Niaga Hadapan Emas Dijangka Tinggi Hasil Momentum Belian

harga-emas130123b

KUALA LUMPUR, Feb (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu depan hasil sokongan momentum belian.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling memberitahu Bernama, harga emas diunjur meningkat ketika dolar Amerika Syarikat (AS) lemah berikutan data AS yang mengecewakan. Bagaimanapun, belian kukuh daripada China menjelang cuti sambutan Tahun Baru Cina, boleh memberikan sokongan jangka pendek terhadap harga emas.

“Pelabur akan turut memantau nasib Greece ketika rundingan diteruskan pada Isnin mengenai hutangnya selain mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Khamis,” katanya.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2015 susut 75 mata kepada RM140.35 segram manakala Mac 2015 dan April 2015 masing-masing merosot 69 mata kepada RM141.05 segram dan RM141.50 segram.

Mei 2015 susut 81 mata kepada RM141.50 segram.

Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 861 lot bernilai RM12.29 juta daripada 522 lot bernilai RM7.55 juta, minggu lepas.

Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 3,256 kontrak berbanding 2,952 kontrak minggu lepas.

— BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>