Harga Emas Hari Ini Malaysia

Daily update Harga Emas & Ar-Rahnu View Blog
graf harga emas hari ini

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa. Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Hukum trade in emas mengikut islam

imagesRasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini: “Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter): 1. Emas dengan emas 2. Perak dengan perak 3. Tamar dengan tamar 4. Barli dengan barli 5. Garam dengan garam 6. Gandum dengan gandum” Selain dari 6 perkara yang dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yang tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus