Laman web Harga Emas Malaysia, hargaemas.com.my (hrg.ms) dimiliki oleh Hargaemas Trading (002393481-H) dan mula beroperasi sejak Ogos 2009 untuk memaparkan harga emas semasa di Malaysia dan menjadi tempat rujukan harga emas berbahasa melayu. Pejabat Hargaemas Trading terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan mempunyai jaringan perniagaan dengan peniaga emas di seluruh Malaysia.

Pada page ini kami akan menerangkan sedikit sebanyak berkenaan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami kepada komuniti dan peniaga.

1. Paparan Harga Emas Semasa Update Setiap Hari

Sebelum tahun millenial (2000-an), peniaga emas perlu menghubungi pekilang(CHL,QHL,XHL) untuk mengetahui index emas semasa melalui panggilan telefon, indeks emas yang digunakan adalah nilai emas semasa pertael (MYR/tael)

Pada awal 2000-an hampir tiada local website memaparkan indeks emas untuk menjadi rujukan kecuali melalui panggilan telefon. Disebabkan itu kami membina laman web hargaemas.com.my ini. Indeks emas ini biasanya hanya digunakan oleh peniaga emas, manakala untuk orang awam pula, mereka boleh merujuk harga FGJAM iaitu harga Persatuan Peniaga Emas Malaysia yang biasanya diupdate secara bulanan sahaja.

Pada awal 2000-an juga, banyak syarikat arrahnu muncul mengubah landskap perniagaan emas dengan pengenalan harga emas marhum iaitu harga yang diderive dari harga emas kijang Bank Negara, dan juga harga emas spot dari pengeluar pamp suisse yang merupakan pembekal terbesar di Malaysia (mks)

Soalan umum yang sentiasa ditanya orang awam adalah harga maximum dan minimum emas, secara umumnya harga maximum emas adalah harga FGJAM iaitu harga emas yang dijual oleh kedai-kedai emas seluruh Malaysia, manakala harga minimum adalah harga spot iaitu harga emas bar 999.9 yang dijual oleh pembekal kepada peniaga emas. (Untuk pemahaman lebih lanjut boleh membeli ebook kami atau jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan emas boleh ikuti kursus asas emas kami)

2. Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh Harga Emas Malaysia

Hargaemas Trading adalah syarikat membeli emas lama, rosak patah, surat pajak, arrahnu, mengambil tender lelongan emas, servis arrahnu dan sebagainya, kami juga turut menjual emas jongkong dan perhiasan. Hargaemas juga berminat untuk untuk berkongsi kepakaran dalam bidang perniagaan emas dan sedia untuk menjadi konsultan kepada mereka yang berminat untuk membuka kedai emas dan perniagaan berasaskan emas. Boleh terus whatsapp kepada kami disini (wasap)

3. Apakah kepakaran Harga Emas Malaysia

Kepakaran utama Hargaemas adalah dalam pembinaan software untuk kedai-kedai emas, sistem syarikat perniagaan emas dan untuk pemasaran barang kemas didalam talian, Pada 2016, kami telah membina applikasi yang dipanggil “Hargatrade” untuk membantu peniaga dan peminat emas mengetahui nilai semasa barang kemas mereka dan juga boleh berjual beli secara dalam talian menggunakan teknologi telefon android dan iOS.

4. Angan-angan untuk membina platform emas online (ditamatkan sementara)

Dalam pengalaman kami meniaga emas lebih 10 tahun, kami dapati kebanyakan kedai emas di Malaysia tidak mempunyai online ecommerce, mungkin disebabkan kurangnya kepakaran IT dikalangan peniaga emas ataupun permintaan untuk barang kemas online belum cukup tinggi, kami juga dapati kos untuk membina laman web emas dengan harga liverate adalah tinggi dan kebanyakan open source ecommerce system tidak begitu mesra dengan perniagaan emas dan maintainancenya adalah cukup susah walaupun untuk IT DEVELOPER seperti kami.

Jika anda adalah peniaga emas, pemilik kedai emas atau yang ingin melangkah ke perniagaan emas online, anda amat-amat dialukan untuk menghubungi kami dan memilih kami untuk sebagai teman niaga anda. (wasap)