Pengiklanan

Jika anda berminat untuk meletakkan banner blog/website atau online kedai disini, harga untuk pengiklanan sangat murah. Kenapa mengiklan di hargaemas?

1. Laman web kami berada di senarai teratas di lama carian Google, Yahoo, Bing untuk kebanyakan keyword ’emas’

2. Buat masa sekarang statistik blog kami mendapat lebih kurang 1,000 1,600 3200 unique visitor sehari

3. Mengikut google, carian berkenaan harga emas untuk keyword emas lebih banyak dicari oleh visitor.

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk iklan disini, Ada beberapa slot yang boleh diiklankan.

1. Box 125×125 : RM30/sebulan (sidebar blog)

2. Vertical 375×75: RM60/sebulan (header website)

3. Vertical 600×100: RM80/bulan (entry post, ads, webs)

Sebarang saiz lain boleh hubungi saya.

Bagaimana caranya?

1. Anda boleh menulis ke email saya [email protected] atau call 012-2301015 (hantar imej yang dipaparkan dan pilih slot)

2. Bayaran boleh dibuat kepada Akaun

  1. Maybank (162834046093) <shahrul zakaria> atau;
  2. CIMB (14620004503524) <shahrul zakaria>

3. Setelah bayaran dibuat, iklan anda akan terpapar didalam laman blog hargaemas

Tempah Iklan Sekarang

[contact-form 2 “Pengiklanan”]

Tips untuk mengesan emas palsu

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Hargaemas, saya rasa saya perlu share beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak, caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri dirumah. Saya terpanggil kerana lambakan emas palsu ini semakin banyak, malah semakin kerap saya jumpa.

Kenapa anda perlu tahu?

1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan, dan anda boleh didakwa.

2. Menipu pembeli adalah berdosa (senang kan :) )

Okey tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul…… :(

Ok next saya ingin share dengan anda berkenaan jongkong emas, ia mungkin penting untuk mereka yang ingin memilikinya. Risiko jika terbeli jongkong emas palsu sangat besar, anda mungkin boleh bangkrup. Jadi sila perhatikan dengan betul sebelum membeli. Jika boleh bawa bersama mereka yang lebih arif.

Jongkong emas yang dijual di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis, antaranya:

Continue reading

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.

Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Continue reading

Emas Putih

Emas putih merupakan emas yang telah mengalami proses pemutihan. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “bleaching” ini biasanya mencampurkannya dengan logam “Nikel” yang lebih murah dan hasilnya adalah adalahd hampir kepada platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya . Untuk maklumat anda, semua logam didunia ini berwarna putih kekelabuan kecuali emas dan tembaga.Sebab itu salah satu cara untuk menguji keaslian emas, anda hanya perlu toreh kepada batu hitam sahaja.

Emas putih ini sudah menjadi trend sejak tahun 1920-an  lagi sebagai pengganti platinum, kerana harga platinum yang lebih mahal dan memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk membentuk sebagai barang perhiasan. Dari segi ekonomi, penggunaan suhu yang tinggi ketika harga minyak dab gas yang  melonjak naik seperti sekarang sangat merugikan.

Untuk perhiasan, tidak ada perhiasan yang menggunakan emas tuleni 24 karat kerana ia terlalu lembut. Kerana itu, dalam mengubah atau membentuk emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Untuk kualiti, hasil emas putih biasanya sekitar 17 karat. Bila Anda lihat emas putih yang berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan rodium. Bahan rodium ini digunakan untuk disadurkan kepada emas putih, bukan emas tulen. Dan apabila usia suatu item emas meningkat, lapisan rodium ini biasanya akan mula menipis dan hilang. Emas putih ini perlu dijaga dengan baik, dan sentiasa perlu disadur untuk memastikannya terus berkilat.

Untuk harga emas putih, harganya biasanya lebih rendah sedikit berbanding emas kuning. Emas putih ini biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, kalung emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Dan perlu diketahui emas putih ini SANGAT tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah, nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai dibeli dan jarang ada pembeli membeli emas putih ia hanya sesuai dijadikan perhiasan, disimpan dan sebagai kenang-kenangan.

Tetapi jika anda ingin menjual emas putih, sila klik disini banner dibawah.

jual emas pada harga semasa

Hukum trade in emas mengikut islam

imagesRasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:

“Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter):

1. Emas dengan emas
2. Perak dengan perak
3. Tamar dengan tamar
4. Barli dengan barli
5. Garam dengan garam
6. Gandum dengan gandum”

Selain dari 6 perkara yang dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yang tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.

Continue reading

Trend harga emas menurun Raya Cina

images (1)Beberapa hari lagi, sambutan Hari Raya Cina bakal disambut di Malaysia, seperti trend tahun-tahun yang lalu, harga emas Malaysia mula mengalami penurunan sehingga index terkini iaitu 4490 (9Feb10), selepas sambutan raya cina dijangkakan harga emas akan kembali naik. Index emas Malaysia kemungkinan akan ditutup selama seminggu, bagi pengusaha emas kecilan, modal jual beli emas mungkin sukar untuk transaksi berikutan tauke utama menghentikan aliran masuk tunai selama seminggu , kemungkinan selepas index emas dibuka, index akan melonjak naik, itu anggaran pihak kami.

Walaupun begitu, kemungkinan harga emas jatuh tetap anda. Pilihan ditangan anda, samada anda mengikat harga sebelum cuti perayaan atau mengikut harga index emas selepas index dibuka kembali. Selamat tahun baru cina, hati2 memandu dari kami. Terima kasih.

Khabar angin Etika Emas dan Bank Rakyat

images (2)Beberapa minggu lepas saya ada mendengar khabar angin bertiup kencang berkenaan pelaburan emas 999 yang diuruskan oleh etika emas, rasanya mungkin saya perlu berkongsi dengan pembaca disini (tapi ingat, ini hanya khabar angin, hubungi pihak berkenaan untuk pengesahan) Sahihnya, Bank Rakyat buat masa ini telah menghentikan urusniaga untuk  pajakan sebarang bentuk jongkong emas 999 samada pamp suisse, etika emas atau mana-mana syarikat yang menjual jongkong emas berikutan arahan dari Bank Negara untuk membantu siasatan didalam pelaburan emas yang diuruskan oleh koperasi tertentu.

Khabar angin juga ada menyatakan mana-mana gold bar yang masih belum ditebus di bank tersebut akan diarahkan tutup atau dilelong untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan.

Jika ada sesiapa mempunyai maklumat lanjut? sila tuliskan dibahagagian komen ye.. teman saya telah melihat surat sendiri dari Bank Negara bertarikh 2 Disember mengarahkan Bank Rakyat menghentikan pajak gadai jongkong emas 999 24 karat dari mana-mana syarikat buat sementara.

Bagi pelabur yang masih belum mengeluarkan item anda,  pelabur boleh menghubungi pihak ketiga,  hafiz 012-3349940 atau isi form dibawah untuk bantuan lanjut.

[contact-form 1 “sell-gold form”]

Harga emas semasa mulai jatuh

images (3)Harga emas di Pasaran mulai jatuh sejak beberapa hari yang lalu, kejatuhan ini adalah yang terbesar dalam tempoh masa 20 bulan ini.

Kejatuhan harga emas ini dikatakan berkait dengan peningkatan nilai dollar didalam pasaran dunia dan wujudnya kemungkinan China tidak akan membeli emas didalam simpanan IMF seperti dilakukan India beberapa bulan lalu yang menyaksikan harga emas dunia melambung tinggi.

Apa pun, emas tetap sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Harga emas semasa naik

Harga emas melonjak naik semalam 4/11/2009 setelah pengumuman IMF akan menjual emas secara besar-besaran kepada India (200 Tonnes ), pada harga bruto 1045 dollar per ounce lebih kurang (~RM114.23/gms,999). Harga emas dijangka naik kerana wujudnya permintaan lebihan emas dari IMF oleh China, Russia dan negara teluk yang mungkin akan menggunakan emas sebagai transaksi perdagangan minyak sebagai diverkasi selain dari penggunaan matawang dollar.

Untung dan rugi warga Malaysia

1. Kenaikan harga emas ini sedikit sebanyak dapat membantu pelabur di syarikat tertentu yang kini menjadi koperasi bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung akibat kemelut syarikat yang dibekukan oleh bank negara.

2. Pertambahan bajet bagi pemuda pemudi yang akan melansungkan perkahwinan pada November atau Disember Tahun ini, sebelum ini harga emas 916 dipasaran lebih kurang RM124/gms kini menjadi RM134/gms, naik sebanyak RM10/gms, suatu jumlah yang agak besar.

3. Baru sahaja kita mengalami kenaikan harga minyak (RON95) sekarang harga emas pula naik, nasihat saya, melaburlah didalam emas 999, yang lebih kukuh, jika anda masih menyimpan emas 916, 835, 750 yang tidak dipakai, elok sahaja trade in kepada emas 999, pergi kesini untuk trade in.

TRADE IN EMAS KEPADA 999

4. Nilai wang kertas semakin susut, ada apa dengan RM1o sekarang berbanding RM10 sepuluh tahun yang lalu, tetapi tetap ada apa 10gms emas sekarang berbanding 10gms emas sepuluh tahun yang lalu. fahamkah anda? pelaburan amanah saham dengan kenaikan 8% setahun tetap tidak dapat membendung inflasi yang semakin naik (6%) beberapa tahun yang lepas, tahun ini mungkin meningkat lagi. (8% – 6%= “2%”),.

Cara menguji ketulenan emas

Beberapa hari lepas, saya ada menerima comment dari visitor berkenaan cara paling mudah menguji ketulenan emas kerana beliau risau jika membeli item bukan emas di kedai emas tertentu, saya telah meletakkan soalan beliau dan jawapan didalam forum hargaemas, bagaimanapun ada baiknya jika saya meletakkan didalam laman page ini sendiri. berikut adalah beberapa pembincangan saya

goldanddiamonds_03

Link forum : https://www.hargaemas.com.my/discuss/index.php/topic,4.0.html (jika anda mempunyai maklumat lain sila kongsi ye, no registration untuk berforum)

claudia
October 21st, 2009 at 8:49 am

Nak tanya saya bminat nk tapi saya kadang-kadang ragu dgn sesetengah kdai kcl yg menyatakan menjual cincin @ barangan emas putih…boleh bagi saya tunjuk ajar mengetahui rupa emas putih sebenar
Link: http://www.hafizjewel.com/koleksi/emas-putih/set-barang-kemas-ep49/#comment-1483

Pertamanya claudia, jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera.

berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan)

1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun.

2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih.

Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman)

3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas.

4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.

ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???

cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut)

tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit.

selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti

1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee)

3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya..

diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air..

saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus..

apa pendapat anda? adakah info ini membantu