Kalkulator ini adalah untuk kira harga emas terpakai dan berapa ringgit tunai yang boleh diperolehi mengikut gram dan karat item. Sila klik gambar calculator dibawah untuk ke apps kalkulator (arrahnu.my/calculator)


kalkulator harga emas terpakai

Cara pengiraan index emas
Index dunia * currency / onz (troy)
onz troy = 31.1gram

Pengiraan diatas adalah untuk index emas pergram, cuba kira! selain dari kiraan pergram, index emas pertael masih lagi digunakan, index pertael boleh dikira seperti berikut.

Index kilang * 37.8
tael = 37.8gram

Jika anda membuat kiraan seperti diatas anda tidak akan mendapat jawapan yang tepat, tetapi hampir-hampir sahaja ini kerana pengilang emas di Malaysia telah mengira sekali kos logistik, kos penghantaran dan kos sebagainya dalam kiraan index emas Malaysia. Ramai pakar forex cuba mengira sendiri harga emas dari tukaran forex mereka, ya mereka akan dapat nilai tertentu, tetapi kiraan mereka tidak akan tepat kerana realitinya emas dijual adalah dalam bentuk fizikal, ia melibatkan pelbagai kos untuk jual beli termasuk kos keselamatan dan logistik, anda pernah dengar perompak merompak bitcoin? rompak paypal? tidak kan, sebab itu on paper harga emas dikira lain dan dalam dunia realitinya harga emas adalah lain.

Cara kira harga emas baru dan terpakai

Untuk mengira harga emas baru, anda perlu tahu peratusan mutu emas dahulu, peratusan emas sama seperti kod tertera pada barang kemas samada 999.9 = 99.99% emas atau 916 = 91.6% emas dan seterusnya, peratusan paling rendah emas yang biasa dijual adalah 37.5% = 375.
Dari peratusan mutu ini, kiraan harga emas untuk emas adalah seperti berikut

Index emas per gram * %mutu

Cuba kira untuk emas 916 = 91.6% emas, cara kira emas adalah seperti berikut

Index emas pergram * 91.6%

Anda akan mendapat suatu nilai, nilai ini dipanggil spot price untuk emas 916, ataupun on paper value, tetapi nilai ini tidak tepat dalam dunia realiti, emas 916 tidak akan dibuat menggunakan 91.6% emas secara tepat. Untuk membuat barang kemas baru, dari 10gram emas digunakan, item yang dapat dihasilkan mungkin 8gram sahaja ini kerana beberapa gram akan hilang sebagai debu ataupun habuk, disebabkan kehilangan gram ini, harga emas 916 jauh lebih tinggi dari spot price

Harga emas baru yang dijual di kedai emas
Harga emas hari ini - Kedai Emas
Di Malaysia, harga emas yang biasa digunakan adalah harga persatuan peniaga emas, harga ini diupdate sebulan atau dua bulan sekali dan dikira harga jual di kedai emas dan kedai pajak konvesional mengikut karat
Karat Mutu Harga
24K 999 230.00
22K 916 220.00
20K 835 195.00
18K 750 168.00
9K 375 92.00
Diupdate pada : 202,578
Cara kira harga emas terpakai

Untuk emas terpakai, second hand, buruk, lama putus pula, biasanya akan dibeli dibawah spot price ini kerana mutu emas tidak sebenarnya tepat-tepat 91.6% emas, kebiaasannya apabila emas lama diperolehi dan dibakar, susut berat emas juga berlaku disebabkan ada kekotoran, campuran lain dan sebagainya, jika emas lama 10gram dibakar, kebiasanya akan mendapat 9gram sahaja emas tulen dan selebihnya mungkin adalah kotoran, logam campuran dan sebagainya

Harga emas terpakai hari ini
Harga emas hari ini - Spot Price
Harga emas spot price hari ini untuk emas second hand, scrap, emas lama, rosak, patah, harga buyback emas kepada pelebur mengikut gram dan karat belum termasuk gst
Karat Mutu Harga
24K 999.9 202.48
24K 999 199.44
23K 950 190.33
22K 916 182.23
22K 22K 174.13
21K 875 170.08
20K 835 164.01
19K Paun 159.96
18K 750 145.79
14K 585 105.29
9K 375 64.79