Kota Bharu Sudah Tak Selamat, Habib Jewel hilang emas

makcik-kota-bharu-emas

Berita emas hari ini, di Kota Bharu seorang makcik diculik berhampiran rumah anaknya oleh pemuda-pemuda bukan harapan bangsa dan dirompak dengan rakus. Semakin banyak pula kes  di kota bharu skrg ni, ada je rompak, ragut emas, dulu orang kata meniaga emas di tepi jalan kota bharu selamat, sekarang mungkin kena fikir 2-3 kali, depan rumah pun pemuda-pemudi bukan harapan bangsa ni serbu, apa lagi kalau kat lorong-lorong tepi pasar. Semoga kita dijauhkan dari jenayah-jenayah ini -amin- sambung baca kat bawah…

“Lelaki itu ugut nak sembelih mak cik dan lepas itu mahu meletakkan mak cik dalam but kereta,” kata mangsa samun, Bidah Hasan, 82, yang dilarikan tiga lelaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Tunjong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Bidah dipercayai mengalami lebam dan luka ringan di tangan kirinya apabila gelang tangan emas, anting-anting dan cincin emas, dianggarkan bernilai RM15,000, disamun penjenayah terbabit.

Sebaik barang kemasnya dirampas, dia ditinggalkan di tepi Jalan Salor-Pasir Mas, dekat sini, sebelum diselamatkan pemandu lori membawa muatan ais yang menghantarnya pulang ke rumah kira-kira 6.50 petang.

Menceritakan kejadian itu, Bidah berkata, dia sedang berbual dengan seorang jiran berusia 40 tahun di tepi beranda rumah anaknya sebelum terlihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki berusia 20 tahun hingga 30 tahun menghampirinya.

“Ketika berbual-bual, tiba-tiba pemandu kereta terbabit mengundurkan kenderaannya dengan laju dan seorang lelaki tiba-tiba menarik makcik dengan kasar supaya masuk ke dalam kereta.

 

curi-emas-habibjewel

 

Dalam kejadian berasingan, seorang awek yang cun tapi sayang panjang tangan mengambil seketul jongkong emas di kedai habibjewel dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan mencuri jongkong emas bernilai RM13,158 milik majikannya, September lalu.

Griff Joyner Lois, 23, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Wanita berketurunan Iban yang berasal dari Sarawak itu didakwa mencuri jongkong emas 999 seberat 100 gram di kedai emas Habib Jewels Manufacturing Sdn. Bhd. pada pukul 12.30 tengah hari, 27 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM5,000 namun peguam bela Kelvinder Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkannya kepada RM2,000 kerana anak guamnya perlu menanggung perbelanjaan keluarga.

Ayuni Izzati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>