Jual beli emas 916 terpakai

Jual emas dan beli emas untuk harga terbaik

Harga emas berubah setiap hari, jadi apa waktu terbaik untuk jual emas 916 pada harga paling tinggi? harga emas Malaysia bergerak sama seperti harga emas dunia, harga emas akan berada pada puncak tertinggi apabila berlaku tragedi kepada kuasa ekonomi dunia seperti US, China, India, German, Jepun dan UK, dan juga apa sahaja event yang menyebabkan matawang Ringgit jatuh. Ingin jual emas pada harga tertinggi, isikan borang dibawah dan kami akan memberi update kepada anda.

Kenapa memilih untuk berurusan dengan Hargemas

  • Kami memaparkan harga emas setiap hari di laman web, pelanggan boleh merujuk harga harian disini
  • Kami telah beroperasi sejak 2007 dan mempunyai hampir 80,000 likers di FB page kami (real likers)
  • Pelanggan boleh mendapat update harga emas harian di telegram, klik ke t.me/hrgms
  • Pelanggan boleh membeli emas 20% lebih murah dari kedai emas melalui kawan-kawan peniaga online kami di Ibukutu.com

Apakah beza dan kelebihan emas 916

Emas 916 dikira emas 22K iaitu mempunyai campuran 91.6% dan selebihnya adalah logam lain seperti copper, silver, mangan dan sebagainya, 916 dikira emas bermutu tinggi dan sesuai untuk dijadikan perhiasan kerana fizikalnya yang lebih keras dari emas 999 dan boleh dibentuk dengan mudah. 916 biasanya jarang diletakkan dengan batu permata, diamond, mutiara kerana batu mudah tertanggal dan tidak dapat diikat dengan kemas, 916 hanya popular di negara asia dari india, china dan asia tenggara sahaja, di negara barat, kebanyakan barang perhiasan akan dibuat dari emas 18K kebawah. Harga emas 916 dikira paling popular di Malaysia, soalan umum seperti “Berapa harga emas hari ini” biasanya merujuk kepada harga emas 916

Apa yang boleh menyebabkan mutu emas 916 jatuh?

Mutu emas 916 boleh jatuh apabila pemajak memajak di arrahnu, ini kerana arrahnu menggunakan timbangan air, iaitu density metre, ada sesetengah design yang hollow memerangkap buih udara menyebabkan mesin tidak dapat memberi bacaan yang tepat, selain itu, mutu emas juga boleh jatuh apabila pateri banyak digunakan untuk membuat design barang kemas terutamanya emas design india, kebiasaan emas yang ada banyak pateri hanya mendapat mutu 87% sahaja selepas dileburkan kerana susut dengan logam lain. Emas patern italy yang popular kini juga banyak menggunakan komponen emas mutu rendah menyebabkan mutu emas juga susut. Sebagai langkah selamat untuk mereka membeli emas 916 untuk pelaburan, belilah emas design biasa sahaja.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More