Harga emas di India melonjak tinggi

NEW DELH – INDIA. Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

“Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember,” kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

“Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS,” kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

“Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi,” kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>