Cabutan bertuah untuk pelanggan Hargaemas

Cabutan bertuah Hargaemas kembali lagi, Kepada semua pelanggan kami yang menjual atau membeli emas disini, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap bulan yang akan diumumkan di Laman Facebook Hargaemas.

Untuk memenangi cabutan bertuah ini senang sahaja, sila simpan resit jual beli emas yang diberikan officer/agent hargaemas ketika anda berurusan. Pada akhir bulan, kami akan melakukan cabutan bertuah dan memilih seorang pemenang untuk mendapatkan Wang tunai RM500.00 ringgit. Promosi ini bermula dari bulan November 2012 dan keatas. Pastikan anda mengisi No Tel anda dan menandatangani resit jual beli untuk dihubungi kami.

Untuk menjual emas kepada kami, isikan maklumat berikut dan click submit.

[gravityform id=”2″ name=”Borang Jualan Emas” description=”false”]

Untuk membeli emas, layari laman facebook Hargaemas disini (click here)

Khidmat tebus emas di ar-rahnu dan lelong semula

Harga emas yang tidak menentu akhir ini banyak meresahkan pelabur dan pembeli emas termasuk kami, walaupun harga emas tidak berterusan turun tetapi kenaikan harga emas tahun ini tidak setinggi tahun lalu, ini sedikit sebanyak merugikan pelabur emas yang menggunakan sistem ar-rahnu kerana perlu membayar upah simpan yang tinggi setiap bulan, sedangkan harga emas tidak naik tinggi.  (LAYARI  www.hargaemas.com.my/lelong)

Masalah ini bakal menjadi serius apabila syarikat Ar-Rahnu mengubah polisi ekoran masalah dalaman beberapa minggu lalu, kesan ini sangat terasa kepada pelabur seperti kami kerana tidak dapat overlap, nama mungkin disenaraihitam dan juga terpaksa menjual pada harga rendah seperti sekarang, oleh kerana itu, kami di hargaemas menawarkan penyelesaian yang lebih mudah iaitu ‘lelong sebelum item dilelong’.

Cara ini cukup mudah, pertama, pelanggan boleh menghubungi Hargaemas di talian 03-92264232 atau isi form di hargaemas.com.my, pihak hargaemas akan menghubungi penjual dan membantu menebus keluar emas didalam ar-rahnu, emas akan dibeli mengikut harga belian Hargaemas.

Setelah item tersebut dikeluarkan dari Ar-Rahnu, ia akan disenaraikan didalam laman lelongan ini pada harga kilang dan akan dilelong kepada pembeli. Penjual dapat melihat sendiri item yang dilelong dan dapat menjemput rakan untuk membeli item mereka, selain itu, kami juga akan iklankan laman ini untuk menarik lebih banyak bidaan.

Untuk sesi pertama, item akan dilelong secara percuma selama 3 bulan, selepas tempoh lelongan tamat bidaan tertinggi dikira pemenang. Untuk meneruskan lagi lelongan, penjual akan dikenakan caj yang rendah setiap bulan 1-2% sama seperti caj upah simpan di Ar-Rahnu. Didalam tempoh lelongan, nama pembida dan maklumat pembida akan dipaparkan untuk memastikan setiap bid adalah telus dan ‘genuine’.

Selepas lelongan tamat dan item berjaya dijual, baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Penjual dan pembeli dapat menghubungi sesama sendiri untuk memastikan pembayaran telah dilakukan dan baki dipulangkan.

Pihak Hargaemas terpaksa meletakkan syarat untuk pembida wajib memiliki akaun Facebook bagi memudahkan urusan, NO IC juga diperlukan untuk pengesahan.

Kelebihan melelong emas disini, penjual dapat meminimumkan kerugian dari membayar upah simpan setiap bulan disamping dapat mengelak nama kita dari disenaraihitam oleh Ar-Rahnu. Penjual boleh menetapkan sendiri harga jual minimum dan maksimum. Manakala kelebihan kepada pembeli pula, mereka dapat membeli pada harga yang lebih rendah dari harga emas semasa disini, jadi tiada pihak yang rugi dan sama-sama menguntungkan.

Buat masa ini, Hargaemas cuma membantu untuk menebus Gold Bar, Dinar, Rantai Tangan Gajah, Rantai Tangan Pasir, Rantai Tangan Belah Rotan, Rantai Tangan Melur, Rantai Leher Roda, Rantai Leher Gajah untuk kualiti 999 dan 916 sahaja.

Promosi awal Mei 2012 – Selamat Menyambut Hari Ibu

Kami di Hargaemas ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu diluar sana samada yang bekerja, yang berniaga ataupun yang berada di rumah, semoga semuanya sihat sejahtera, seperti biasa ketika kami bersama Hafizjewel, kami seringkali mengadakan sambutan hari ibu dan bapa di restoran seri melayu, jalan conlay setiap tahun. Buat masa ini kami yakin Hafizjewel masih merupakan penaja utama hadiah untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang terpilih.

Bagi mereka yang mungkin tidak berkesempatan masa untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada ibu anda di kampung atau di desa, kami di Hargaemas menyediakan servis penghantaran percuma hadiah yang disukai setiap wanita, iaitu emas… layari www.hrg.ms/mother untuk membuat tempahan dan menulis sedikit ucapan kepada mereka. Promosi ini berakhir sehingga 15 Mei 2011.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga emas, layari www.hargaemas.com.my/terkini

membeli perak

Promosi Public Gold April : Beli Silver dapat baucar RM100

membeli perak

Public gold sedang mengadakan promosi bulan April untuk pembelian 2 jongkong silver PG yang beratnya 1kg setiap satu, setiap pembelian 2 jongkong silver ini akan mendapat RM100 baucar. Promosi ini berjalan bermula 1 April 2012 sehingga 31 April 2012, Jika dikira hari ini, 1kg jongkong PG berharga sekitar RM 4,076.00 dan harga jual RM 3,587.00.  Saya ambil sedikit masa anda untuk bandingkan bagaimana perbezaan kenaikan harga emas dan silver sepanjang 5 tahun terakhir.

emas dn silver

Jika dibandingkan kedua-dua bentuk pelaburan ini, kedua-duanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang 3-5 tahun dan keatas, manakala untuk pelaburan jangka pendek dan sederhan, Silver mengatasi emas, contoh kenaikan harga silver dalam masa 2 tahun mencatat kenaikan sebanyak 83% berbanding emas hanya sekitar 47%, bagaimanapun dalam masa setahun, kenaikan harga silver adalah negatif berbanding emas. Dari segi volatility, harga silver lebih cepat berubah turun dan naik berbanding emas, pada pendapat saya pelaburan silver sesuai untuk aggresif investor, yang ingin mendapat pulangan tinggi dalam masa yang singkat.

cincin emas bertatah emerald

Promosi April : Lelongan emas serendah RM9.90 di Fb kami , please ‘like’

Mac sudah hampir berlabuh, kini April mula menjelma, dan kami di Hargaemas, tidak lupa menyediakan promosi menarik untuk pelawat kami, kali ini promosi sangat mudah, anda hanya perlu ke laman facebook.com/hargaemas dan comment bid anda pada item yang dilelong, semakin banyak like pada comment anda, anda lebih berpeluang untuk menang dan membawa balik item yang sangat bernilai.

Layari laman facebook kami disini https://www.facebook.com/hargaemas/photos click pada item yang mempunyai logo kami dan invite kawan-kawan anda untuk like item tersebut, pemenang akan diumumkan tepat selepas jam 5 ptg 1 April 2012. Rules adalah simple, more likes, u win….. do anything but dont bite us!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Promosi Februari 2012 , Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Dapatkan produk pelaburan emas pada harga promosi sepanjang 2012, hubungi agent kami untuk setiap tempahan. Click disini untuk menghubungi agent kami di lokasi anda. (Senarai Agent)

Item untuk tempahan adalah:

  • Rantai Tangan Gajah 999 & 916 (20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Rantai Tangan Pasir 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Gelang Belah Rotan 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g, dan 100g)
  • Cincin Belah Rotan 999 & 916 (5g & 10g)
  • Rantai Tangan Melur 916 (10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g)
  • Pamp Suisse 100g
Hubungi agent kami di kawasan anda:
Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Melaka, Johor, Kuantan, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Kota Bharu, Ampang

Promosi Akhir Tahun Emas Pelaburan

promosi emas pelaburan emas malaysia

Promosi Code: Disember2011, gelang tangan emas 9k, plated, with handmade leather untuk pelanggan yang membeli emas pelaburan 999 samada secara tunai ataupun ar-rahnu untuk pembelian 100gram dan keatas.  Promosi ini sah untuk setiap tempahan dari 15 disember – 15 Januari 2012. Satu gelang untuk 1 pelanggan sahaja. Dapatkan sekarang dengan membeli produk emas pelaburan dari laman kedai kami di hargaemas.biz. masukkan coupon code: emas2011 untuk mendapatkan gift gelang fesyen terkini ini dari kami. Hadiah menarik untuk mereka yang istimewa. Click pada button dibawah untuk order.

order sekarang emas pelaburan

Coupon Code: emas2011

Pakej memborong, shopping dan lawatan ke Guongzhou, China

Iklan selingan dari cik abby (Agent Ampang) yang menganjurkan pakej lawatan sambil memborong ke Gungzhou, China. Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi cik Abby pada talian diatas. Program ini adalah program kerjasama  MARA PUSMA Wilayah Persekutuan bertujuan untuk menarik lebih ramai usahawan Malaysia mengembangkan produk perniagaan dan mencari peluang perniagaan baru dari Tembok Besar China untuk dibawa ke bumi bertuah Malaysia.

Pakej ini dikhabarkan Cik Abby antara termurah, terendah dan terbaik dan sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat malah seisi keluarga bercuti selama 5 hari di China. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pakej lawatan sambil memborong di Gungzhou China.

Apa yang menarik di Guongzhou? check disini http://www.chinahighlights.com/guangzhou/top-places-to-shop.htm

Promosi Dinar Emas Kelantan

Dinar emas dikatakan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan kemudian diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan akhirnya ke Asia Tenggara.

Pakar ekonomi mengatakan dinar emas boleh berperanan untuk meningkatkan serta mempertahankan kekayaan. Bukan seperti mata wang, nilainya akan jatuh tetpi tidak dengan dinar emas.

Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang tiada nilai intrinsik.

Kerana itu selepas krisis ekonomi pada tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan dinar emaslah cara penyelesaian kepada masalah itu.

Tetapi oleh kerana gagasan seperti ini agak baru, pendapat itu dipandang remeh dan dilihat sebagai saingan serta seakan Euro Dollar di Eropah. Lagipun siapa yang percaya bahawa Dolar Amerika akan runtuh seperti yang berlaku hari ini.

Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan kewangan kita.

Kini harga emas membuka tempahan untuk mereka yang ingin memiliki Dinar Emas Kelantan untuk koleksi dan simpanan emas, harga dinar boleh dirujuk di http://www.islamicmint.com.my/
penghantaran segera di lembah klang (24 hour), tempah sekarang (KLIK UNTUK ORDER)

Promosi Gelang Emas Belah Rotan

Syarikat Oneau Jewelery telah mengeluarkan produk barangan kemas yang simple dan menarik terutamanya untuk mereka mereka yang berminat melabur dan menyimpan emas dengan mengeluarkan produk Gelang Emas 916 Belah Rotan dengan spread harga beli dan jual cuma RM8.00 sahaja. Berbeza berbanding dengan barangan kemas yang lain, gelang belah rotan mudah untuk disimpan, dipakai dan tidak mengalami susut kualiti seperti barangan kemas yang lain di Ar-Rahnu.

Gelang yang dijual seberat 10gram, 20gram, 30gram, 50gram dan 100gram dengan design yang simple akan dijual pada harga kilang untuk semua yang berminat terutamanya mereka yang mencari pelaburan emas fizikal yang menguntungkan. Tempahan boleh dilakukan disini atau dilaman tempahan kami.

* Spread harga bermaksud perbezaan harga jual dan harga beli. Kami tidak menjual pada harga RM8.00/gram. Harga emas belah rotan 916 RM146/gram pada tarikh (17.5.2011)

kami telah memajak gelang 916 ini beberapa kali didalam agro bank dan bank rakyat dan semuanya setelah diuji mendapat kualiti 916 .

Borang Tempahan

[contact-form 5 “buy gold form”]