Harga emas terendah dalam masa 2 tahun

Harga emas hari ini antara terendah dalam masa 2 tahun, harga emas paling tinggi dicatatkan pada september tahun lepas sekitar 185/gm ( harga raw material emas 999.9 ) , hari ini harga emas hanya sekitar 160/gm sahaja.

Setiap tahun, harga emas akan naik pada bulan september sebelum deepavali, hanya kira-kira dua bulan sahaja dari sekarang.

Tahun lepas juga harga emas juga jatuh pada bulan Julai sebelum naik mendadak pada september, adakah patern sama boleh berlaku tahun ini?

Untuk membeli emas pada spread yang rendah, pelabur boleh membeli menggunakan akaun emas di bank atau boleh juga menggunakan apps hellogold.

Ramai yang bertanya bolehkah beli bar fizikal untuk untung, ya boleh, tetapi biasanya bar fizikal dijual pada harga premium, maknanya spread harga jual dan beli jauh lebih besar dan kemungkinan untuk untung hampir sifar atau mungkin 1% sahaja.

Begitu juga jika membeli barang kemas 916, barang kemas 916 bukan produk pelaburan, hanya produk perhiasan dan pastinya juga dijual dengan harga premium. Pastikan anda tahu dahulu tujuan membeli emas, sekadar pelaburan atau untuk perhiasan.

HGT Cryptocurrency blockchain…

Harga emas naik mencecah 5225/tael pertama kali bulan Julai

Harga emas pertama kali naik melebihi 5225/tael pada bulan Julai jam 2 pg tadi apabila pasaran saham New York mula diniagakan. Pada petang semalam, harga emas ditutup pada 5190/tael melegakan pelabur dan peniaga emas selepas beberapa bulan diuji dengan penurunan komoditi emas paling teruk mencecah 4700/tael jauh lebih rendah dari harga emas pada tahun 2010 (4680/tael 28-6-2013)

Harga emas tertinggi tahun ini dicapai pada 7 feb 2013 (6350/tael). Menunjukkan sepanjang tahun 2013, harga emas telah susut sebanyak RM17.72/gram atau RM630/tael. Bermaksud jika pekedai emas menyimpan emas 1kg tahun ini tanpa diniagakan, pekedai telah kerugian lebih RM170,000.00.

(snippet: Harga emas di pasaran skrg lebih murah dr kos melombong emas sendiri http://bit.ly/1c0rb3G)

Kos pengeluaran emas di lombong dianggarkan sekitar $1780/onz, manakala harga emas yang dijual di pasaran sekarang $1280/onz, kira-kira 25% lebih rendah dari kos pengeluaran sendiri.

Jika harga sekarang kekal, syarikat2 perlombongan emas terpaksa menghentikan pengeluaran emas dan membiarkan harga emas melompat naik kembali seperti apa yang berlaku pada tahun 2011.

Harga emas di India melonjak tinggi

NEW DELH – INDIA. Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

“Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember,” kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

“Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS,” kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

“Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi,” kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. – Bernama

Cabutan bertuah untuk pelanggan Hargaemas

Cabutan bertuah Hargaemas kembali lagi, Kepada semua pelanggan kami yang menjual atau membeli emas disini, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap bulan yang akan diumumkan di Laman Facebook Hargaemas.

Untuk memenangi cabutan bertuah ini senang sahaja, sila simpan resit jual beli emas yang diberikan officer/agent hargaemas ketika anda berurusan. Pada akhir bulan, kami akan melakukan cabutan bertuah dan memilih seorang pemenang untuk mendapatkan Wang tunai RM500.00 ringgit. Promosi ini bermula dari bulan November 2012 dan keatas. Pastikan anda mengisi No Tel anda dan menandatangani resit jual beli untuk dihubungi kami.

Untuk menjual emas kepada kami, isikan maklumat berikut dan click submit.

[gravityform id=”2″ name=”Borang Jualan Emas” description=”false”]

Untuk membeli emas, layari laman facebook Hargaemas disini (click here)

harga emas genneva malaysia terkini

Harga beli emas Genneva update setiap hari

harga emas genneva malaysia terkini

Dapatkan nilai terkini untuk harga emas bagi produk Genneva dan emas 999.9 yang eg: kijang emas, pamp suisse, 1 Asia gold dan sebagainya. rujuk pada table harga dilaman ini untuk harga emas hari ini

Cara pembelian syarikat beli emas mudah sahaja, pelanggan dan agent emas biasanya akan bertemu di bank tertentu dan pembayaran dijelaskan secara transaksi akaun atau mengikut permintaan penjual. Hubungi pejabat Hargaemas 03-92264232 atau 012-2864232 untuk pertanyaan lanjut.

Untuk mendapatkan jumlah nilai terkini emas anda, masukkan berat emas 999.9 kedalam kalkulator dibawah dan klik submit.

Khidmat tebus emas di ar-rahnu dan lelong semula

Harga emas yang tidak menentu akhir ini banyak meresahkan pelabur dan pembeli emas termasuk kami, walaupun harga emas tidak berterusan turun tetapi kenaikan harga emas tahun ini tidak setinggi tahun lalu, ini sedikit sebanyak merugikan pelabur emas yang menggunakan sistem ar-rahnu kerana perlu membayar upah simpan yang tinggi setiap bulan, sedangkan harga emas tidak naik tinggi.  (LAYARI  www.hargaemas.com.my/lelong)

Masalah ini bakal menjadi serius apabila syarikat Ar-Rahnu mengubah polisi ekoran masalah dalaman beberapa minggu lalu, kesan ini sangat terasa kepada pelabur seperti kami kerana tidak dapat overlap, nama mungkin disenaraihitam dan juga terpaksa menjual pada harga rendah seperti sekarang, oleh kerana itu, kami di hargaemas menawarkan penyelesaian yang lebih mudah iaitu ‘lelong sebelum item dilelong’.

Cara ini cukup mudah, pertama, pelanggan boleh menghubungi Hargaemas di talian 03-92264232 atau isi form di hargaemas.com.my, pihak hargaemas akan menghubungi penjual dan membantu menebus keluar emas didalam ar-rahnu, emas akan dibeli mengikut harga belian Hargaemas.

Setelah item tersebut dikeluarkan dari Ar-Rahnu, ia akan disenaraikan didalam laman lelongan ini pada harga kilang dan akan dilelong kepada pembeli. Penjual dapat melihat sendiri item yang dilelong dan dapat menjemput rakan untuk membeli item mereka, selain itu, kami juga akan iklankan laman ini untuk menarik lebih banyak bidaan.

Untuk sesi pertama, item akan dilelong secara percuma selama 3 bulan, selepas tempoh lelongan tamat bidaan tertinggi dikira pemenang. Untuk meneruskan lagi lelongan, penjual akan dikenakan caj yang rendah setiap bulan 1-2% sama seperti caj upah simpan di Ar-Rahnu. Didalam tempoh lelongan, nama pembida dan maklumat pembida akan dipaparkan untuk memastikan setiap bid adalah telus dan ‘genuine’.

Selepas lelongan tamat dan item berjaya dijual, baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Penjual dan pembeli dapat menghubungi sesama sendiri untuk memastikan pembayaran telah dilakukan dan baki dipulangkan.

Pihak Hargaemas terpaksa meletakkan syarat untuk pembida wajib memiliki akaun Facebook bagi memudahkan urusan, NO IC juga diperlukan untuk pengesahan.

Kelebihan melelong emas disini, penjual dapat meminimumkan kerugian dari membayar upah simpan setiap bulan disamping dapat mengelak nama kita dari disenaraihitam oleh Ar-Rahnu. Penjual boleh menetapkan sendiri harga jual minimum dan maksimum. Manakala kelebihan kepada pembeli pula, mereka dapat membeli pada harga yang lebih rendah dari harga emas semasa disini, jadi tiada pihak yang rugi dan sama-sama menguntungkan.

Buat masa ini, Hargaemas cuma membantu untuk menebus Gold Bar, Dinar, Rantai Tangan Gajah, Rantai Tangan Pasir, Rantai Tangan Belah Rotan, Rantai Tangan Melur, Rantai Leher Roda, Rantai Leher Gajah untuk kualiti 999 dan 916 sahaja.

Promosi Februari 2012 , Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Dapatkan produk pelaburan emas pada harga promosi sepanjang 2012, hubungi agent kami untuk setiap tempahan. Click disini untuk menghubungi agent kami di lokasi anda. (Senarai Agent)

Item untuk tempahan adalah:

  • Rantai Tangan Gajah 999 & 916 (20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Rantai Tangan Pasir 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Gelang Belah Rotan 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g, dan 100g)
  • Cincin Belah Rotan 999 & 916 (5g & 10g)
  • Rantai Tangan Melur 916 (10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g)
  • Pamp Suisse 100g
Hubungi agent kami di kawasan anda:
Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Melaka, Johor, Kuantan, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Kota Bharu, Ampang

Berminat untuk menjadi supplier produk emas di negeri anda?


Kami di Hargaemas ingin menarik supplier di setiap negeri untuk bekerjasama dengan kami bagi memasarkan produk emas, kami sedia berbincang berkenaan harga, supplier haruslah berkemampuan modal sehingga 2kg (estimate modal RM400,000.00) untuk setiap transaksi secara tunai, pemasaran, khidmat latihan agent akan kami uruskan, hubungi Shahrul 012-2301015.

Krisis Greece dalam Animasi

Video dalam bentuk animasi ini menerangkan apa berlaku kepada negara Greece sehingga berlaku keruntuhan ekonomi mereka, lebih senang untuk faham bagi org yang buta term2 ekonomi macam kami, jika nak suruh baca WSJ, Times, CNN bla-bla bla memang tak faham lah, lainlah kami macam Shakina Bana dari Kelab Kimia Jabatan Kimia Malaysia, power BI tahap gaban..

Sebelum ni kami cuma faham mereka pinjam terlalu terlalu banyak hanya untuk makanan. Taraf ekonomi tinggi mereka menyebabkan tidak ada sesiapa mahu jadi petani, jadi mereka tidak mengeluarkan makanan sendiri, mereka mengimport makanan, akhirnya ini terjadi… enjoy!

Episod 1

Episod 2

Episod 3

najwa menang emas

Menyesal tak kahwin 10 tahun dulu – Anugerah Juara Lagu

najwa menang emas

Kami mengikuti perkembangan OhBulan, dan sama-sama menjangka Najwa Latif bakal memenangi AJL 26 dengan lagu Cinta Muka Buku, tapi sayang, cik Najwa x menang, lagu awan nano-nano pula menang, selepas berakhirnya Majlis Anugerah, kami menunjukkan flyers terbaru kami kepada cik Najwa, cik Najwa dengan mata berair terus meraung, katanya menyesal tak kahwin 10 tahun lalu dgn Nazmi Faiz

Kalau tidak, xde lah sedih tengok Hafez bawak balik tunai RM35,000.00 ye dak.. apa pun 10 tahun dulu Najwa pun baru habis tadika…harap Najwa Latif bersabar, insyallah ada rezeki lagi akan datang, kawin lah tahun ni, 2020 harga emas naik RM503/gram pula (Kajian Standard Chartered)

anugerah juara lagu isteri najwa

Untuk Catatan Muka Buku: 10 tahun dulu dengan RM8000.00 kita boleh beli 250gram emas, tetapi sekarang, nilai RM8000.00 hanya mampu membeli 40gram sahaja emas…sedih bukan?

Snippet: dalam bahasa terengganu, Nano tu bermaksud buas atau nakal tapi didalam bahasa kimia Nano bermaksud 9….untuk jitu lagi bermaksud  x 109 .Lagu awan nano pula bermaksud titisan awan yang nipis, seperti yang diterangkan dalam melalui lagu Hafez

Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.