Harga emas naik mencecah 5225/tael pertama kali bulan Julai

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Harga emas pertama kali naik melebihi 5225/tael pada bulan Julai jam 2 pg tadi apabila pasaran saham New York mula diniagakan. Pada petang semalam, harga emas ditutup pada 5190/tael melegakan pelabur dan peniaga emas selepas beberapa bulan diuji dengan penurunan komoditi emas paling teruk mencecah 4700/tael jauh lebih rendah dari harga emas pada tahun 2010 (4680/tael 28-6-2013) Harga emas tertinggi tahun ini dicapai pada 7 feb 2013 (6350/tael). Menunjukkan sepanjang tahun 2013, harga emas telah susut sebanyak RM17.72/gram atau RM630/tael. Bermaksud jika pekedai emas menyimpan emas 1kg tahun ini tanpa diniagakan, pekedai telah kerugian lebih RM170,000.00. (snippet: Harga emas di pasaran skrg lebih murah dr kos melombong emas sendiri http://bit.ly/1c0rb3G) Kos pengeluaran emas di lombong dianggarkan sekitar $1780/onz, manakala harga emas yang dijual di pasaran sekarang $1280/onz, kira-kira 25% lebih rendah dari kos pengeluaran sendiri. Jika harga sekarang kekal, syarikat2 perlombongan emas terpaksa menghentikan pengeluaran emas dan membiarkan harga emas melompat naik kembali seperti apa yang berlaku pada tahun 2011.

Kerugian pelaburan emas sepanjang 2012

 

2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan  syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami  warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.

 

Genneva-Gold-Investors-Scammed

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

 

Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012.

1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)

Syarikat pelaburan emas Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008 dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC.  Skim pelaburan Bestino ini menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang ramai untuk melabur,

Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila disiasat Security Commision pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahanan wang haram dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi tekanan untuk memulangkan kembali capital mereka. Pada pertengahan 2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur tetapi membatalkan kembali kerana bimbang  wang yang dibawa masuk akan dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih berlanjutan dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

 

2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)

Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

 

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)

Pelaburan emas 999  melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.

Tetapi  sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan.  Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

 

4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)

Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat  berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur  melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina.  Didalam bentuk pelaburan  ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat  6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan  terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.

Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.

Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

 

Rujukan dari Malaysiainsider, utusan,hmetro, NST

Website dalam kemaskini sila ke menu ‘terkini’

Laman web hargaemas sedang diubah, jadi kami tidak dapat mengupdate maklumat-maklumat disini sejak 1 bulan lalu, bagaimanapun untuk mencari lebih banyak information berkenaan emas, boleh layari www.hargaemas.com.my/terkini , laman web harga emas sedang diubah untuk mengemaskini sistem agent, sistem affiliate, sistem referral yang agak bercelaru, kami sangat meminta maaf kerana banyak sangat tangan mengubah web ini, jadi web bercelaru, kami akan mula mengemaskini menjadikan blog ini lebih tersusun, lebih user friendly, lebih mudah untuk search engine bot, dan pada masa yang sama dapat membantu ramai user mendapat lebih maklumat berkenaan emas dan menjalankan perniagaan Laman web ini juga selalu down disebabkan overload, tidak pasti samada ramai user visit untuk lihat harga emas atau kerana terlalu banyak function yang tidak perlu dan bakal dibuang, Layari laman web www.hargaemas.com.my/terkini untuk latest update berkenaan emas di Malaysia Kami berharap laman baru akan datang dapat memberi lebih kepuashatian kepada agent dan visitor berdaftar

Harga Emas di Wikipedia

Emas Sebagai Matawang

Dari pelbagai jenis logam berharga, emas sangat popular dikalangan pelabur untuk menjadi salah satu aset didalam pelaburan mereka. Pelabur biasanya membeli emas sebagai penampang kejatuhan matawang, menampang kenaikan inflasi dan juga sebagai penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau kerana ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!” Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua logam atau jisim lain didunia. Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk mendapatkan keperluan yang lain, contohnya seorang petani ingin mendapatkan ikan di laut, Petani tidak mungkin dapat mencuri masa untuk kelaut, bagaimana pula nelayan ingin mendapatkan beras. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu dibawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu dipotong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “jisim” diperlukan untuk memudahkan urusniaga dan jisim itu seharusnya mempunyai nilai yang sama di semua tempat dan kawasan. Dalam sejarah tamadunan manusia, bangsa zaman mesolitik, neolitik menggunakan kulit kerang, logam bercop dan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan matawang, tetapi sistem tersebut gagal kerana jisim tersebut mudah ditemui dan dicipta. Menggunakan kulit kerang sebagai matawang bakal menjadikan penternak kerang bertambah kaya berbanding petani yang tidak mempunyai kerang begitu juga pengukir batu akan menjadi lebih kaya sekiranya setiap batu yang diukirnya lebih bernilai dari seekor lembu. Tamadun manusia sejak ribuan tahun mencuba dan mencari jisim yang mempunyai nilai yang tetap dan tidak boleh dicipta akhirnya menemui sejenis logam disebut emas sekitar 3000SM tahun sebelum masihi di Mesir. Tamadunan manusia dapat membuktikan nilai emas akan kekal sebagai matawang, akan kekal berharga dan akan kekal laku untuk diniagakan, seperti mana ilmu tamadun membuktikan sehingga hari ini, hanya kuda boleh diternak dan kuda belang tidak. Hukum ini akan kekal sehingga ribuan tahun akan datang.

Faktor Emas Sebagai Matawang

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling atau sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa jual beli walaupun urusniaga yang kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh.

Harga Emas

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama. Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000. Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing, harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU). Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing. Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas, index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas) rujuk Harga Emas Malaysia

Faktor Perubahan Harga Emas

Seperti komoditi-komoditi lain, harga emas bersandarkan kepada bekalan dan permintaan (supply & demand) dan juga spekulasi harga emas. Emas berbeza berbanding komoditi lain kerana permintaan untuk emas adalah sebagai pelaburan dan simpanan bukan untuk digunakan dalam industri kilang atau pembuatan. Kebanyakan emas yang telah digali beribu tahun dahulu masih lagi wujud dalam bentuk asal emas, seperti barang kemas yang telah dipakai, boleh dileburkan kembali dan menjadi emas dalam bentuk yang lain. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan 158,000 tan emas telah digali atau jika dikumpulkan ia setebal kubik 20.2 meter pergi. (66 kaki). Oleh kerana masih banyak lagi emas didalam simpanan, harga emas hanya berubah disebabkan kenaikan permintaan berbanding kadar pengeluaran emas di lombong. Menurut World Gold Council, sejak beberapa tahun lalu, pengeluaran emas telah merosot kepada 2,500 tan emas setahun, kira-kira 2000 tan disalurkan untuk industri barangan kemas, pergigian, bullion stock dan 500 tan lagi adalah untuk pelaburan dan kepada dana-dana tukaran matawang. Bank Pusat Bank Pusat (Bank Negara) dan International Monetary Fund (IMF) memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. Pada lewat 2004, Bank Pusat dan Badan Rasmi tersebut memiliki 19 peratus dari jumlah emas yang telah dikorek dari muka bumi. Perjanjian 10 tahun Washington (WAG) yang bertarikh September 1999, menyekat jual-beli emas kepada kesatuan (Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, IMF) kepada kurang dari 500 tan setahun. Sejak itu, Bank-Bank Eropah seperti Bank of England dan Swiss National Bank adalah adalah pemain utama dalam jual beli emas dunia. Pada 2009, Perjanjian WAG dilanjutkan untuk tempoh masa 5 tahun lagi, dan had jualan dikecilkan kepada 400 tan setahun. Walaupun Bank-Bank negara tidak akan mengumumkan pembelian mereka sebelum jual-beli, beberapa Negara seperti Russia telah menunjukkan minat mereka untuk meningkatkan bilangan simpanan emas negara sejak tahun 2005. Pada awal 2006, Bank Negara China yang hanya memiliki 1.3% simpanan emas mengumumkan mereka akan mencari jalan untuk meningkatkan pulangan mereka dengan simpanan emas. Pemerhati pelaburan melihat pengumuman tersebut adalah isyarat China akan mengubah beberapa pegangan ekuiti mereka kepada emas. India merupakan antara negara paling untung dengan kenaikan harga emas yang tinggi sejak 2008, pembelian 200 tan emas oleh india pada september 2009 telah meninggikan lagi harga emas. Pandangan harga emas berkait rapat dengan kadar faedah biasa diterima secara umum, kerana setiap kenaikan kadar faedah, akan merendahkan minat untuk membeli emas, dan apabila kadar faedah turun, harga emas juga akan naik. Disebabkan itu harga emas dikaitkan dengan dasar kewangan Bank Pusat, samada untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Contohnya, jika pasaran saham menunjukkan isyarat inflasi yang bakal berpanjangan, bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengimbangkan kenaikan harga emas bagi memadamkan kemungkinan inflasi. Contoh bertentangan dapat dilihat apabila Bank Eropah menaikkan kadar faedah mereka pada April 2011, kali pertama sejak 2008, harga emas yang sebelum ini naik tinggi mula beransur perlahan dan mendatar, untuk beberapa ketika, bagaimanapun ini hanya dapat menghalang kenaikan untuk sementara waktu kerana harga emas naik mencapai puncak lebih tinggi pada masa akan datang. Contoh juga di India pada Ogos 2011 dimana kadar faedah yang tertinggi di India ketika itu menyebabkan harga emas mencapat harga tertinggi. Pelindung Nilai kepada ketegangan kewangan. Emas seperti logam bernilai yang lain sering kali digunakan sebagai pelindundung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan matawang. Joe Foster, pengurus dana Vaneck International Gold Fund yang berpangkalan di New York, menerangkan pada September 2010. Matawang bagi negara-negara utama, termasuk USD, berada dalam tekanan pasaran disebabkan perbelanjaan defisit negara. Semakin banyak wang dollar dicetak ke dalam ekonomi sekarang nilai matawang dollar akan semakin kurang bernilai. Sekiranya pulangan dari bon, ekuiti dan hartanah tidak lagi dapat menangani jumlah risiko dan inflasi maka permintaan untuk pembeli emas dan komoditi-komoditi lain akan turut meningkat. Permintaan untuk pembuatan barang kemas. Barang kemas merangkumi hampir 2/3 dari permintaan pasaran. Negara India adalah pengguna terbesar barangan kemas sekurang-kurangnya 27% permintaan barangan kemas didunia adalah dari India diikuti China dan Amerika. Selain barangan kemas, emas turut penting dalam sektor perubatan dan industri maju kerana emas mempunyai sifat konduksi haba dan elektrik yang baik selain dari ia tidak berkarat dan tidak terurai dengan sebarang bentuk bakteria. Dewasa ini, perniagaan emas terpakai, emas lama, telah menjadi multi-bilion industri. Faktor Singkat Harga Emas Harga emas juga turut terkesan dengan pelbagai lagi mekanisme, seperti jualan tiba-tiba amaun yang besar, terutama melibatkan firma bullion yang besar. Pemerhati pasaran emas menjelaskan, harga emas biasanya akan terjejas apabila dagangan di Stock Exchange New York bermula, perang, rampasan kuasa, tragedi dunia dan Kecemasan berlaku dalam suatu negara. Ini dapat dilihat sepanjang 2011, apabila harga emas turun ketika Arab Spring, dan naik selepas beberapa minggu, seperti ketika rampasan kuasa di Libya dan mesir. Tragedi Tsunami di jepun pada Mac 2011 turut merendahkan harga emas sebelum naik kembali 2 minggu seterusnya. Ketika berlaku peperangan, ramai yang akan bimbang dengan aset mereka yang akan dibekukan dan matawang tidak bernilai, mereka akan membeli emas yang mana sentiasa boleh digunakan untuk membeli makanan, transport. Disebabkan itu, ketika peperangan, permintaan untuk emas akan naik. link: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harga_emas

20 Perkara Anda Perlu Berhati-hati

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Didalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas. Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas. Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza. Cop cina atau Cop nombor Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan. Bayaran menggunakan cek Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft. Spring pada gelang, subang dan rantai emas Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan. Penukaran emas semasa tebus pajak Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini. Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa. Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya. Bukan emas yang disalut tebal Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas. Batu pada item emas Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya. Jongkong platinum yang tidak original Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana disana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena. Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas. Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’ Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini. Index harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati index emas berubah 3-4 kali, pembeli dan penjual emas harus sentiasa update dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual retail di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali. Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain. Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama. Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya. Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal. Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.
Membeli emas yang tidak mempunyai surat emas / pengesahan pemilik membeli emas dengan individu dibawah umur atau meragukan cop gold plated jual beli emas pada waktu malam/lewat pagi membeli emas dengan tergesa-gesa walaupun ditawarkan pada harga yang rendah

Ikuti kursus pengenalan emas untuk mendalami dunia perniagaan emas dan membantu anda alert dengan pelbagai bentuk emas. Layari www.kursusemas.com untuk maklumat lanjut.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro