendita Buku Emas says:

    Standard la MD keluar atau tinggalkan dari Public Gold. Ramai yang tak puas hati. Contoh: Bekas penceramah rasmi Public Gold iaitu Dr Luv (bekas pakar motivasi Akademi Fantasia), Alan Poon. Ramai lagi otai-otai player emas atau Dealer kat Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah dan sebagainya keluar dari Public Gold ni.

    Yang keluar bukan calang-calang, taukeh kedai emas pun ade :-), bukan kedai kecik atau kiosk, ni kedai yang ade lebih dari 2 branch.

    Ramai pelabur tersungkur. dealer skrg ni, asyik suruh beli je.. memang la suruh beli je, NAK KOMISYEN MASYUK je. Korang ingat komisen dia masuk dealer tu beli emas ke?? hehehehehe, dia simpan dlm ASB. Cakap beli emas, tapi simpan ASB diam diam, maka dealer tu juga suruh keluarkan semua ASB, banding ASB dengan Emas ler….semua tu lakonan seorang SALESMAN je.

    Hati hati le, jangan tertipu dengan helah JURU JUAL EMAS ni. Member aku dah terkena, suruh beli perak, dicanang-canangkan pulangan giler giler, dealer bgtau ASB boleh kalah dividen, masyuk 20-30% kenaikan emas dlm setahun… ASB dah kosong, silver beli dah dua tahun LANGSUNG tak balik modal…sikit je dia beli 35kg (Tahun 2011 Ogos)…member skrg ni menyumpah yumpah salesman yg jual kat dia dulu.

  • mohd shabli says:

    Sy sgt setuju bro… sy sendiri bekeje dgn sy arikat kedai emas cina yg terbesar di malaysia n kaum mereka sendiri takut nk berurusan dgn pg. Mereka x support pg. Org melayu kita yg terhegeh2 n bangga dgn pg mereka. Byk syarikat emas bumiputra yg lain yg ada di malaysia yg memberikn servis lbh baik dr pg. Yg terutama nya dr segi harga jualan n belian. Yg lbh penting mereka memberikan peluang utk kita menjd taukeh emas yg sebenar. X mcm pg yg membuang harga kpd public n memberikn komisyen yg sedikit pd agen. Peliknya org melayu kita tersgtla bodoh. Peluang lain yg ada dpn mata yg jauh lbh baik pn x diambil malah dikutuk habisan…

    • MLM….standard la bro. Nasib baik aku quit awal!!!

      Ramai kawan kawan aku dah quit dari PG. Skrg ni PG buat gempur rekrut sana sini.. terkini…beli 100g 999.9 dapat jadi member… teknik yg sering dibuat oleh Syarikat MLM !!!! aku meluat sangat dah dengan PG ni. Salesman PG.. rasanya kalau berlakon… kah kah kah kah kah … boleh dapat Anugerah Berita Harian Pelakon Popular!!!

  • Bro,
    Tq sbb bagi maklumat untuk disahihkan dan diteliti utk setiap warga yang masih setia dengan PQ. Bagi saya, skang ni saya tgk, kebanyakkan MD MD PG ni menggunakan aspek memburukkan syarikat lain contohnya GSR (sbb menjual emas 1 gram, Serambi Emas (buat sistem 30:70) dan yang paling glamer skali Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (beli emas dpt hibah). Kutukan demi kutukan dilemparkan dan sebenarnya ini menunjukkan mentaliti seseorang MD, PD atau D itu sendiri. Yang sekarang ni pulak, Dealer yang baru merangkak terpaksa bersaing dengan otai2 MD dalam membuat jualan.. Tp sungguh kasihan.. Ada yang sanggup menjual emas mereka walaupun hanya untung RM3-5.. kesian sungguh saya tgk.. Saya tak pernah tgk syarikat2 berkaitan membalas balik kutukan yang dilemparkan mungkin kerana sibuk menguruskan aktiviti masing2 daripada sibuk menjaga tepi kain orang.. (itu laa sikap orang2 M kita).. Sebenarnya syarikat lain mempercayai produk dan kaedah masing2.. Jd kenapa perlu memburukkan syarikat lain.. Dan ramai yang mencari rezeki di syarikat masing2.. Dan ramai MD, PD atau D mengatakan emas perlu dibeli dengan elmu, jauhkan sikap 2t (tamak dan takut) untuk mengaburi mata pembeli diluar sana.. Bagi saya, zaman dulu kala, nenek saya beli emas tak pakai ilmu dan tak perlu tgk apa2 graf tu ok jer.. hehehe… bagi saya skang ni PG sudah merasa era tepu dalam pasaran (dengan persaingan sesama mereka dan syarikat lain).. sbb itu mereka seperti terdesak untuk mencari pelanggan.. Kesian..

  • Dinar&Fx Remizer says:

    Assalamualaikum semua, Behubung dengan luahan Master Dealer PG, saya rasa setuju dan sangat berguna untuk kepentingan semua orang lebih-lebih lagi persaingan diantara kaum. Opps, maafkan saya, sebab saya berpengalaman hampir 30 tahun dalam memberi keuntungan serta mengedar bagi pihak ” TAUKEH”….. Malah benda ni pun dah lame terjadi didalam dunia MLM sekalipun walaupun ada produk bukan made in china, tetapi franchise tersebut masih dibawa oleh bangsa-bangsa “taukheh” jugak, malah saya pernah menulis sebuah buku yang mempersoalkan keuntungan untuk “taukeh” dari seorang kuli melayu, apa-apa bisnes pun, jangan nak kate emas shaja,

    Kelebihan mereka pandai melakonkan watak untuk short term & long term. Bila dah capai target, mereka akan fokus kepada self defend….

    Jadi, saya syorkan kalian semua, nak beli emas…jangan beli emas dari syarikat “Taukeh”. Beli direct tanpa dealer untuk elakkan gaduh…..beli dengan syarikat bumiputera mcm Habib.

    Dan, kalau nk buat bisnes, jangan mulakan bisnes yang melibatkan bangsa “TaukeH”. nanti anda yang rugi.

    Bisnes macam nih hanya menguntungkan orang-orang yg terawal sahaja. Saya berani bercakap, sebab isteri saya seorang mualaf, saya juga pernah “”yam seng”” dengan meraka.

    Apa-apa bisnes,,,tolng jangan sesekali get involve pada mereka….

    Kalau anda semua tak percaya….nasihat saya, keluarkan modal untuk belajar bahasa mereka  (CUKUPKAN ILMU DI DADA) sebelum anda join bisnes anjuran meraka…

    Haahahahahaha……kalau anda semua dah start minum sampai mabuk dengan mereka…mabuk anda comform hilang bila dengar apa mereka cakap pasal bangsa ”  kuli  “…..( KITALAH TU )

  • Anda perlukan modal yang tinggi sehingga jutaan ringgit sekiranya ingin membuka kedai emas tetapi dengan Public Gold hanya perlu membuat pembelian emas sebanyak RM 20,000 sahaja sudah melayakkan anda menjadi dealer Public Gold yang sah.Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan emas sambil berniaga.Public Gold sentiasa mengadakan seminar emas di seluruh Malaysia untuk memudahkan dealer-dealer baru mendapat pelanggan. Berita tentang Public Gold seringkali disiarkan dalam akhbar-akhbar harian seperti BERITA HARIAN dan METRO.Kursus & latihan yang berterusan daripada pihak Public Gold kepada usahawan-usahawan emas yang baru menceburi bidang perniagaan ini serta diberikan sijil pengiktirafan & anugerah bagi yang mencapai target jualan.Produk Public Gold sangat senang dijual. Harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold lebih rendah berbanding harga di kedai emas.Dealer dibekalkan dengan pamplet dan katalog emas oleh syarikat untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan.

  • salam bro… saya pun dealer PG jugak… pasal problem bro yg utama tu, saya x rase itu silap public gold… bagi saya, apa yg saya buat & jugak yg telah diajar pada saya, setiap kali jumpe [email protected], even diorg x beli pun, saya akan mintak diorg isi borang customer PG. So, x kire diorg beli direct ke, saya dah lock die sbgai customer, saya tetap dpt komisyen tu… even die x tulis saya sbgai introducer masa beli direct dgn office… saya x nampak masalah pun kat sini… cuba tgk silap sendiri dulu… artikel ni boleh merosakkan periuk nasi org… bkn sorang dua, tapi beribu2… tau la yg u punye blog ni top dlm google… x baik bro buat camni…

    • Salam bro khai, artikel ini bukan ditulis pihak.kami.. dan xde sbb kami nk halang sesiapa untuk menyuarakan pndapat, saudara khai pun bleh tulis pndpt ‘khai’ disini, dn kami x halang… periuk nasi siapa tertutup? Xkanlah saudara dan beribu lg kelaparan sbb ada artikel ni, xkn public gold je sumber periuk nasi bro? Lg satu, dari sibuk provok sbb tutup.prriuk nasi bro, baik explain faktor2 lg bernas knp public menjadi sumber.utama kehidupan saudara.. beribu.lg nk dgrrrrrrrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>