Peluang perniagaan syarikat emas bumiputera (closed)

Sebuah syarikat emas bumiputera Sdn Bhd yang berpengalaman lebih 30 tahun didalam pembuatan, pertukangan, peleburan emas sedang mencari beberapa pihak yang berminat untuk melabur didalam urusniaga jual beli emas padu 999, 916 serta urusniaga Ar-Rahnu bank terpilih. Syarikat yang berasal dari Terengganu dan kini berpusat di Kuala Lumpur merupakan salah satu panel Ar-Rahnu sebuah bank tempatan dan terlibat secara aktif belakang tabir dalam pembuatan emas padu, emas tarik dan emas industri untuk beberapa syarikat emas utama sedia ada. Pada sekitar, 80-an,90-an, syarikat terlibat dalam pembuatan Mahkota-mahkota diraja untuk

beberapa institusi diraja dan diakui mempunyai kemahiran pertukangan emas.
Pihak syarikat memerlukan kerjasama pihak-pihak yang sudi melabur untuk meningkatkan kapasiti urusniaga harian dan sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman didalam perniagaan emas serta perjanjian untuk pulangan kepada pelabur. Syarikat tersebut mempunyai 3 tempat pembuatan utama iaitu di Terengganu, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.

Jika anda berminat untuk bersama kami didalam perniagaan emas, kami sedia bertemu anda dipejabat kami untuk penerangan lebih terperinci berkenaaan peluang perniagaan yang ditawarkan (Selayang, Kuala Lumpur) , kapasiti setiap pelabur sekurang-kurangnya 1kilogram (~RM200,000.00) dan keatas. Jangkaan pusingan harian (10-15kg). Sila hubungi saya jika anda berminat dan sedia bekerjasama dengan kami, insyallah usaha anda membantu syarikat bumiputera membantu kami menembusi pasaran yang lebih luas. Admin: 012-2301015

Harga Emas 999 kini RM190/gram

Sejak semalam index emas telah mencapai kenaikan tertinggi dalam sejarah, untuk rekod, index emas CHL tidak pernah melebihi 6000pts, tetapi semalam index emas  naik secara tiba-tiba, ekoran kejatuhan USD sehingga mencecah 6095!! sebelum ianya susut pada petang selasa kepada 6040. FGJAM (federation of Gold Smith & Jewelery Malaysia) di laman mereka telah menaikkan harga retail emas 999 kepada RM190/gram, naik rm7/gram berbanding harga emas pada bulan lepas RM183/gram. Harga emas di bank rakyat pula telah naik mencecah RM187/gram, sebaik-baiknya ini adalah peluang untuk pelabur yang baru melabur untuk overlap keuntungan mereka. Purata harga emas di bank rakyat pada bulan lepas sekitar RM179/gram-RM183/gram.

Harga emas terkini FGJAM:
999 Gold : RM190.00/gm
916 Gold : RM180.00/gm
835 Gold : RM166.00/gm
750 Gold : RM149.00/gm
375 Gold : RM81.00/gm

Agrobank pula bakal menaikkan harga emas 999 kepada 18*/gram berbanding harga sekarang RM176/gram, sekali lagi pelabur emas di Agrobank dapat overlap pelaburan mereka sebanyak RM*/gram, berbanding bulan lepas dengan kenaikan hampir RM11/gram.

Tips untuk mereka yang baru didalam pelaburan emas secara Ar-Rahnu, Pihak Bank tidak terlibat didalam  pelaburan emas anda. Jika anda bertanya kepada pihak bank, “nak ambil untung”, kemungkinan pegawai bank terpinga-pinga tidak faham maksud anda. Cara paling senang adalah dengan membawa surat gadaian emas dan nyatakan ingin perbaharui surat. Beza kenaikan harga ditolak dengan upah simpan, bakinya anda boleh simpan atau melabur di Akaun Emas CIMB, Public Bank atau Maybank untuk memaksimumkan keuntungan.

Jika sebelum ini pelabur melabur menggunakan jongkong emas Pamp Suisse, Public Gold, atau Dinar Emas Kelantan, Agro bank telah menukar sistem pinjaman mereka dari 70% kepada 65% sahaja, apabila pelanggan overlap (tebus gadai), pelanggan mungkin perlu membayar perbezaan harga 5% tersebut. Sedikit menyusahkan tetapi pelabur boleh menukar jongkong emas mereka kepada barang kemas 24k yang lain contohnya belah rotan, rantai tangan pasir ataupun rantai tangan gajah, sila hubungi kami untuk bantuan. 03-87502645 (Hargaemas)

Kami sedikit kecewa apabila hadir ke Bank Rakyat untuk memajak syiling emas yang dikeluarkan Habib Jewels siang tadi, kata pegawai bank, mereka hanya menerima produk Poh Kong, Wah Chan, Tomei..produk Habib Jewels tidak diterima. KENAPA TIDAK? Bank Rakyat syarikat melayu, Habib Jewels syarikat melayu? kenapa taknak terima produk Melayu????? Perkasa harus siasat permainan pegawai bank….

Contoh mudah pelaburan emas

image

Ramai yang mungkin tertanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang , emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.

Sejak berjuta tahun dahulu, sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, perkelahian dalam merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas & harta benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang berkuasa ini akan terus menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.

Sebut sahaja kemewahan tamadun Aryan di India, Macedonia di greece, Yunani, Rom, mereka menguasai kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada mereka, setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pastinya ia bukan dari poket mereka, kecuali dirampas dari mangsa serangan tersebut.

Jika dilihat sejarah Tamadun Mongols, Barbariks, Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas, mengguling kerajaan2 diatas, bahkan hampir semua tamadun manusia dihancurkan gog dan magog ini, tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif? Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama, semestinya kurangnya ilmu pengetahuan yang diturunkan ke.generasi geberasi baru. Kedua, cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud, mereka tiada keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan dibelanjakan..

Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim2 penipuan), tetapi.pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.

Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan, contohnya jika pelabur memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 36gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM360 (10x360gram), tetapi sejak.kebelakangan ini, ada yang.memilih untuk menggunakan sistem ar-rahnu.

Jika tadi, dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36gram emas 999, tetapi jika tambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100gram emas 999, jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh untung hampir RM1000 (overlap) (modal RM6k untung RM1k), menarik bukan. Bagaimanapun, cara arrahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75%/month,tidaklah tinggi. (Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut 03-87502645)

Bagaimanapun, cara kedua.lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin, pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan pihak arrahnu, pelabur membuat.keputusan sendiri tanpa pihak.ketiga, dan yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir ~40% mengatasi ASB, UT, TABUNG HAJI, asn dan sebagainya.

Promosi Dinar Emas Kelantan

Dinar emas dikatakan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan kemudian diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan akhirnya ke Asia Tenggara.

Pakar ekonomi mengatakan dinar emas boleh berperanan untuk meningkatkan serta mempertahankan kekayaan. Bukan seperti mata wang, nilainya akan jatuh tetpi tidak dengan dinar emas.

Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang tiada nilai intrinsik.

Kerana itu selepas krisis ekonomi pada tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan dinar emaslah cara penyelesaian kepada masalah itu.

Tetapi oleh kerana gagasan seperti ini agak baru, pendapat itu dipandang remeh dan dilihat sebagai saingan serta seakan Euro Dollar di Eropah. Lagipun siapa yang percaya bahawa Dolar Amerika akan runtuh seperti yang berlaku hari ini.

Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan kewangan kita.

Kini harga emas membuka tempahan untuk mereka yang ingin memiliki Dinar Emas Kelantan untuk koleksi dan simpanan emas, harga dinar boleh dirujuk di http://www.islamicmint.com.my/
penghantaran segera di lembah klang (24 hour), tempah sekarang (KLIK UNTUK ORDER)

Khidmat tebus pajakan Ar-Rahnu

Hargaemas menawarkan khidmat menebus pajakan Ar-Rahnu untuk membantu pelabur yang ingin mengeluarkan pelaburan mereka di Ar-Rahnu,  kami membeli emas pada harga emas semasa terkini dan pelabur boleh membeli balik dengan kami pada harga yang dijual pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 012-2301015 / 03-89332827. (Hanya untuk emas 999.9 sahaja)

Anda juga boleh mengisi borang dibawah untuk dihubungi agent kami

[contact-form 1 “sell-gold form”]

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.

Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.

Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.

Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan

1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.

2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.

3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.

4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?

Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.

sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini)

4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here)

5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang. lawati laman store harga emas malaysia

COUPON CODE: HARGEMAS

http://store.hargaemas.com.my

Order sekarang dan kami hantar ke pintu pejabat/rumah anda. (Lembah Klang Sahaja)

Prosedur pembelian item emas di harga emas

Berikut adalah sedikit prosedur yang mudah dan simple jika anda ingin menempah emas secara disini, ada dua cara utama

Tempah dan collect sendiri di pejabat kami
Pejabat kami terletak di Bandar Tasik Permaisuri (call untuk alamat) , jadi bagi mereka yang berada di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, kami recommendkan anda untuk menggunakan cara ini.
a) Lihat harga emas semasa di sebelah kanan pada page shop/harga untuk dapatkan harga terkini item yang ingin ditempah
b) Pergi ke laman Store atau order, isikan maklumat tempahan anda
c) Buat pembayaran deposit 10% kedalam akaun kami (untuk lock harga 9.00am-4pm hari tersebut)
d) Invois kami akan dihantar kepada anda melalui email (samada sebelum bayaran deposit ataupun selepas, invois tetap akan dihantar, paling penting adalah anda lock harga tempahan)
e) Item anda akan dihantar di ofis/rumah/ atau mana-mana tempat yang anda prefer dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja (bergantung kepada stok) dan anda perlu menjelaskan baki 90% dari deposit tersebut.

Tempah dan item dihantar ke rumah/ofis anda

Jika anda tidak berada di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan ataupun Putrajaya, kami recommendkan anda untuk mengikuti cara kedua

a) Lihat harga emas semasa di sebelah kanan pada page shop/harga untuk dapatkan harga terkini item yang ingin ditempah
b) Pergi ke laman shop atau order, isikan maklumat tempahan anda
c) Buat pembayaran deposit 10% kedalam akaun kami (untuk lock harga 9.00am-4pm hari tersebut)
d) Invois kami akan dihantar kepada anda melalui email (samada sebelum bayaran deposit ataupun selepas, invois tetap akan dihantar, paling penting adalah anda lock harga tempahan)
e) Apabila item sudah ready untuk dicollect, kami akan hubungi anda untuk menjelaskan pembayaran lagi baki 90% sebelum item dihantar kepada anda, ini mengambil masa 48jam hari bekerja selepas tempahan dibuat.

Temujanji dan Bayaran tidak secara online

Jika anda ingin membuat tempahan, kami sedia ke pejabat anda, hubungi kami mengikut nombor yang tertera, agen emas kami akan menemui anda di pejabat atau rumah untuk keterangan lanjut, deposit tempahan boleh dibayar kepada agen kami dan invois akan dihantar ke email anda. Item anda akan dihantar setelah tempahan dibuat dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Harga Tempahan (lock)

a)harga emas berubah setiap hari, jadi adalah sangat penting untuk kami lock harga tempahan anda pada hari tempahan yang dibuat.
harga setiap item boleh dilihat disini
b)jika deposit diserah pada selepas jam 4 petang, harga tempahan akan mengikut harga emas pada keesokan hari nya.
c)invois tidak digenerate secara automatik, kami akan menghantar samada selepas atau sebelum tempahan anda dibuat, setiap tempahan akan menerima invois dari kami.

Akaun Harga Emas (Sementara)
Maybank: 164801042448 (Shahiruddin Zakaria)
CIMB: 14210075428523 (Shahrul Zakaria)
Email: [email protected]

Contoh Invois dari Harga Emas (dihantar melalui email)

Daftar Sebagai Agen GCP

SHAHRUL ZAKARIA (BUKAN LAGI AGEN GCP) Phone: 012-2301015 (hubungi saya untuk dapat harga lebih rendah dari agen gcp)

Update 2012: produk emas seperti rantai tangan gajah, rantai tangan pasir, rantai tangan melur boleh diperolehi dibanyak tempat dengan harga yang jauh lebih murah, boleh hubungi kami untuk dapat harga lebih rendah dari agen gcp, lebih rendah dari bos GCP pun boleh…..012-2301015, jika dikira produk gold bar, spread harga GCP  sangat besar tidak sesuai untuk suatu pelaburan, merugikan customer, nanti customer rugi, mereka akan cari anda lebih baik membeli gold bar pamp suisse, lady fortuna atau public gold  yang diiktiraf dan mempunyai cop assayor. Menggunakan nama syarikat lain dan mengaku sebagai pengedar sah MKS amat memalukan.

PENGENALAN

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Yuran Keahlian/Pendaftaran:

RM1000.00 Seumur Hidup.(Merangkumi perkhidmatan GCP kepada pengedar untuk seumur hidup serta alatan penimbang,teropong,batu tester dan asid untuk menguji ketulinan emas)

ATAU

Rm600 seumur hidup (Tiada alatan hanya bayaran utk perkhidmatan dan penghantaran seumur hidup)

FAEDAH MENJADI PENGEDAR

1)Membeli emas dengan harga rendah.

Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh : HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.

Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).

GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.

GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
-Mencuci emas (percuma)
-Mencelup emas (kos minima)
-Menilai harga emas terpakai (percuma)
-Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma)

Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari. Modul Kursus;
-Teknik pemasaran
-Membeli emas terpakai

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer)

Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
-Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
-Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

PENUTUP

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.

-disediakan oleh Admin GCP

BAGAIMANA NAK MENDAFTAR SEBAGAI DEALER SAH GCP

1. Masuk web site rasmi GCP http://www.gcp.com.my/
2. Klik Register pada bahagian atas sebelah kanan web
3. Masukkan ID refference sahaja (AD1375 ) selepas tu tekan butang semak
4. Nama saya sebagai reference akan tertera (MOHD SHAHRUL ZAKARIA)
5. Kemudian klik di sini sekiranya BETUL.
6. Selepas itu akan keluar kekotak KLIK di sini untuk teruskan Mendaftar.
7. Isi maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setelah maklumat siap diisi tekan butang Sumit.
9. Bayaran perlu dimasukkan ke akaun GCP seperti berikut :
– Akaun Maybank : 505103003954 (Goldcrest Pavilion Sdn Bhd)
– Emel : [email protected]
– Masukkan sama ada Rm600 atau RM1000 (peralatan dibekalkan)
– Jika bayaran melalui M2U bahagian remark nyatakan : bayaran agen (Nama Penuh)
10. Selepas bank in, sila emel bukti bayaran ke [email protected]
11. No ID dan password akan dihantar kepada anda melalui emel.

Pelaburan emas, apakah yang terbaik?

Sedikit coreten berkenaan dengan konsep pelaburan emas, anda sebenarnya boleh membaca di laman Hafizjewel, saya hanya menceduk sedikit untuk makluman pembaca. (hafizjewel)

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia

Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.

Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.

Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong

Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.

Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli? Continue reading

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.

Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Continue reading