May 14th, 2012Menarik, Uniksolehah 0 Comments

 

Mengapa Emas?
Emas digunakan di segenap penjuru teknologi moden manusia. Pada setiap aplikasi penggunaanya, emas memastikan penggunaan yang menakjubkan, terima kasih kepada sifat teknikalnya yang unik. Ia menggabungkan ciri konduktiviti yang tinggi dan yang pada masa yang sama adalah tahan karat. Emas turut memiliki ciri yang mudah ditempa dan dilentur dan semakin menjadi pilihan di bidang perubatan dan pergigian kerana “bio-kesesuaiannya”.


Konduktiviti

Keupayaan emas untuk mengalirkan haba dan elektrik merupakan ciri-ciri utama emas yang menjadikan ia bahan yang amat penting di dalam industri elektronik moden. Keupayaan pengaliran elektriknya adalah hampir menyamai perak dan kuprum (yang terbaik di dalam pengaliran) dalam keadaan yang ianya tidak mudah rosak. Ini menjadikan emas sebagai logam konduktiviti yang terbaik.
Tahan Karat
Ketahanan emas terhadap karat adalah antara sifat fizikalnya yang sangat berguna.  secara umumnya, sebatian yang mampu mengaratkan emas ialah campuran nitrat dan asid hidroklorida (aqua regia). Kualiti yang unik ini menjadikan emas sebagai bahan saduran pilihan penyambungan di dalam sirkit elektrik di mana pengaliran elektrik antara dua logam diperlukan.
Mudah Ditempa
Emas adalah logam yang mudah ditempa (kadar keupayaan sesuatu bahan untuk menjalani proses deformasi sebelum ianya retak (gagal)). Sekiranya emas ditempa secara berterusan, ia mampu menjadi wafer berketabalan 0.000013 cm tanpa mengalami kegagalan. Sekiranya emas seberat 1 oz (sebesar syiling 50 sen) ditempa, ia boleh menjadi sekeping logam yang berkeluasan 9 meter persegi (saiz separuh gelanggan badminton) yang berketebalan 0.000018 cm.
Mudah Dilentur
Emas mempunyai sifat mudah dilentur iaitu keupayaan untuk di”tarik” tanpa putus. Dalam satu penemuan, 1 oz emas boleh dijadikan sebagai wayar berdiameter 5 mikron yang berkepanjangan 80km!
Bio-kesesuaian
Dalam pergigian, penggunaan emas dengan sistem badan manusia menunjukkan kesesuaian yang serasi dan telah digunakan dalam pelbagai aplikasi perubatan yang lain. Tahap rentang kolonisasi bakteria yang tinggi juga menjadikan emas sebagai pilihan utama untuk proses implan yang mempunyai risiko jangkitan kuman yang tinggi seperti di dalam bahagian dalam telinga.
Pemangkin
Penggunaan emas sebagai salah satu bahan pemangkin (membantu mempercepatkan proses reaksi kimia tanpa dimusnahkan di dalam tindak balas itu) di kebanyakan proses industri menjadikan ianya lebih dari sekadar logam biasa. Antara industri yang menggunakan emas sebagai pemangkin adalah industri minyak dan gas, kimia dan makanan.

 

 

Leave a Reply

Pelajari Ilmu Emas Dahulu

Categories

PING & SPONSOR