Harga Emas Hari Ini Malaysia

Daily update Harga Emas & Ar-Rahnu View Blog
graf harga emas hari ini

Jenis emas, kualiti dan karat

Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat. Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).
Contoh Kacang Carob, saya tak jumpa nama melayu untuk kacang ini, mungkin sebab tidak tumbuh di negara kita.
Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

Beli jongkong emas 999 bawah harga pasaran (closed)

Salam sejahtera buat pelawat harga emas, sedikit maklumat untuk saya kongsi, bagi mereka yang berminat untuk membeli atau menyimpan emas 999 gold bar (terpakai) saya ada beberapa list customer untuk anda boleh berurusan, Harga paling rendah buat masa ini adalah RM130.00/gms untuk hari ini (17.06.10), (Harga emas 999 semasa RM151/gms jadi anda jimat RM21/gms jika membeli dengan pemilik emas disini) jika anda berminat untuk membeli emas 999 terpakai, boleh hubungi saya seperti nombor diatas, dan saya akan arangekan appointment antara anda (pembeli) dan owner gold bar berikut.
Hanya gold bar dari Pamp Suisse, Public Gold, Poh Kong, OUB beserta cert sahaja sah diniagakan disini
Antara senarai yang kami ada.

Harga Emas mencapai rekod baru! Perak pun naik

Uh oh.
Gold hit all-time high yesterday’s trading! It hit new record of US$1242.70 an ounce (oz). And Silver is at its highest in two-years! Naik ke lebih kurang US$19.50 per oz.
Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika. Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan. Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam – termasuk pork bellies (perut khinzir), rough rice (beras kasar), live cattle (lembu hidup), sawit dan butter. Lihat di sini.
Balik ke cerita emas.

Tips untuk mengesan emas palsu

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Hargaemas, saya rasa saya perlu share beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak, caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri dirumah. Saya terpanggil kerana lambakan emas palsu ini semakin banyak, malah semakin kerap saya jumpa.
Kenapa anda perlu tahu? 1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan, dan anda boleh didakwa. 2. Menipu pembeli adalah berdosa (senang kan :) )
Okey tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. 1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu 2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut 3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu. 4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah) 5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted. 8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning. 9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif 10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)
11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama. 12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.) 13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul…… :(
Ok next saya ingin share dengan anda berkenaan jongkong emas, ia mungkin penting untuk mereka yang ingin memilikinya. Risiko jika terbeli jongkong emas palsu sangat besar, anda mungkin boleh bangkrup. Jadi sila perhatikan dengan betul sebelum membeli. Jika boleh bawa bersama mereka yang lebih arif.
Jongkong emas yang dijual di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis, antaranya:

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa. Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus